Ainz & Tulpe, pembekal kecantikan Jepun yang terkenal berbangga untuk menjadi yang pertama di Malaysia memperkenalkan rangkaian produk TirTir secara eksklusif, menawarkan pengalaman yang tiada tandingan kepada penggemar kecantikan.
Diasaskan di Jepun sejak tahun 2002, Ainz & Tulpe telah berkembang hingga 83 kedai di seluruh Jepun menawarkan produk-produk kecantikan dan kesihatan terkini.
Pada Mei 2022, ia berkembang di peringkat antarabangsa dengan cawangan pertamanya di Malaysia, dan menjadi destinasi utama kepada mereka yang mencari trend kecantikan Asia yang terbaik khas bagi penggemar kecantikan.
Berpegang teguh pada misinya untuk menjadi pembekal kecantikan Asia terkemuka yang memperkenalkan jenama dan trend yang menarik, Ainz & Tulpe berbangga untuk menjadi antara yang pertama membawa masuk produk kecantikan TirTir yang sangat digemari oleh pengguna Malaysia.
Produk kegemaran ramai
Penawaran terbaru di Ainz & Tulpe termasuk produk terkenal TirTir yang dinanti-nantikan seperti TirTir Mask Fit Red Cushion, TirTir Tone Up Essence, TirTir Mask Fit Aura Cushion, TirTir Mask Fit Cushion, TirTir Mask Fit All-Cover Cushion, TirTir Tone Up Cream, dan TirTir Mask Fit All-Cover Dual Concealer.
Produk ini menjadi kegemaran ramai kerana perlindungannya yang sempurna, tekstur yang ringan, dan mempunyai khasiat yang menyuburkan kulit, menjadikannya sempurna untuk sebarang rejimen kecantikan.
- TirTir Mask Fit Red Cushion
TirTir Mask Fit Red Cushion, merupakan produk yang terlaris di Jepun, menawarkan perlindungan sehingga 72 jam dengan kemasan separa “matte”, memastikan kulit berseri dan kelihatan licin bak kaca. Rekaan “puff” berbentuk telur yang unik membolehkan aplikasi yang tepat, meliputi setiap sudut wajah.
- TirTir Tone Up Essence
TirTir Tone Up Essence ialah produk asas serba guna yang melindungi kulit daripada sinaran matahari, memberikan manfaat penjagaan kulit, dan hasil kulit yang berseri. Dengan pilihan warna Mint, Lavender dan Beige, ia bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran matahari tetapi juga memperbaiki tona kulit, melembapkan, dan memberikan efek kulit yang segar.
Inovasi kecantikan terkini
Ketua Pegawai Operasi AMC Retail Malaysia Sdn Bhd Seiji Kato berkata, pihaknya amat teruja untuk membawa rangkaian produk TirTir yang menarik ini ke Malaysia.
Ia memberi peluang untuk pengguna-pengguna kami untuk mengalami inovasi kecantikan terkini daripada jenama terkenal ini.
SEIji kato
“Komitmen TIRTIR terhadap produk berkualiti dan kesihatan kulit sejajar dengan misi kami untuk menawarkan hanya yang terbaik kepada pengguna kami,” katanya.
Ainz & Tulpe mengalu-alukan semua peminat kecantikan di Malaysia untuk meneroka produk TirTir yang ditawarkan di butik kecantikan bertempat di Mid Valley Mega Mall, Sunway Pyramid, Pavilion Bukit Jalil dan IOI City Mall, Putrajaya.
Program kesetiaan jenama Ainz & Tulpe turut menawarkan manfaat dan diskaun kepada pelanggan setia, memastikan pengalaman beli-belah yang berbaloi dan tidak dapat dilupakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ainz & Tulpe, layari www.ainz-tulpe.com.my, kedai atas talian Shopee https://shopee.com.my/atmy2024, and ikuti kami di laman sosial:
- Facebook: https://www.facebook.com/ainztulpemalaysia.official
- Instagram: https://www.instagram.com/ainztulpemalaysia.official/
- TikTok: https://www.tiktok.com/@ainztulpemalaysia
- XiaoHongShu:https://www.xiaohongshu.com/user/profile/5e8d8d240000000001001649