Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Anas Zahrin menang Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards 2025

    November 1, 2025

    Pantai Hospital Ampang anjur Pink Oktober Tea Party, satukan komuniti sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

    October 31, 2025

    Sugarbomb terus ‘mendunia’, harumkan nama Malaysia di Dubai Beautyworld Middle East 2025

    October 31, 2025
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Anas Zahrin menang Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards 2025
    • Pantai Hospital Ampang anjur Pink Oktober Tea Party, satukan komuniti sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara
    • Sugarbomb terus ‘mendunia’, harumkan nama Malaysia di Dubai Beautyworld Middle East 2025
    • Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 
    • M&M’S® dan Crocs lancar koleksi edisi terhad, gabung fesyen & keceriaan penuh warna
    • Rohto-Mentholatum sambut ulang tahun ke-30 di Malaysia dengan program CSR santuni warga emas
    • Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta
    • NESCAFÉ raikan semangat kental rakyat Malaysia dengan lagu “Kental Bersama” nyanyian Black Hanifah
    Sunday, November 2
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 tawar aksi permotoran & hiburan menggamatkan

      September 30, 2025

      DMS Berselawat jadi acara tahunan DMS MOTORS, himpunkan 500 peserta dalam suasana penuh barakah

      September 30, 2025

      Farid Kamil muncul artis pertama buka kedai motosikal elektrik (EV)

      September 13, 2025

      RingConn, cincin pintar ultra nipis pertama dunia dengan pemantauan apnea tidur kini di Malaysia

      August 18, 2025

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Kuala Lumpur tuan rumah dua persidangan belia IGN tahun depan

      November 7, 2024

      Anna Jobling menyinar di negara seberang, terima tiga tawaran filem selepas Lembayung

      September 18, 2024

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025

      Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

      September 19, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Epic Berhad catat 17 peratus peningkatan perolehan
    BIZ

    Epic Berhad catat 17 peratus peningkatan perolehan

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaJune 21, 2023No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA TERENGGANU, 21 JUN – Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (Epic Berhad), anak syarikat kerajaan negeri Terengganu merekodkan jumlah perolehan sebanyak RM343.1 juta tahun lalu.

    Perolehan tersebut sekaligus menunjukkan peningkatan 17 peratus bagi tahun kewangan 2022 (TK2022) berbanding RM292.2 juta pada 2021.

    Daripada jumlah perolehan tersebut, RM179.1 juta (52%) adalah daripada perkhidmatan pangkalan bekalan, RM93 juta (27%) adalah daripada perkhidmatan kejuruteraan, RM60 juta (18%) daripada operasi pelabuhan, dan RM11 juta (3%) daripada segmen tenaga boleh diperbaharui iaitu tenaga solar.

    Menerusi kenyataannya, pertumbuhan perolehan direkodkan Kumpulan bagi TK2022 adalah sumbangan pencapaian yang memberangsangkan oleh Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB).

    “PBKSB mencatatkan perolehan yang tinggi berikutan peningkatan aktiviti minyak dan gas di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB).

    “Selain PBKSB, EPIC OG Sdn Bhd (EOGSB), anak syarikat Epic Berhad yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan penyelenggaraan khususnya bagi operasi sektor minyak dan gas, turut merekodkan perolehan yang baik, sekaligus mendorong kepada peningkatan perolehan di peringkat Kumpulan,” kata kenyataan itu lagi.

    Pengumuman tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-42 syarikat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang juga Pengerusi Epic Berhad, Selasa lalu.

    Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

    Epic Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan bersih selepas cukai (PAT) kepada RM3.9 juta berbanding RM2.8 juta pada tahun sebelumnya.

    Sasar peningkatan perolehan sebanyak 13 peratus tahun ini

    Bagi 2023, Kumpulan Epic mensasarkan perolehan sebanyak RM387.2 juta, 13% lebih tinggi berbanding catatan TK2022.

    Dengan sasaran perolehan yang lebih tinggi, PBT dianggarkan naik 14%, daripada RM21.7 juta kepada RM24.7 juta, manakala PAT pula dianggarkan meningkat lebih daripada 2 kali ganda atau lebih daripada 100% kepada RM9.3 juta berbanding rekod RM3.9 juta bagi TK2022.

    Terkini, PBKSB dijangka mencatatkan perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi berikutan peningkatan dalam aktiviti onshore dan offshore serta peningkatan dalam kadar sewaan fasiliti hartanah.

    Aktiviti penggerudian dengan kadar purata lapan bulan tempoh penggerudian pula bakal menyumbang kepada penggunaan kapal yang lebih tinggi, sekaligus merancakkan lagi penggunaan perkhidmatan pangkalan bekalan.

    Bukan itu sahaja, pemasangan dua kren gantri (gantry cranes) di Dermaga Timur atau East Wharf yang bakal dijalankan pada hujung tahun 2023 akan meningkatkan jumlah pengendalian kargo bagi operasi pelabuhan oleh Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPKSB).

    Melangkah ke hadapan, Epic Berhad kekal komited untuk mengikuti rancangan perniagaan strategik syarikat sambil memanfaatkan peluang kerjasama perniagaan bersama pemain industri yang muncul daripada pemulihan aktiviti sektor minyak dan gas, selain daripada pelaburan berpotensi bagi memajak tanah milik syarikat di kawasan perindustrian Teluk Kalong serta memanfaatkan kemudahan di Pelabuhan Kemaman.

    bisnes Epic berhad menteri besar terengganu
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePaya Bunga Hotel Terengganu terima anugerah antarabangsa
    Next Article Trade-in telefon pintar lama untuk HUAWEI Mate50, rebat RM500 dan hadiah percuma
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Anas Zahrin menang Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards 2025

    November 1, 2025

    MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital

    October 17, 2025

    MoneyX lancar Net7, CRM pintar berkuasa AI pertama di Malaysia

    October 9, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 202528K

    Don't Miss

    Anas Zahrin menang Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards 2025

    By Team Editorial KLHypeNovember 1, 2025

    KUALA LUMPUR, 1 November 2025 – Momentum kejayaan pengasas produk jenama ANAS Cosmetics, Anas Zahrin…

    Pantai Hospital Ampang anjur Pink Oktober Tea Party, satukan komuniti sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

    Sugarbomb terus ‘mendunia’, harumkan nama Malaysia di Dubai Beautyworld Middle East 2025

    Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Anas Zahrin menang Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards 2025

    November 1, 20251K

    Pantai Hospital Ampang anjur Pink Oktober Tea Party, satukan komuniti sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

    October 31, 2025516

    Sugarbomb terus ‘mendunia’, harumkan nama Malaysia di Dubai Beautyworld Middle East 2025

    October 31, 20253K

    Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 

    October 30, 20253K

    M&M’S® dan Crocs lancar koleksi edisi terhad, gabung fesyen & keceriaan penuh warna

    October 30, 20253K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    February 24, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Anas Zahrin menang Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards 2025

    November 1, 2025

    Pantai Hospital Ampang anjur Pink Oktober Tea Party, satukan komuniti sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

    October 31, 2025

    Sugarbomb terus ‘mendunia’, harumkan nama Malaysia di Dubai Beautyworld Middle East 2025

    October 31, 2025

    Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 

    October 30, 2025
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.