Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    KAB Gold Buka Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur, Santuni 60 Asnaf

    October 19, 2026

    KNKV Group Tekankan Kekuatan Jenama Menerusi KNKV Branding & Marketing War 2027

    October 19, 2026

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • KAB Gold Buka Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur, Santuni 60 Asnaf
    • KNKV Group Tekankan Kekuatan Jenama Menerusi KNKV Branding & Marketing War 2027
    • Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo
    • Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden
    • Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik
    • Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR
    • Snek, Celup Dan Nikmati: The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Boleh Didapati di 7-Eleven
    • Konnichi-WOW: Baskin Robbins Malaysia Perkenal Japan Summer Series Menerusi Tiga Perisa Ikonik
    Wednesday, October 21
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

      October 16, 2026

      MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

      October 8, 2026

      Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

      September 29, 2026

      Pensyarah Bawa Pulang Perodua Traz Selepas Berbelanja RM250 di SOGO

      September 27, 2026

      The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

      September 25, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Persidangan Sekolah Amanah pacu kelestarian transformasi pendidikan negara
    News

    Persidangan Sekolah Amanah pacu kelestarian transformasi pendidikan negara

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaNovember 1, 20231 Comment4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    SEJAK dilancarkan pada 2010, Sekolah Amanah telah menunjukkan impak positif terhadap prestasi sekolah, guru dan murid malah program ini telah berjaya menggilap potensi ramai murid di kalangannya.

    Program Sekolah Amanah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menjalankan program transformasi dalam persekitaran pembelajaran di sekolah awam melalui kerjasama pintar antara sektor awam dan swasta.

    Program Sekolah Amanah digerakkan oleh Yayasan AMIR dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan menggunakan pendekatan ‘whole school improvement’ sebagai strategi perubahan pendidikan.

    Penasihat Yayasan AMIR, Zaida Khalida Shaari berkata, Sekolah Amanah telah menetapkan beberapa sasaran indeks prestasi utama (KPI) yang berkaitan dengan peningkatan hasil murid dalam jangka masa lima tahun merangkumi aspek akademik dan bukan akademik seperti keputusan peperiksaan, kemajuan murid dan sekolah, perkembangan sahsiah (kepimpinan dan kreativiti).

    Penasihat Yayasan AMIR, Zaidah Shaari (kanan) bersama Pengarah Program, Azlina Shahrom.

    Katanya, rangkaian Sekolah Amanah di bawah Yayasan AMIR (ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad) mampu meningkatkan kualiti tranformasi sektor pendidikan.

    “Program Sekolah Amanah merupakan satu program transformasi sekolah yang lestari dan komprehensif bagi menambah baik kemenjadian murid.

    “Bukan hanya peningkatan dalam akademik, sasaran kami adalah melahirkan murid yang berkepimpinan, kreatif serta berkeyakinan tinggi. Program ini juga dirangka dengan tumpuan mengubah peranan guru dalam bilik darjah dan aktiviti bilik darjah.

    “Salah satu ciri menarik program ini adalah menubuhkan Student Voice Group (SVG). Menariknya, murid yang tidak berpeluang memegang apa-apa jawatan di sekolah serta bukan murid ‘top’ di kelas dapat menonjolkan bakat mereka apabila diberi peluang menguruskan aktiviti atau acara tertentu melalui SVG ini,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Sekolah Amanah di Subang Jaya, Rabu lalu.

    Persidangan yang dirasmikan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Tuan Haji Abdul Muei bin Ngah itu bertujuan bagi berkongsi mengenai program tersebut serta kejayaan dan impak positif yang dicapai.

    Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AMIR, Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda.

    Pelbagai pengisian padat dirangka pada persidangan dua hari tersebut, antaranya forum dan sesi perkongsian bagi memberi informasi kepada orang ramai berkenaan proses transformasi dan pencapaiannya.

    Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AMIR, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda.

    Dalam majlis ini, turut dipamerkan kecemerlangan dan bakat pelajar serta perkongsian pengalaman mereka yang masih dan pernah mengikuti Program Sekolah Amanah sepanjang 13 tahun diperkenalkan.

    Zaida berkata, program Sekolah Amanah kini diperluaskan ke 94 sekolah, dengan 57 daripadanya sekolah rendah dan 37 sekolah menengah seluruh negara. Sekolah-sekolah yang terpilih ini dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh lima tahun.

    “Matlamat strategik yang difokuskan antaranya membangunkan kepimpinan berkualiti tinggi, enambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memaksimumkan potensi dan pencapaian murid serta memperkukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan lain,” katanya.

    Pada waktu ini terdapat 94 buah Sekolah Amanah di mana 83 buah sekolah di bawah “Trust School Programme 1.0 (TSP 1.0) di 10 buah negeri di Malaysia termasuk di Johor (18) buah sekolah, Sarawak (15), Kuala Lumpur (6), Selangor (14), Perak (4), Kelantan (5), Negeri Sembilan (1), Sabah (5), Terengganu (12) dan Pahang (3).

    ManakalaTrust School Programme 2.0 (TSP 2.0) di Perlis (5), Kuala Lumpur (2) dan Perak (2) dan Negeri Sembilan (2).

    Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sekolah Amanah, layari laman web www.https://www.yayasanamir.org.my/ dan media sosial Yayasan AMIR.

    Mengenai Yayasan AMIR

    Ia diperbadankan oleh Khazanah Nasional Berhad pada 26 Oktober 2010 sebagai Yayasan yang tidak berasaskan keuntungan, untuk memacu Program Sekolah Amanah melalui Pergabungan Awam-Swasta (“PPP”) dengan KPM.

    Matlamat Yayasan AMIR adalah untuk mengubah hasil pembelajaran pelajar (“student outcome“) dengan mendorong peningkatan amalan pengurusan sekolah, memperjuangkan penambahbaikan kurikulum dan penyampaian pendidikan.

    Konsep Modal Insan turut diterapkan bagi melahirkan pelajar yang kompeten di peringkat global di sepanjang susur-galur dan ekosistem pembelajaran dengan mempamerkan kualiti, integriti dan nilai jati diri yang teguh.

    kementerian pendidikan pelajar Sekolah Amanah transformasi pendidikan Yayasan Amir
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleEllojoy Sacha Inchi sasar jualan cecah RM12.5 Juta pada 2024, pelawa orang ramai jana pendapatan
    Next Article Selepas dua minggu ditunda, Teater Dang Anum temui penonton 4 dan 5 November ini
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    October 16, 2026

    Kenaikan Cukai Tanah 13 Kali Ganda: Berjaya Hills Resort Bantah Tindakan Penguatkuasaan Kerajaan Pahang

    October 7, 2026

    SURE-i Rai Ulang Tahun Ke-12 Dengan Pengiktirafan Asia Record, Pelopor Ekosistem Kesihatan Pencegahan Bersepadu

    October 6, 2026

    1 Comment

    1. Pingback: MHF anjur SuperCamp suaikan pendidikan dengan diri pelajar

    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    KAB Gold Buka Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur, Santuni 60 Asnaf

    By Team KLHypeOctober 19, 2026

    Syarikat penyedia dan perdagangan emas tempatan, KAB Goldynamics Sdn Bhd (KAB Gold), terus memperluaskan jangkauan…

    KNKV Group Tekankan Kekuatan Jenama Menerusi KNKV Branding & Marketing War 2027

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    KAB Gold Buka Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur, Santuni 60 Asnaf

    October 19, 20263K

    KNKV Group Tekankan Kekuatan Jenama Menerusi KNKV Branding & Marketing War 2027

    October 19, 20264K

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 20262K

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 20262K

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    October 16, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    KAB Gold Buka Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur, Santuni 60 Asnaf

    October 19, 2026

    KNKV Group Tekankan Kekuatan Jenama Menerusi KNKV Branding & Marketing War 2027

    October 19, 2026

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 2026

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.