Mengimbau kembali kemeriahan suasana hari raya era kegemilangan, 168 Park Mall baru-baru ini melancarkan kempen ‘Lebaran Klasika Raya’.
Bermula 6 Mac sehingga 30 Mac depan, pusat beli-belah ini bakal bertransformasi menjadi ruang vintaj yang penuh dengan elemen nostalgia buat seluruh warga Selayang dan Lembah Klang.
Sentuhan vintaj & ganjaran eksklusif
Suasana perayaan di 168 Park Mall kali ini bukan sekadar hiasan. Pengunjung akan dibawa mengembara ke masa lalu menerusi dekorasi klasik yang sangat sesuai untuk dijadikan latar belakang foto keluarga.
Bagi menghargai pelanggan, pusat beli-belah ini turut menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif. Dengan perbelanjaan minimum RM168, pengunjung berpeluang membawa pulang koleksi raya yang unik seperti:
- Sampul Raya rekaan khas.
- Beg Rotan Tradisional yang versatil.
- Set Teko Elegan untuk hiasan meja raya.
Kongsi rezeki santuni golongan memerlukan

Namun, teras utama sambutan kali ini adalah sifat ihsan menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) “Kongsi Rezeki”.
Dengan kerjasama Maedicare, Village Grocer, dan TheLOT Associates, 168 Park Mall mengajak masyarakat untuk sama-sama menyumbang barangan keperluan asas.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 168 Park Mall, Edward Lum berkata, inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan komuniti menyebarkan kebaikan sepanjang bulan mulia ini.
“Raya adalah masa untuk berkongsi dan bersedekah. Menerusi ‘Kongsi Rezeki’, kami menyediakan platform untuk komuniti menyumbang barangan ruji seperti beras dan minyak masak.
Dengan bimbingan Maedicare, kita akan memastikan bantuan ini sampai terus kepada pesakit di bawah Yayasan Amal Maedicare serta keluarga yang telah dikenal pasti,” ujar beliau selepas majlis perasmian baru-baru ini.
Sebagai simbolik pelancaran, barisan pengurusan tertinggi turut melakukan pembelian barangan ruji secara pukal untuk memulakan misi bantuan tersebut.
Chef Riz tampil dengan ‘live plating’
Kemeriahan majlis pelancaran diteruskan dengan sesi berbuka puasa eksklusif di Bowlcrafted. Suasana bertambah istimewa dengan kehadiran cef tersohor, Chef Riz, yang mempersembahkan sesi ‘live plating’.

Pengunjung dan tetamu jemputan berpeluang menyaksikan sendiri ketelitian Chef Riz menyediakan hidangan secara langsung di dapur terbuka.
Persembahan tersebut bukan sahaja menjadi santapan visual yang memukau, malah menggabungkan elemen tradisional Raya dengan sentuhan inovasi kuliner moden.
Bagi warga kota yang ingin merasai kehangatan ‘Raya lama’ sambil beramal, 168 Park Mall adalah destinasi yang harus dikunjungi musim ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.168parkmall.com atau ikuti akaun media sosial rasmi 168 Park Mall.


