Bagi warga kota yang sentiasa mencari keseimbangan antara kerjaya dan gaya hidup aktif, Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi destinasi ikonik yang wajib dimasukkan ke dalam radar hujung minggu anda.
Perdana Kuala Lumpur City Centre (Perdana KLCC) melakar sejarah tersendiri apabila menjadi hotel pertama di pusat bandar raya yang menawarkan fasiliti sukan urban paling sohor ketika ini — pickleball dan padel.
Bukan sekadar gelanggang biasa, fasiliti bertaraf premium yang dimiliki oleh Skycourts Kuala Lumpur ini terletak gah di tingkat sembilan hotel berkenaan dan turut berlatar belakang bangunan ikonik, Menara Tabung Haji.
Gelanggang padel dan pickle yang berbumbungkan langit Kuala Lumpur itu dibuka sehingga pukul 12 tengah malam dan turut dilengkapi dengan selain bilik persalinan, surau dan kafe.

Bayangkan melakukan smash kegemaran anda sambil berlatarbelakangkan pemandangan awan biru dan siluet pencakar langit ibu kota, pastinya membawa vibes tersendiri!
Sinergi hospitaliti & gaya hidup sihat
Pembukaan rasmi empat gelanggang ini (dua gelanggang pickleball dan dua gelanggang padel) menandakan fasa baharu dalam industri hospitaliti tempatan, di mana rekreasi sukan diintegrasikan secara harmoni dalam penginapan hotel.

“Kerjasama dengan Skycourts Kuala Lumpur mencerminkan komitmen kami dalam mempertingkatkan pengalaman tetamu dan komuniti di Perdana KLCC secara keseluruhan dengan menyokong gaya hidup yang lebih sihat dan aktif,” jelas Zakaria Ismail, Pengurus Besar Perdana KLCC.
Bagi memastikan keselesaan maksimum para pemain, Skycourts Kuala Lumpur turut dilengkapi dengan kemudahan bilik persalinan yang selesa, surau, dan sebuah kafe kasual untuk anda bersantai serta melepaskan lelah selepas perlawanan yang sengit.
Rancang ‘Stay & Play’ sempurna bersama tersayang
Sama ada anda seorang pemain kasual yang mahu mencuba sukan baharu atau komuniti tegar sukan ini, kadar sewaan yang ditawarkan amat berbaloi dengan fasiliti yang disediakan:
| Jenis Gelanggang | Waktu Bukan Puncak (Off-Peak) | Waktu Puncak (Peak) |
| Pickleball | RM40 / jam | RM50 / jam |
| Padel | RM140 / jam | RM160 / jam |
Menariknya, konsep ‘Stay & Play’ di Perdana KLCC adalah pilihan terbaik untuk percutian hujung minggu (staycation) bersama keluarga atau rakan-rakan.


Hotel milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diuruskan oleh Attana Hotels & Resorts ini terkenal dengan variasi suite dua dan tiga bilik tidur yang luas.
Lengkap dengan kemudahan dapur kecil, kolam renang, taman permainan kanak-kanak, serta hidangan bufet sarapan pagi yang menyelerakan, ia memenuhi segala definisi percutian bandar yang ideal.
Lokasi strategik, akses tanpa batas
Terletak di segi tiga emas Kuala Lumpur, kelebihan utama hotel ini pastinya pada aksesibilitinya. Kedudukannya yang bersebelahan dengan stesen MRT Persiaran KLCC dan LRT Ampang Park memudahkan anda untuk bergerak ke destinasi beli-belah dan gaya hidup utama seperti Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, dan hab gaya hidup terbaharu, The Exchange TRX.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom ajak paddlers dan geng kegemaran anda untuk merancang perlawanan hujung minggu ini. Untuk promosi terkini dan slot tempahan, layari laman sosial mereka di Instagram dan Facebook @skycourts.my


