Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

    October 2, 2026

    IHH Healthcare Malaysia Himpunkan Rakan Media Menerusi Strike in Motion Bowling Engagement

    September 30, 2026

    Festival Filem Asia Pasifik ke-63, Festival Kebudayaan Filem China-Malaysia ke-4 Bergandingan di Kuala Lumpur Mac 2027

    September 29, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan
    • IHH Healthcare Malaysia Himpunkan Rakan Media Menerusi Strike in Motion Bowling Engagement
    • Festival Filem Asia Pasifik ke-63, Festival Kebudayaan Filem China-Malaysia ke-4 Bergandingan di Kuala Lumpur Mac 2027
    • Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic
    • Batuk Berkahak atau Batuk Kering? Apa yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu Sepanjang Musim Jerebu
    • Cita Rasa Jepun Dalam Tin! Yeo’s Tampil Kelainan Menerusi Teriyaki Tuna Pertama di Malaysia
    • Parenthood Media dan PHKL Sorot Kepentingan Kesihatan Prakehamilan Menerusi Forum ‘Before We Bloom’
    • Pensyarah Bawa Pulang Perodua Traz Selepas Berbelanja RM250 di SOGO
    Sunday, October 4
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

      September 29, 2026

      Pensyarah Bawa Pulang Perodua Traz Selepas Berbelanja RM250 di SOGO

      September 27, 2026

      The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

      September 25, 2026

      SOFY Lancar SOFY Ultra Silk: Tuala Wanita Ultra Nipis 0.06cm Daripada Sutera Tulen Terunggul

      September 25, 2026

      Carlo Rino Takes Fashion On A Dreamlike Journey With Its Autumn/Winter 2026 ‘The Wandering Stitch’

      September 24, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas
    Featured

    TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

    Team KLHypeBy Team KLHypeApril 24, 2026No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR, 24 April 2026 – Kerinduan umat Islam di tanah air terhadap pengisian rohani sepanjang musim Haji 1447H bakal terubat apabila TV AlHijrah tampil memperkukuh peranannya sebagai stesen penyiaran Islam utama negara menerusi rangkaian program khas yang lebih dekat di hati penonton.

    Mengangkat tema kempen Arafah: Puncak Munajat & Harapan, stesen ini menyusun pengisian istimewa bermula April hingga penghujung Mei 2026 yang menzahirkan kemuliaan perjalanan ibadah haji, keinsafan di bumi Arafah serta pengharapan kepada rahmat Allah SWT.

    Apa yang menarik, musim ini bakal menampilkan kelainan besar yang pasti dinantikan ramai apabila pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, disahkan membuat penampilan semula secara eksklusif.

    Beliau bakal mengendalikan dua program khas iaitu Talbiah Haji bersama Ustaz Don dan Refleksi Haji Ustaz Don yang dijangka memberi suntikan ilmu serta emosi yang lebih mendalam kepada penonton.

    Jambatan rohani buat ummah

    Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, rangkaian kandungan yang disusun tahun ini adalah manifestasi komitmen stesen tersebut dalam mendidik dan menyantuni emosi penonton yang amat merindui bumi dua kota suci itu.

    “Kami mahu setiap penonton, sama ada yang bakal berangkat mahupun yang masih menunggu giliran, dapat merasakan kehadiran mereka di Tanah Suci menerusi pengisian yang kami sajikan. Kehadiran semula Ustaz Don Daniyal serta laporan harian yang sahih adalah usaha kami untuk memastikan TV AlHijrah kekal menjadi jambatan rohani utama rakyat Malaysia sepanjang musim haji ini,” katanya.

    Beliau turut menambah bahawa integrasi elemen digital dalam setiap program membolehkan interaksi dua hala berlaku, sekali gus menjadikan pembelajaran ibadah haji lebih dinamik dan relevan mengikut peredaran zaman.

    Penampilan khas Mohd Yusof Mohd Noor, 31, atau lebih dikenali sebagai “Abang Minyak Hitam Jalanan”.

    Beliau ditemui pada Majlis Pelancaran Arafah: Puncak Munajat & Harapan yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan di sini, semalam.

    Terdahulu, Dr Zulkifli turut mengumumkan tajaan pakej umrah untuk dua orang kepada Mohd Yusof Mohd Noor, 31, atau lebih dikenali sebagai “Abang Minyak Hitam Jalanan”.

    Persiapan ilmu menerusi Interaktif Haji

    Sebagai pembuka tirai, program Interaktif Haji telah mula bersiaran pada 20 April lalu, setiap Isnin hingga Jumaat jam 9 malam. Menampilkan barisan asatizah berpengalaman seperti Ustaz Harryanto Rizal dan Ustazah Yusnah Yusuf, program ini diperkasa dengan integrasi digital secara langsung.

    Penonton boleh mengemukakan persoalan secara terus melalui media sosial bersama pengacara Zaim Zamani untuk kefahaman ibadah yang lebih praktikal.

    Meneruskan momentum tersebut, program Kisah Mutawif bakal bersiaran setiap Khamis dan Jumaat jam 10 malam bermula 30 April. Bersama Ustaz Izzhar Nazri, penonton akan dibawa menyingkap pengalaman sebenar mutawif membimbing jemaah yang sarat dengan kisah pengorbanan dan kesabaran.

    Laporan langsung dari Tanah Suci & khutbah Arafah

    Bagi memastikan rakyat Malaysia dapat merasai suasana di bumi suci, kapsul khas Diari Labbaikallah akan mula bersiaran pada 11 Mei, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. Ia membawakan laporan semasa secara langsung dari Mekah merangkumi pergerakan jemaah serta detik penting sepanjang musim haji.

    Kemuncak perjalanan haji tahun ini pastinya tertumpu kepada siaran langsung Munajat Arafah pada 26 Mei (Selasa) jam 5 petang, diikuti dengan siaran langsung Khutbah Arafah 2026 sekitar jam 7 malam waktu Malaysia. Khutbah tersebut akan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan khusus buat jemaah haji Malaysia.

    Bagi meraikan Aidiladha, program Peristiwa Hari Tasyrik pada 28 hingga 30 Mei jam 9 malam akan mengupas hikmah tiga hari berkenaan, termasuk kepentingan mensyukuri nikmat dan menghayati pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS serta Nabi Ismail AS.

    Segmen haji dalam rancangan pagi Assalamualaikum dan laporan harian di Berita AlHijrah melengkapkan lagi pengisian menyeluruh musim ini.

    Selain itu, program pagi popular Assalamualaikum (7 pagi) dan Berita AlHijrah (8 malam) akan terus menampilkan segmen khas serta laporan harian berdasarkan sumber sahih daripada Lembaga Tabung Haji dan pihak berkuasa Arab Saudi. Kandungan komprehensif ini mencerminkan komitmen TV AlHijrah dalam menyatukan ummah dengan ilmu dan penghayatan yang mendalam.

    aidiladha Featured Featured Slider musim haji TV alhijrah Ustaz Don Daniyal
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleGleneagles Hospital Penang, Hospital Pertama di Wilayah Utara Perkenal Rawatan Epilepsi Lanjutan dengan Terapi VNS
    Next Article Turkiye Sasar 10,000 Pelajar Malaysia, Negara Serantau Lanjut Pelajaran, Tawar Biasiswa Penuh
    Team KLHype

    Related Posts

    Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

    October 2, 2026

    IHH Healthcare Malaysia Himpunkan Rakan Media Menerusi Strike in Motion Bowling Engagement

    September 30, 2026

    Festival Filem Asia Pasifik ke-63, Festival Kebudayaan Filem China-Malaysia ke-4 Bergandingan di Kuala Lumpur Mac 2027

    September 29, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

    By Team KLHypeOctober 2, 2026

    KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2026 – Penantian para peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan…

    IHH Healthcare Malaysia Himpunkan Rakan Media Menerusi Strike in Motion Bowling Engagement

    Festival Filem Asia Pasifik ke-63, Festival Kebudayaan Filem China-Malaysia ke-4 Bergandingan di Kuala Lumpur Mac 2027

    Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

    October 2, 20263K

    IHH Healthcare Malaysia Himpunkan Rakan Media Menerusi Strike in Motion Bowling Engagement

    September 30, 20263K

    Festival Filem Asia Pasifik ke-63, Festival Kebudayaan Filem China-Malaysia ke-4 Bergandingan di Kuala Lumpur Mac 2027

    September 29, 20263K

    Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

    September 29, 20265K

    Batuk Berkahak atau Batuk Kering? Apa yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu Sepanjang Musim Jerebu

    September 29, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

    October 2, 2026

    IHH Healthcare Malaysia Himpunkan Rakan Media Menerusi Strike in Motion Bowling Engagement

    September 30, 2026

    Festival Filem Asia Pasifik ke-63, Festival Kebudayaan Filem China-Malaysia ke-4 Bergandingan di Kuala Lumpur Mac 2027

    September 29, 2026

    Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

    September 29, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.