Philips Domestic Appliances mentakrifkan semula masa depan masakan rumah dengan pengenalan Philips Airfryer 5000 Series yang paling canggih dan versatil buat pertama kalinya di Malaysia.
Pelancaran ini dijangka bakal menetapkan mercu tanda baharu dalam segmen peralatan dapur. Direka untuk merevolusikan masakan di rumah, Airfryer terbaharu ini menggabungkan fungsi Steam (Kukus), Airfry (Goreng Kering), dan SteamFry dalam satu perkakas berkuasa, dipacu oleh teknologi RapidAir™ yang dipatenkan.


“Ini adalah airfryer yang benar-benar meningkatkan kualiti masakan rumah, menggabungkan fungsi mengukus, menggoreng kering dan pembersihan mudah dalam satu alat.
“Dipacu oleh Teknologi Rapid Air kami, ia memberikan hasil yang konsisten—rangup di luar, jus yang kekal dan lembap dengan tambahan fungsi stim. Kami percaya ini adalah permulaan kepada fry-volution sebenar di dapur,” kata Sue-Ann, Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia.


Ciri-ciri Utama Philips Airfryer 5000 Series:
- Kapasiti 7.2L: Ideal untuk keluarga dan menyediakan hidangan lengkap sekali gus.
- Teknologi Rapid Air: Untuk memasak dengan pantas dan sekata tanpa kesan hangus.
- Fungsi Steam (Kukus): Membantu mengekalkan kelembapan dan nutrien dalam makanan.
- Fungsi Fry (Goreng): Untuk hasil yang rangup menggunakan sedikit atau tanpa minyak langsung.
- Fungsi SteamFry: Menggabungkan stim dan gorengan kering untuk tekstur, rasa, dan kualiti makanan yang optimum.
- Fungsi Pembersihan Kendiri Steam Wash: Menggunakan wap untuk melonggarkan gris bagi memudahkan pembersihan selepas memasak.
Pelancaran Eksklusif Bersama Shafique Cute & Chef Sarah Huang Benjamin

Baru-baru ini, Philips Airfryer 5000 Series telah dilancarkan secara rasmi dalam satu acara media eksklusif di Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 50 pengamal media, pencipta kandungan gaya hidup, dan personaliti kegemaran ramai.
Para jemputan berpeluang merasai sendiri kehebatan perkakas ini melalui demonstrasi memasak secara langsung dan sesi rasa (tasting) interaktif.

Antara acara kemuncak adalah demonstrasi memasak oleh pencipta kandungan, Shafique Cute, yang menunjukkan bagaimana fungsi SteamFry membantu menjaga kualiti makanan dan mengekalkan nutrien.
Ini diikuti oleh sesi SteamFry Showdown yang meriah oleh Chef Sarah Huang Benjamin, di mana pasukan jemputan menguji sendiri versatiliti dan kemudahan penggunaan perkakas ini.
Evolusi Masakan Rumah Moden
Direka untuk keluarga Malaysia yang moden, terutamanya ibu bapa yang bekerja, Philips Airfryer 5000 Series membawa evolusi: Hidangan Hebat Disediakan Dengan Mudah.



Dengan kapasiti besar, teknologi canggih, dan penyelenggaraan yang senang (dari steam-fry hingga ke steam-clean), ia memperkasakan isi rumah yang sibuk untuk menyediakan hidangan berkualiti dan lebih sihat dengan masa yang singkat.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil-wakil daripada Philips Domestic Appliances dan Harvey Norman, menandakan satu pencapaian penting dalam meningkatkan taraf masakan rumah yang lebih efisien dan menjimatkan masa.


