Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2026 lebar sayap ke Pulau Pinang, Brunei & London

    September 12, 2025

    Gula Cakery buka cawangan ke-16 di The Curve, Damansara

    September 12, 2025

    Bengkel Reset Diri, Ubah Rezeki 2025 pacu usahawan bangkit dengan jiwa lebih kuat

    September 11, 2025
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2026 lebar sayap ke Pulau Pinang, Brunei & London
    • Gula Cakery buka cawangan ke-16 di The Curve, Damansara
    • Bengkel Reset Diri, Ubah Rezeki 2025 pacu usahawan bangkit dengan jiwa lebih kuat
    • Anjung Malaysiaku Foodies Fiesta 2025 bakal gegar Bukit Jalil bermula esok
    • Rezeki sebagai panganjur acara, Rayme Zainal tidak merajuk dengan bidang nyanyian
    • Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur
    • IUC buka laluan kerjaya global mahasiswa di Jepun
    • SK-II embarks on a new chapter with actress Mun Ka Young  
    Friday, September 12
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025

      Sans Wellness rai 25 tahun kejayaan: Angela Chan dipilih duta jenama, seru wellness jadi gaya hidup

      September 6, 2025

      GGR Motor terima kunjungan Pegawai JPJ Wilayah Persekutuan

      September 6, 2025

      Mr. Muscle® Malaysia kini dengan penampilan baharu lebih segar

      August 30, 2025

      FitFlop Autumn/Winter 2025: gaya kontemporari bertemu inovasi

      August 28, 2025
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      RingConn, cincin pintar ultra nipis pertama dunia dengan pemantauan apnea tidur kini di Malaysia

      August 18, 2025

      Proton X50 terbaharu didedahkan: kini lebih sporty, bergaya & luas

      July 1, 2025

      Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

      May 1, 2025

      Acer lancar teknologi perniagaan direka untuk tempat kerja moden

      April 25, 2025

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Kuala Lumpur tuan rumah dua persidangan belia IGN tahun depan

      November 7, 2024

      Anna Jobling menyinar di negara seberang, terima tiga tawaran filem selepas Lembayung

      September 18, 2024

      Nur Amisha sedia uji Milena, bakal pamer kejutan di RF3 Kuda Merah

      September 8, 2025

      Mat Korro puas benam pencabar Thailand

      August 22, 2025

      Dari Muzium ke Raintree Walk, semua ada dalam Heritage Ride

      August 22, 2025

      PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 kembali dengan sasaran 200,000 penonton, dimeriahkan 2 festival EDM

      August 18, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025

      Sans Wellness rai 25 tahun kejayaan: Angela Chan dipilih duta jenama, seru wellness jadi gaya hidup

      September 6, 2025

      PromasterSkill Academy bawa revolusi pendidikan kecantikan TVET ke aras baru

      August 24, 2025

      UTOPIA, pameran seni solo Datin Nurina tampilkan kanvas abstrak berskala besar di UM

      August 23, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Hubungan antara obesiti dan GERD: kajian dan realiti tempatan
    Featured

    Hubungan antara obesiti dan GERD: kajian dan realiti tempatan

    Penulis merupakan Pakar Perubatan Dalaman (Internal Medicine), Spesialisis Untuk Gastroenterologi dan Hepatologi Pantai Hospital Penang, Dr Chiam Keng Hoong.
    Team Editorial KLHypeBy Team Editorial KLHypeAugust 18, 2025Updated:August 23, 2025No Comments6 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Pedih ulu hati atau GERD berlaku apabila asid perut mengalir semula ke dalam esofagus, menyebabkan rasa terbakar di dada. Memahami struktur anatomi seperti esofagus dan sfinkter esofagus bawah (LES) adalah penting untuk mengenal pasti punca keadaan ini.

    Pedih ulu hati adalah masalah yang biasa, dialami oleh kira-kira 1 daripada 4 orang sebulan sekali. Namun, GERD merujuk kepada simptom yang berulang dan lebih serius, yang memerlukan rawatan.

    Pencetus utama termasuk:

    • Makanan berlemak dan bergoreng
    • Berbaring sejurus selepas makan
    • Ubat-ubatan tertentu
    • Makanan/ minuman yang meningkatkan keasidan atau merehatkan LES

    GERD adalah lebih kronik dan dikaitkan dengan obesiti, merokok, alkohol, usia melebihi 50 tahun, dan jantina lelaki. Di Malaysia, sekitar 10% mengalami simptom bulanan, manakala 6% mengalaminya setiap minggu.

    Etnik juga memainkan peranan, dengan penghidap India dilaporkan mengalami lebih banyak simptom berbanding kaum lain, berkemungkinan disebabkan faktor budaya dan gaya hidup.

    Simptom dan tanda-tanda

    Simptom klasik pedih ulu hati bermula dengan rasa terbakar di bahagian atas abdomen (epigastrium), kemudian naik ke tengah dada. Pesakit mungkin menggambarkannya sebagai sesak dada, sakit dada, atau rasa sukar menarik nafas dalam.

    Boleh juga disertai peningkatan air liur (air liur berlebihan), rasa masam di belakang tekak, tekak kering, iritasi tekak, sakit tekak, batuk berpanjangan, dan bau mulut. Gejala selalunya berlaku selepas makan makanan berat, terutamanya tinggi lemak atau protein, dan bertambah teruk jika terus berbaring selepas makan. Perut yang penuh memudahkan kandungan perut mengalir balik ke esofagus, memperburuk simptom GERD.

    Untuk mengurangkan pedih ulu hati, nasihat biasa termasuk:

    • Makan dalam bahagian kecil tetapi kerap
    • Elakkan makan kurang daripada empat jam sebelum tidur
    • Angkat kepala katil semasa tidur
    • Baring di sebelah kiri supaya graviti menarik kandungan perut menjauhi LES

    Pedih ulu hati yang teruk dan kronik juga boleh menyumbang kepada kerosakan gigi, masalah sinus, dan jangkitan telinga tengah. Sesetengah pesakit turut merasakan ketulan atau rasa ketat di tekak yang sukar dihilangkan melalui batuk atau muntah fenomena ini dikenali sebagai ‘globus pharyngeus’ atau hanya globus, dipercayai disebabkan oleh ketegangan otot di sekeliling tekak.

    Pedih ulu hati sering dikaitkan dengan dispepsia fungsional, di mana pesakit rasa cepat kenyang semasa makan. Mereka juga mungkin kerap sendawa, kembung perut, ketidakselesaan perut, dan rasa berat di dada dan abdomen.

    Dispepsia fungsional berlaku disebabkan ketidakmampuan otot perut untuk berehat dan menampung makanan, meningkatkan kemungkinan refluks asid. Loya dan muntah sangat jarang berlaku dalam kes pedih ulu hati dan dispepsia fungsional, dan biasanya menunjukkan masalah lain.

    Pakar Perubatan Dalaman (Internal Medicine), Spesialisis Untuk Gastroenterologi dan Hepatologi Pantai Hospital Penang, Dr Chiam Keng Hoong.

    Tanda yang memerlukan perhatian perubatan segera termasuk: kesukaran atau kesakitan menelan (disfagia dan odinofagia), hilang berat badan dan selera, muntah darah, dan najis berdarah ini merupakan simptom ‘bendera merah’. Jika anda mengalami sebarang simptom ini, sila cari nasihat perubatan segera.

    Makanan punca risiko utama

    Kebanyakan pesakit yang mengalami pedih ulu hati berterusan sedar tentang makanan yang mencetuskan simptom dan berusaha mengurangkannya atau mengelakkannya. Antaranya: kopi, teh berkafein tertentu, coklat, alkohol, produk koko, minuman berkarbonat, tomato, makanan berlemak atau pedas, dan buah sitrus seperti oren, nanas, limau, dan grapefruit.

    Kafein diketahui menyumbang kepada pedih ulu hati dengan merehatkan LES dan merangsang penghasilan asid perut. Kopi yang semulajadi berasid juga boleh mengiritasi lapisan esofagus.

    Teh berasaskan mint seperti spearmint dan peppermint juga berfungsi dengan cara yang serupa, masing-masing merehatkan LES dan meningkatkan kemungkinan refluks asid. Kadang-kadang bukan hanya teh itu sendiri, tetapi penambahan lemon, peppermint, atau gula juga boleh mencetuskan simptom.

    Panduan makanan terhadap pencetus pedih ulu hati membantu pesakit membuat pilihan bijak dalam kehidupan seharian. Namun, ada individu yang mungkin lebih sensitif terhadap makanan lain yang tidak disenaraikan di sini.

    Dr Chiam Keng Hoong.

    Dari segi gaya masakan pula, rakyat Malaysia gemar makanan pedas dan berlemak. Makanan yang digoreng, rendang, kari, serta hidangan dengan bawang dan bawang putih banyak boleh mencetuskan pedih ulu hati.

    Selain bersifat berasid, makanan berlemak dan berminyak lebih lambat dicerna dan tinggal lebih lama dalam saluran pencernaan. Diet tinggi FODMAP (fermentable oligosaccharides, disaccharides, monosaccharides, and polyols) juga menyumbang kepada penghasilan gas, menyebabkan kembung dan distensi abdomen, sekali gus meningkatkan frekuensi dan keterukan pedih ulu hati (contohnya bawang dan bawang putih).

    Namun, diet FODMAP tidak disarankan tanpa nasihat doktor kerana ia bukan sebahagian daripada pengurusan rasmi bagi pedih ulu hati dan GERD.

    Gaya hidup sebagai faktor risiko

    Selain daripada pemakanan, pilihan gaya hidup yang disarankan meliputi: menurunkan berat badan, berhenti merokok, dan mengurangkan pengambilan alkohol.

    Abad moden ini menjadi sangat mudah dengan pemakanan segera, makanan diproses, dan gaya hidup sedentari, menyebabkan pandemik obesiti semakin meruncing.

    Berat badan berlebihan meningkatkan tekanan dalam abdomen, mengecilkan kapasiti perut untuk mengembang, dan menurunkan ambang refluks asid.

    LES yang terletak antara esofagus dan perut semakin lemah, membolehkan bahagian atas perut mendorong ke atas melalui rongga diafragma membentuk hernia hiatus—ini meruntuhkan fungsi LES sebagai halangan.

    Merokok menyumbang dengan melemahkan LES, merangsang penghasilan lebih banyak asid, dan mengurangkan pengeluaran air liur satu mekanisme pertahanan penting terhadap refluks asid. Nikotin juga meningkatkan kepekatan air liur, menyukarkan proses menelan dan meneutralkan asid. Alkohol pula mencetuskan simptom melalui melemahkan LES dan sering disertai makanan bergoreng atau berlemak, minuman berkarbonat dan bergula, semua pencetus pedih ulu hati.

    Berdasarkan hubungkait antara pemakanan dan gaya hidup dengan pedih ulu hati serta GERD, adalah penting untuk mendidik pesakit agar melakukan perubahan kecil tetapi berterusan seperti penurunan berat badan, modifikasi diet, berhenti merokok, dan mengurangkan alcohol, kesemuanya memberi manfaat besar.

    Prosedur diagnosis

    Diagnosis GERD melibatkan terutama endoskopi saluran gastrousus atas (gastroskopi) untuk melihat hernia hiatus, keradangan esofagus, Barrett’s esofagus, dan kanser awal atau lanjut. Endoskopi juga boleh mengesan masalah seperti jangkitan Helicobacter pylori, ulser gastrik atau duodenal, dan kanser perut.

    Mencegah dan mengurus masalah pedih ulu hati

    Pengurusan pedih ulu hati adalah gabungan antara modifikasi gaya hidup dan ubat-ubatan. Ramai pesakit cenderung mengambil ubat OTC untuk meredakan simptom demi meneruskan kehidupan harian. Namun, penting untuk menilai kembali faktor risiko yang menyumbang kepada pedih ulu hati, bukan bergantung semata-mata kepada ubat.

    Berikut merupakan ringkasan langkah bukan farmakologi yang saya nasihatkan kepada pesakit:

    • Makan dalam bahagian kecil tetapi kerap
    • Elakkan makanan berlemak atau tinggi protein
    • Elakkan makanan pencetus seperti pedas, sitrus, asidik, dan tinggi FODMAP
    • Elakkan minuman seperti koko, kopi, dan berkafein
    • Tidak makan dalam tempoh kurang dari empat jam sebelum tidur
    • Angkat kepala katil dan baring di sebelah kiri
    • Tingkatkan aktiviti fizikal dan turunkan berat badan (elakkan aktiviti yang meningkatkan tekanan abdomen seperti mengangkat berat)
    • Elakkan mengangkat atau menolak objek berat – bahagikan beban atau minta bantuan
    • Kurangkan pengambilan alkohol
    • Berhenti merokok

    GERD bukan sekadar pedih ulu hati biasa,  ia adalah keadaan kronik yang boleh menjejaskan kualiti hidup jika tidak ditangani dengan betul. Walaupun simptomnya kelihatan ringan pada peringkat awal, ia boleh membawa kepada komplikasi serius jika dibiarkan berlarutan.

    Melalui pemahaman tentang faktor pencetus, pemilihan makanan yang bijak, serta pengubahsuaian gaya hidup seperti menurunkan berat badan, berhenti merokok, dan mengurangkan alkohol, ramai pesakit dapat mengawal simptom dengan berkesan.

    Pemeriksaan awal dan rawatan yang sesuai sangat penting, terutama jika terdapat tanda amaran seperti kesukaran menelan, penurunan berat badan, atau muntah berdarah.

    Kesedaran, pencegahan, dan tindakan awal adalah kunci utama dalam pengurusan GERD untuk kesihatan jangka panjang.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleRingConn, cincin pintar ultra nipis pertama dunia dengan pemantauan apnea tidur kini di Malaysia
    Next Article PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 kembali dengan sasaran 200,000 penonton, dimeriahkan 2 festival EDM
    Team Editorial KLHype

    Related Posts

    Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2026 lebar sayap ke Pulau Pinang, Brunei & London

    September 12, 2025

    Gula Cakery buka cawangan ke-16 di The Curve, Damansara

    September 12, 2025

    Bengkel Reset Diri, Ubah Rezeki 2025 pacu usahawan bangkit dengan jiwa lebih kuat

    September 11, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 202528K

    Don't Miss

    Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2026 lebar sayap ke Pulau Pinang, Brunei & London

    By Team Editorial KLHypeSeptember 12, 2025

    Setiap kali bulan Ramadan dan Syawal menjelma, ada satu acara yang sentiasa dinanti ramai —…

    Gula Cakery buka cawangan ke-16 di The Curve, Damansara

    Bengkel Reset Diri, Ubah Rezeki 2025 pacu usahawan bangkit dengan jiwa lebih kuat

    Anjung Malaysiaku Foodies Fiesta 2025 bakal gegar Bukit Jalil bermula esok

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2026 lebar sayap ke Pulau Pinang, Brunei & London

    September 12, 20257K

    Gula Cakery buka cawangan ke-16 di The Curve, Damansara

    September 12, 20258K

    Bengkel Reset Diri, Ubah Rezeki 2025 pacu usahawan bangkit dengan jiwa lebih kuat

    September 11, 20258K

    Anjung Malaysiaku Foodies Fiesta 2025 bakal gegar Bukit Jalil bermula esok

    September 11, 20256K

    Rezeki sebagai panganjur acara, Rayme Zainal tidak merajuk dengan bidang nyanyian

    September 11, 20255K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    February 24, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2026 lebar sayap ke Pulau Pinang, Brunei & London

    September 12, 2025

    Gula Cakery buka cawangan ke-16 di The Curve, Damansara

    September 12, 2025

    Bengkel Reset Diri, Ubah Rezeki 2025 pacu usahawan bangkit dengan jiwa lebih kuat

    September 11, 2025

    Anjung Malaysiaku Foodies Fiesta 2025 bakal gegar Bukit Jalil bermula esok

    September 11, 2025
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.