Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari
    • DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan
    • ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress
    • Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 
    • Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan
    • Jiwa & Raga Lerai Rindu Dua Dekad Peminat Yusry
    • Farm Fresh Sumbang Lebih 50 Ribu Kotak Susu Percuma Kepada Murid Prasekolah Sempena Hari Susu Sedunia 2026
    • Mah Sing Perkenal M Aurora, Projek Servis Residensi dengan harga bermula dari RM339,000 di Jalan Klang Lama
    Monday, June 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

      June 11, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda

      May 26, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » ST Rosyam Mall pertama dibuka, kempen RM1.5 juta ganjaran
    BIZ

    ST Rosyam Mall pertama dibuka, kempen RM1.5 juta ganjaran

    Team KLHypeBy Team KLHypeMarch 20, 2025Updated:March 21, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KLANG: Pelakon dan usahawan popular, Datuk Rosyam Nor mencipta sejarah tersendiri apabila membuka kompleks beli-belah pertama ST Rosyam Mall yang terletak di Jalan Kebun, Klang, Selangor.

    Dengan keluasan 114,000 kaki persegi, ST Rosyam Mall menjanjikan pengalaman membeli-belah yang lebih luas dan selesa untuk para pelanggan.

    Bagi meraikan pembukaannya, kempen RM 1.5 Juta Ganjaran Untuk Anda diperkenalkan dengan pelbagai hadiah menarik termasuk 100 pakej Umrah percuma kepada pelanggan bertuah ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart.

    Menampilkan lebih 30 premis terkenal dalam pelbagai kategori seperti fesyen, makanan dan teknologi, ST Rosyam Mall turut menawarkan beberapa premis yang akan beroperasi 24 jam seperti Khulafa dan Nasi Lemak Burung Hantu.

    Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati kemudahan gelanggang Pickleball yang dibuka sepanjang masa, serta parkir yang luas dan surau yang selesa untuk keselesaan pelanggan.

    Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak Datuk Raymond Ho Cheng Hann berkata, kerjasama strategik antara Sri Ternak dan ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart mencerminkan komitmen semua pihak dalam menawarkan pengalaman membeli-belah yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan kepada rakyat Malaysia.

    Kemudahan pandu lalu pengambilan barang pesanan

    “Melalui gabungan kepakaran dalam industri peruncitan, kami yakin bahawa ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart akan menjadi destinasi utama pengguna yang mengutamakan keselesaan, kepelbagaian produk, dan nilai terbaik untuk wang mereka.

    “Kami juga berbangga kerana dapat menyumbang kepada inisiatif inovatif seperti Pandu Lalu Pengambilan Barang Pesanan dan kemudahan membeli secara borong, yang memberikan fleksibiliti kepada pelanggan dalam memenuhi keperluan harian mereka dengan lebih mudah danefisien,” katanya.

    Sementara itu, Pengarah ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor berkata, ST Rosyam Mall bukan sekadar pusat beli-belah biasa, ia adalah simbol kepercayaan dan dedikasi dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

    Mercu tanda baharu di Klang

    “Pembukaan ST Rosyam Mall adalah satu detik bersejarah buat saya secara peribadi. Impian saya adalah untuk membawa pengalaman membeli-belah yang bukan sekadar memudahkan pengguna tetapi memberikan nilai tambah yang luar biasa.

    “ST Rosyam Mall bukan sekadar sebuah pusat beli-belah biasa, tetapi ia diwujudkan dengan konsep yang memenuhi keperluan seisi keluarga  daripada makanan, fesyen, hiburan, teknologi dan banyak lagi di bawah satu bumbung.

    Datuk Rosyam Nor

    “Kami mahu menjadikan ST Rosyam Mall sebagai destinasi utama rakyat Malaysia yang mencari kelengkapan hidup dengan harga yang berpatutan tetapi dalam suasana yang selesa tanpa tekanan dengan pelbagai kemudahan disediakan.

    “Kami yakin ST Rosyam Mall akan menjadi satu mercu tanda baharu di Klang dan seterusnya di Malaysia,” katanya.

    Dalam pada itu, di lokasi sama, Rosyam turut melancarkan pembukaan cawangan kelapan ST Rosyam Mart  dengan tawaran istimewa.

    Kempen tawar hadiah kereta Proton X70

    Kempen RM1.5 Juta Ganjaran Untuk Anda turut boleh dinikmati di ST Rosyam Mart. Pengunjung berpeluang memenangi hadiah berupa kereta Proton X70, Goldbar, barangan elektronik, baucar dan yang paling menarik pakej 100 umrah percuma.

    Sebagai simbolik setiap pembukaan cawangan baharu, ST Rosyam Mart menawarkan promosi Ayam Seekor serendah 88 sen.

    Antara promosi hebat lain yang ditawarkan kepada ahli ST Kad  adalah lebih 100 barangan promosi berharga serendah RM0.08 sen hingga RM0.88 sen, dengan jumlah keseluruhan lebih 300 barangan promosi sempena pembukaan ini.

    Promosi akan bermula 14 hari 14 malam bermula 19 Mac hingga 1 April ini. Cawangan kelapan ini turut beroperasi 24 jam.

    Lebih menarik, ST Rosyam Mart menyediakan 22 servis percuma termasuk perkhidmatan terbaru iaitu Pandu Lalu Pengambilan Barang Pesanan.

    Ia merupakan pasaraya pertama yang mewujudkan perkhidmatan seperti ini. Pelanggan juga boleh mendapatkan barangan basah seperti ikan segar dari jeti serta daging tempatan berkualiti tinggi dalam suasana membeli-belah yang selesa dan menyeluruh.

    “ST Rosyam Mart pula adalah manifestasi kepada prinsip perniagaan kami sejak dahulu iaitu menawarkan barangan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

    Kami memahami keperluan rakyat Malaysia yang mahu membeli barangan segar, berkualiti dan pada masa yang sama dapat berjimat.

    “Sebab itu, setiap kali kami membuka cawangan baharu, kami membawa tawaran istimewa seperti Ayam Seekor 88 Sen serta lebih 300 barangan promosi dengan harga yang sangat rendah. Ini adalah cara kami untuk memberikan semula kepada pelanggan yang sentiasa menyokong kami.

    Rosyam

    “ST Rosyam Mart bukan hanya pasaraya biasa. Kami mahu mendefinisikan semula cara rakyat Malaysia berbelanja dengan menyediakan 22 servis percuma, termasuk Pandu Lalu Pengambilan Barang Pesanan – satu inovasi yang pertama seumpamanya di pasaraya negara ini.

    Dengan operasi 24 jam, kemudahan membeli secara borong, dan keutamaan kepada barangan segar terus dari jeti dan ladang tempatan, ST Rosyam Mart adalah jawapan kepada keperluan setiap isi rumah.

    Kami mahu memastikan setiap kali pelanggan masuk ke ST Rosyam Mart, mereka tahu bahawa di sinilah tempat untuk berjimat,” katanya.

    culture Featured Featured Slider leisure lifestyle ST Rosyam Mall
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAlami keajaiban Maghribi sempena Aidilfitri di Suria KLCC 
    Next Article ‘Hayati’ drama Raya Suria Yaya Empire Perfume angkat tema kesihatan mental  
    Team KLHype

    Related Posts

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    By Team KLHypeJune 14, 2026

    Kerancakan sukan bola sepak kini beralih dari padang hijau ke dalam pusat membeli-belah apabila Sunway…

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 20263K

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 20262K

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 20263K

    Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 

    June 11, 20263K

    Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

    June 11, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 2026

    Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 

    June 11, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.