Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula
    • Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal
    • DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR
    • Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah
    • Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    Wednesday, April 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

      April 14, 2026

      Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

      April 13, 2026

      Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

      April 10, 2026

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Noraniza Idris anjur Konsert Eh Raya 2025 secara percuma 26 April ini
    Celebrities

    Noraniza Idris anjur Konsert Eh Raya 2025 secara percuma 26 April ini

    Team KLHypeBy Team KLHypeApril 10, 2025Updated:April 11, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Ratu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif, Noraniza Idris bakal menghiburkan para peminat dalam sebuah konsert Hari Raya percuma yang bakal berlangsung di Summit USJ pada 26 April 2025 dari jam 9 pagi hingga 9 malam. 

    Dikenali dengan semangatnya dalam memartabatkan seni budaya tempatan, Noraniza tampil dengan inisiatif penuh makna menerusi Konsert Eh Raya 2025 , yang menghimpunkan elemen hiburan, warisan budaya dan keterlibatan komuniti dalam satu sambutan Aidilfitri yang luar biasa.

    Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, ia membawa penonton menyusuri pengalaman rumah terbuka Hari Raya dalam bentuk sketsa, tarian dan nyanyian di Summit USJ bermula 9 pagi hingga 9 malam.

    Noraniza Idris, yang turut memegang watak utama sebagai ‘Che Ani’, akan mengacarakan persembahan selama dua jam bersama Azmir Arif, Helmi Gimmick dan Siti Sarah. 

    Noraniza Idris

    Penonton akan disajikan dengan persembahan lagu-lagu raya penuh nostalgia seperti Rewang Raya dan Halal Bihalal, diiringi oleh lebih 60 penari daripada Noraniza Idris Dance Academy (NIDA TARI).

    Sebagai usaha memasyarakatkan semula seni tradisional, Konsert Eh Raya 2025 juga mengetengahkan Bengkel Zapin & Ronggeng Selangor, pertandingan tarian kreatif serta aktiviti budaya lain seperti Rewang Raya, Malam 7 Likur, Pagi 1 Syawal dan perarakan makanan warisan Bugis. 

    Acara kebudayaan terbesar sempena Aidilfitri

    Semua ini disusun secara terbuka dan percuma untuk orang ramai, menjadikan program ini antara acara kebudayaan terbesar yang pernah dianjurkan sempena Aidilfitri di Selangor.

    Lebih istimewa, pengunjung juga berpeluang menyaksikan pratonton eksklusif persembahan warisan tarian Negeri Selangor sebagai sebahagian daripada kempen Tahun Melawat Selangor 2025. 

    Modul pembelajaran budaya ini dibangunkan oleh Noraniza Idris sendiri melalui akademinya yang kini beroperasi di Shah Alam.

    Sementara itu, penyanyi Noraniza Idris menzahirkan rasa teruja apabila berpeluang menjayakan Konsert Eh Raya 2025 anjuran Persatuan Tatihseni Malaysia. 

    “Saya amat teruja kerana dapat menjayakan konsert ini bersama rakan-rakan artis lain, yang pastinya bakal menghiburkan pengunjung dengan pelbagai persembahan menarik. 

    “Pusat beli-belah Summit USJ dipilih sebagai lokasi strategik kerana ia  antara pusat tumpuan komuniti yang meriah dengan pengunjung sempena musim perayaan.

    “Sebagai anak seni, saya percaya muzik tradisional dan elemen kebudayaan harus terus diberi ruang dan disatukan dengan irama moden agar mampu menarik minat generasi baru. 

    “Konsert ini juga menjadi platform untuk memperkenalkan semula keindahan muzik etnik kreatif yang saya perjuangkan sejak dahulu. 

    Dengan adanya acara seperti ini, saya berharap masyarakat akan lebih menghargai kepelbagaian warisan seni kita yang kaya dan unik,” katanya yang turut bertindak sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Tatihseni Malaysia. 

    5,000 pengunjung dijangka hadir

    Dalam pada itu, penganjur bersama Konsert Eh Raya 2025, NIPV Management iaitu Jeffri Iman Hoodi, pihaknya menjangkakan lebih 5,000 pengunjung membanjiri acara itu.

    “Objektif kami adalah untuk menghidupkan suasana Aidilfitri dalam bentuk hiburan yang mesra keluarga, tradisional tetapi moden dan terbuka untuk semua lapisan masyarakat.

    Jeffri Iman

    “Acara ini bermatlamat untuk mengembangkan seni budaya dalam kalangan generasi pelapis selain mengangkat semula seni budaya kita yang semakin dilupakan,” katanya.

    Pelancong tempatan dan luar negeri turut dijemput hadir menerusi kerjasama dengan agensi pelancongan dan bas pelancong yang digalakkan untuk menjadikan acara ini sebagai salah satu hentian kebudayaan dalam pakej mereka.

    Selain persembahan pentas, Konsert Eh Raya 2025 membuka ruang eksklusif buat usahawan yang ingin mempromosikan produk mereka kepada khalayak umum. 

    Usahawan akan diberikan ruang mempamer produk, membuat demonstrasi serta menyertai jamuan gastronomi warisan Bugis secara percuma sebagai sebahagian daripada pakej promosi terhad yang ditawarkan sepanjang konsert.

    Jeffri Iman Hoodi

    Majlis pelancaran rasmi akan disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Bendahara Azman AlHaj selaku Penaung NIDA.

    Konsert Eh Raya 2025  dianjurkan dengan kerjasama Summit USJ selaku penaja lokasi, Tourism Selangor sebagai penyokong promosi negeri, Dewan Bahasa dan Pustaka selaku penaja hadiah serta Persatuan Tatihseni Malaysia, CHE ANI PREMIUM, NAJAH dan NIDA yang menjadi tulang belakang penganjuran keseluruhan acara ini.

    Aidilfitri culture Featured Featured Slider konsert leisure lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleNur Azmi umum bertanding jawatan Timbalan Presiden MOM
    Next Article AMK Gombak 2025: Dari akar reformasi ke arah masa depan progresif
    Team KLHype

    Related Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    By Team KLHypeApril 14, 2026

    PETALING JAYA, 14 April 2026 – Program kesetiaan MYguardian Rewards, yang dilancarkan sejak 2025, kini…

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 20265K

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 20263K

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 20262K

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 20265K

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.