Selepas pengumuman rasmi pelantikan Syafiq Kyle sebagai duta jenama Kopiko baru-baru ini, jenama kopi terkemuka Malaysia itu kini mengukuhkan lagi kerjasama tersebut dengan aktivasi pengguna pertama yang berlangsung di AEON Wangsa Maju pada 23 Ogos.
Acara yang dinanti-nantikan ini menandakan kemunculan sulung Syafiq bersama Kopiko, sekali gus merasmikan pelancaran kempen meriah penuh bertenaga selama setahun “Kopi Pekat, Tak Manis Sangat: Feveret Syafiq”.
Bagi Syafiq, pelantikan beliau sebagai duta jenama ini lebih bersifat peribadi dan bukan hanya kolaborasi biasa.
Sebagai peminat setia Kopiko sejak kecil, hubungannya dengan jenama ini bermula dengan gula-gula Kopiko, dan kini diteruskan dengan pilihan kegemarannya, Kopiko Macchiato.
Minuman kopi ini terkenal kerana teksturnya yang pekat, aromanya yang kaya dan tahap kemanisan yang seimbang. Minuman ini mencerminkan cita rasa Syafiq, dan kini beliau kongsikan dengan bangganya bersama rakyat Malaysia.


“Syafiq Kyle telah menjadi peminat sejati Kopiko sejak sekian lama. Pelantikan beliau sebagai duta ini merupakan satu penghargaan terhadap hubungan peribadinya dengan jenama tersebut.
Aktivasi di AEON Wangsa Maju ini hanyalah permulaan. Kami tidak sabar untuk mencipta lebih banyak detik kopi istimewa bersama Syafiq, yang pastinya dinanti-nantikan oleh para peminat di seluruh Malaysia,” kata Pengarah Jualan Kopiko, Tiffany Low.
Acara pelancaran ini berjaya menyatukan Kopiko dan para peminat Syafiq dalam suasana penuh meriah dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi soal jawab bersama peminat, permainan interaktif “This or That”, cabutan bertuah barangan menarik, serta peluang eksklusif bergambar bersama Syafiq.
Koleksi tumbler edisi terhad

Selain itu, koleksi tumbler edisi terhad Kopiko x Syafiq Kyle turut diperkenal kepada para peminat. Koleksi itu menampilkan lapan rekaan istimewa dengan tandatangan Syafiq dan nombor siri yang unik.
Satu rekaan cawan yang berbeza akan diperkenal di setiap lokasi jelajah, menggalakkan para peminat mengumpul kelapan-lapan rekaan tersebut di sepanjang perjalanan Syafiq bersama Kopiko.
Aktivasi sulung ini menjadi penanda aras kepada siri jelajah selama setahun yang menjanjikan interaksi bersama peminat dan pelbagai kejutan menarik, sekali gus mengeratkan lagi hubungan mesra rakyat Malaysia dengan Kopiko serta Syafiq.
Kopiko menjemput orang ramai untuk turut serta dalam perjalanan ini, berinteraksi secara langsung, dan mencipta kenangan indah bersama Syafiq sepanjang 12 bulan akan datang, melalui detik kopi istimewa, aktivasi peminat, dan siri jelajah di seluruh negara.


Ikuti perkembangan terkini dan lokasi jelajah seterusnya di laman rasmi Facebook dan Instagram Kopiko Malaysia.


