KUALA LUMPUR, 6 Mac 2026 – Bersempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Subway Malaysia telah melaksanakan inisiatif komuniti “Rayakan Bersama” 2026.
Program ini bertujuan menghargai jasa wira barisan hadapan yang tetap setia berbakti kepada masyarakat sepanjang musim perayaan.
Luaskan Jangkauan, Perkukuh Penghargaan
Tahun ini menyaksikan Subway Malaysia memperluas skop kempennya dengan mengadakan aktiviti lapangan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berbeza dengan tahun lalu, pasukan Subway kali ini turun padang secara peribadi bagi mengagihkan Beg Hidangan Rayakan Bersama kepada para petugas kesihatan.
Setiap beg hidangan mengandungi satu sandwic enam inci Subway, biskut Subway bersaiz satu kaki serta minuman yang disusun rapi dan disertai nota peribadi — satu sentuhan kecil yang membawa mesej penghargaan dan pengiktirafan yang tulu ikhlas.
Sentuhan Peribadi & Semangat Kebersamaan
Selain pengagihan makanan, inisiatif ini turut menjadi platform interaksi antara kakitangan Subway dengan para petugas.

Sapaan mesra dan perkongsian detik bermakna di lapangan nyata menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan kasih sayang dalam komuniti.
“Melalui ‘Rayakan Bersama’, kami ingin meraikan individu yang terus berkhidmat ketika orang lain sedang menyambut perayaan. Reaksi positif di lapangan mengukuhkan keyakinan kami bahawa sekecil mana pun tanda penghargaan, ia mampu membina hubungan yang berkekalan.” — Evelyn Lee, Pengarah Pemasaran Subway Malaysia.
Komitmen CSR Berterusan


Memasuki tahun kedua penganjurannya, Rayakan Bersama bukan sekadar projek tunggal, tetapi merupakan sebahagian daripada komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Subway Malaysia yang berterusan sekali gus menyemai rasa penghargaan yang lebih mendalam terhadap wira barisan hadapan serta menggalakkan rakyat Malaysia menghayati semangat sebenar memberi sepanjang Ramadan dan seterusnya.
Menerusi inisiatif ini, Subway Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai jenama yang berteraskan komuniti dan dekat di hati rakyat Malaysia.


