Kalau anak anda tahun ini bakal menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), inilah masa terbaik untuk ambil tahu — bukan sekadar tentang peperiksaan, tapi juga hala tuju masa depan mereka selepas itu.
Untuk makluman, UPKK ialah peperiksaan di peringkat kebangsaan yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) seluruh negara.
Biasanya diambil oleh murid Tahun 5, peperiksaan ini menilai kefahaman, penghayatan dan amalan terhadap ilmu agama yang dipelajari — daripada Ulum Syariah, Adab, Lughah al-Quran, Jawi, Amali Solat hingga Tilawah al-Quran.
Kenapa UPKK Penting?
Walaupun keputusan UPKK bukan penentu kemasukan ke sekolah menengah biasa (seperti SMK), ia tetap memainkan peranan besar untuk murid yang ingin melangkah ke bidang agama. Antara kelebihan utama termasuklah:
- Syarat penting ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) atau Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR).
- Diambil kira untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) tertentu.
- Menjadi nilai tambah dalam permohonan asrama penuh, sekolah tahfiz dan institusi agama.
Dengan kata lain, UPKK bukan sekadar peperiksaan — tapi pasport masa depan bagi anak-anak yang ingin mendalami ilmu agama dan terus berjaya dalam bidang akademik.
📚 Ke Mana Hala Tuju Selepas UPKK?
Yang seronoknya, pelajar UPKK sebenarnya mempunyai banyak pilihan selepas tamat sekolah rendah:
💫 Sekolah Menengah Agama Negeri / Rakyat – bagi yang ingin terus belajar dalam aliran agama.
💫 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) – gabungan akademik dan agama.
💫 Sekolah Tahfiz / Integrasi – sesuai untuk pelajar yang minat hafazan Al-Quran.
💫 Sekolah Harian Biasa – walau bukan aliran agama, keputusan UPKK tetap memberi kelebihan dalam profil pelajar dan kokurikulum.
Persediaan Awal Itu Penting!
Macam nak masuk medan peperangan sebenar, mestilah kena ada ilmu dan persiapan yang rapi.
Begitu juga dengan UPKK — anak-anak perlu dibekalkan dengan pemahaman yang kukuh, teknik menjawab yang betul serta latihan yang konsisten.
Kalau anda sedang mencari platform terbaik untuk bantu anak lebih bersedia, ini satu inisiatif yang memang berbaloi untuk disertai — Jelajah UPKK Fly High Education 2025!
Bengkel & Seminar UPKK

Jelajah UPKK Fly High Education baru-baru ini berlangsung pada 21 September yang memberi pendedahan awal untuk bantu anak lebih bersedia. Selain seminar, Fly High Education juga ada banyak bengkel lain. Contohnya:
Kelas Online Gempur UPKK – Ulangkaji silibus Tahun 3 – 5, teknik mudah ingat, latih tubi soalan sebenar.
- Tarikh: 11 & 25 Okt 2025 (Sabtu)
- Masa: 5.00 – 7.00 pm
- Yuran: RM50 (2 sesi)
Kelas Meroket UPKK – Latih tubi intensif dengan Ustaz Azhari, nota & rakaman disediakan.
- Tarikh: 10, 11, 12, 24, 25 & 26 Okt 2025 (Jumaat – Ahad)
- Platform: Zoom
- Yuran: RM120 (10 sesi)
Kelas VIP UPKK – Bimbingan eksklusif, teknik KBAT, interaktif, siap ada penilaian prestasi bulanan.
- Tarikh: 12 & 26 Okt 2025
- Masa: 9.00 am – 5.00 pm
- Lokasi: Fly High Education Centre, Shah Alam
- Yuran: RM150
Tuisyen & Kelas Online UPKK
Selain bengkel, terdapat juga tuisyen dan kelas online khas UPKK. Ini sesuai untuk anak-anak yang nak latihan konsisten setiap minggu:
- Kelas Online Bahasa Arab UPKK – Fokus bahasa Arab, latih tubi, tips mudah.
Tarikh: 6, 13, 20 & 27 Okt 2025 (Isnin)
Masa: 8.00 – 9.30 pm
Yuran: RM70 (4 sesi) - Kelas Mengaji Online – Perbaiki bacaan Al-Quran bersama Ustaz Joharie.
Tarikh: 4, 11, 18, 25 Okt 2025 (Sabtu) ATAU 5, 12, 19, 26 Okt 2025 (Ahad)
Masa: 9.30 – 11.00 am
Yuran: RM70 (4 sesi)
Cara sertai bengkel & kelas
Pendaftaran kelas UPKK di Fly High Education, boleh terus klik link WhatsApp:
👉 Wasap 1
👉 Wasap 2
👉 Wasap 3
InsyaAllah dengan bimbingan guru berpengalaman seperti Ustaz Azhari Sulaiman dan Ustaz Joharie, anak-anak kita lebih yakin nak hadapi UPKK. Jangan tunggu last minute, mula sekarang dan pastikan mereka bersedia sepenuhnya .