Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 2026

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 2026

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    April 4, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    • Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan
    • PHKL Lancar Pergerakan ‘What Women Want’ Menerusi Sesi Santai ‘Sip & Share’ Kupas Isu Perimenopause
    • DRE Coffee Lancar Kafe 24 Jam di Cyberjaya, Perkenal Model ‘Drink • Refer • Earn’ Berasaskan AI
    • Sentuhan Magis Dato’ Awie & Vanidah Imran Dalam Kempen Menyala Lagi Raya SAJI Semarakkan Sambutan Aidilfitri
    • Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia
    Wednesday, April 8
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Alamanda Putrajaya Santuni Anak Yatim, Rai Persiapan Raya Dan Iftar Penuh Makna

      March 11, 2026

      MS. READ & Sherry Al-Hadad Perkenal Koleksi Raya Berseri 2026, saiz UK12 sehingga UK24 pun ada!

      March 10, 2026

      Monoloq Tampil Versatil Dengan Koleksi Spring Raya & Kolaborasi Hijab Winnoe

      March 2, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Farid Kamil muncul artis pertama buka kedai motosikal elektrik (EV)
    BIZ

    Farid Kamil muncul artis pertama buka kedai motosikal elektrik (EV)

    Team Editorial KLHypeBy Team Editorial KLHypeSeptember 13, 2025Updated:September 15, 2025No Comments6 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari mencipta sejarah peribadi apabila menjadi artis pertama memiliki kedai jualan motosikal elektrik keluaran GGR Motor. 

    Farid yang juga seorang usahawan membuka kedai EV di bawah syarikat NEO FK Sdn Bhd bersama dua rakan kongsi, Abdullah Sani Abu dan Mohammad Nor Hakim, dengan sokongan kerjasama strategik daripada GGR Motor.

    Paling membanggakan apabila kedai Farid Kamil, dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada majlis penuh meriah dan berprestij. 

    Pembukaan premis yang terletak di 69-G, Seria 88 Business Center, Jalan Setia Perdana U13/BA, Bandar Setia Alam ini juga mencipta sejarah buat industri automotif hijau Malaysia dengan adanya pembabitan artis terkenal dalam industrif automatif negara. 

    Majlis tersebut bukan sahaja menandakan pembukaan sebuah pusat jualan baharu, tetapi juga simbolik kepada peralihan negara ke arah ekonomi hijau dan mobiliti mapan, selari dengan dasar pembangunan lestari yang sedang giat dilaksanakan.

    Sebagai seorang ikon hiburan tanah air, keputusan Farid Kamil terjun ke dalam bidang perniagaan motosikal elektrik memberi mesej besar bahawa mobiliti hijau bukan lagi sekadar pilihan, tetapi satu keperluan.

    Teruja sambutan diterima

    Farid, 44, berkata, dia sangat  bersyukur dan teruja dengan sambutan yang diterima untuk pembukaan kedai motosikal EV ini. 

    “Saya menyasarkan syarikat akan mencapai jualan melebihi 1,000 unit dalam masa empat bulan pertama selepas pelancaran, khususnya di kawasan Setia Alam yang semakin berkembang sebagai hab gaya hidup moden,” katanya. 

    Pelakon filem Lagenda Budak Setan ini juga memaklumkan bahawa syarikat telah mengenal pasti potensi pasaran baharu di Kelantan. 

    “Hasil tinjauan awal bersama rakan perniagaan, permintaan awal di negeri itu telah mencecah sekitar 100 unit. 

    “Justeru, pihak kami kini dalam perancangan membuka cawangan di sana pada tahun ini juga. Kalau kita lihat harga motosikal elektrik ini selepas rebat kerajaan hanyalah sekitar RM1,569, ia benar-benar mampu milik. 

    “Saya percaya inilah masanya rakyat Malaysia mula beralih kepada kenderaan elektrik. Sasaran kami bukan sahaja dari sudut jualan, tetapi juga membina satu gaya hidup baharu gaya hidup hijau,” katanya penuh teruja.

    Transformasi ke arah ekonomi hijau satu keperluan 

    Sementara itu, Datuk Seri Amirudin dalam ucapannya pula menyentuh secara mendalam mengenai hala tuju ekonomi negeri dan negara.

    Menurutnya, transformasi ke arah ekonomi hijau bukanlah pilihan semata-mata, sebaliknya satu keperluan untuk memastikan daya saing Malaysia di persada global. 

    Beliau menekankan bahawa usaha mengurangkan karbon dan mengembangkan ekosistem EV perlu dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan kerajaan, industri, dan masyarakat.

    “Untuk menjayakan transformasi ini, kita tidak boleh hanya bergantung kepada polisi atau cukai kerajaan. Rakyat juga perlu mempunyai kesedaran tinggi, dan industri pula perlu berani melabur serta memperkenalkan produk yang relevan. Inilah yang dilakukan oleh Farid Kamil hari ini,” katanya. 

    Beliau turut memberi contoh keberkesanan dasar mobiliti hijau di negara China, di mana lebih 70% motosikal di bandar besar seperti Shanghai dan Beijing kini menggunakan kuasa elektrik. Beliau yakin Malaysia mampu mencontohi kejayaan itu sekiranya semua pihak berganding bahu.

    Menteri Besar berkata, walaupun langkah ini kelihatan kecil sekadar satu kedai baharu, tetapi ia sebenarnya memberi impak besar dalam membentuk ekosistem mobiliti hijau di Malaysia.

    “Kerajaan negeri melihat inisiatif seperti ini sebagai sebahagian daripada strategi lebih besar untuk mengurangkan karbon, meningkatkan daya saing ekonomi, serta memberi peluang pekerjaan baharu. Semua ini selari dengan sasaran pembangunan mapan dunia,” katanya lagi. 

    Menariknya, satu nombor khas turut diserahkan kepada Menteri Besar Selangor sebagai simbol penghargaan bersempena pelancaran edisi pertama motosikal elektrik ini.

    Fleksibiliti motosikal EV jadi kelebihan

    Dalam sesi penerangan produk, jurucakap syarikat memperincikan kelebihan motosikal elektrik ini yang direka untuk menjadi praktikal, berdaya tahan dan mesra pengguna.

    Dari segi prestasi, ia dilengkapi dengan tiga mod kelajuan yang fleksibel. Pengguna boleh memilih untuk menunggang dengan kelajuan sekitar 35 kilometer sejam pada mod pertama, meningkatkan kepada 45 hingga 55 kilometer sejam pada mod kedua, atau memacu sepenuhnya sehingga 70 kilometer sejam pada mod ketiga.

    Fleksibiliti ini membolehkan motosikal digunakan sama ada di jalan bandar yang sibuk mahupun untuk perjalanan lebih jauh.

    Bateri motosikal ini pula mengambil masa sekitar enam jam untuk dicas penuh apabila digunakan sehingga habis. 

    Tidak seperti motosikal konvensional, model elektrik ini tidak memerlukan servis enjin berkala, malah hanya bahagian asas seperti tayar dan casing bateri yang perlu diselenggara.

    Komponen utama yang digunakan hanyalah bateri dan controller, menjadikan kos penyelenggaraan jauh lebih rendah. 

    Alat ganti disediakan kedai rasmi GGR x NeoFK

    Alat ganti pula disediakan terus di kedai rasmi GGR x NeoFK bagi memastikan pelanggan tidak berdepan masalah mendapatkan sokongan selepas jualan.

    Dari segi personalisasi, syarikat menawarkan beberapa pakej tambahan yang merangkumi bateri gantian, controller dan aksesori lain. 

    Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah lampu, sport rim, atau aksesori mengikut citarasa masing-masing. 

    Bagi menjamin kualiti, motosikal elektrik ini turut dilengkapi waranti sehingga 50,000 kilometer. Malah, pihak syarikat merancang untuk memperkenalkan versi baharu dengan saiz lebih besar serta penambahan ciri-ciri moden dalam masa terdekat.

    Pilihan warna turut menjadi tarikan. Buat masa ini, pengguna boleh memilih daripada enam warna utama iaitu merah, putih, kuning, oren, biru cair dan pink. 

    Dalam perancangan akan datang, warna biru dan hijau juga bakal ditawarkan sebagai variasi tambahan.

    Dari aspek harga pula, motosikal elektrik GGR x Farid Kamil NeoFK ditawarkan pada harga asal RM3,999 seunit. 

    Harga mampu milik RM1,569

    Namun, dengan adanya rebat kerajaan sebanyak RM2,400, harga jualan mampu milik selepas potongan hanyalah sekitar RM1,569.

    Rebat ini boleh dipohon sehingga Disember 2025, dengan syarat pemohon berpendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000. 

    Proses kelulusan biasanya mengambil masa dua minggu, dan pembelian mesti dibuat dalam tempoh sebulan selepas permohonan diluluskan.

    Setiap motosikal akan didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta layak untuk perlindungan insurans. 

    Buat masa ini, tiada cukai jalan dikenakan untuk kenderaan elektrik dua roda, menjadikan kos pemilikan lebih berbaloi. 

    Kos keseluruhan untuk pendaftaran nombor plat dan insurans pula dianggarkan sekitar RM2,054.

    Perasmian kedai motosikal elektrik ini turut dikaitkan dengan usaha Malaysia mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Terdahulu, Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussaddiq Mohamed Azmi, sewaktu pelancaran motosikal EV pertengahan Julai lalu,  memberitahu, mereka menyasarkan pengeluaran sehingga 30,000 unit motosikal EV menjelang akhir 2025. 

    Mussaddiq turut berkata, dalam tempoh terdekat, lebih 6,000 unit tempahan dijangka akan diserahkan kepada pemilik. 

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAbsolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2026 lebar sayap ke Pulau Pinang, Brunei & London
    Next Article HUN 2025: Usahawan Malaysia perkukuh jaringan global di Bukit Jalil
    Team Editorial KLHype

    Related Posts

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 2026

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 2026

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    April 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    By Team Editorial KLHypeApril 5, 2026

    Kao Corporation baru-baru ini mengumumkan bahawa jenama penjagaan kulitnya, Bioré, akan mempercepatkan pengembangan antarabangsa menerusi…

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 20262K

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 20262K

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    April 4, 20263K

    Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan

    April 4, 20263K

    PHKL Lancar Pergerakan ‘What Women Want’ Menerusi Sesi Santai ‘Sip & Share’ Kupas Isu Perimenopause

    March 30, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

    April 5, 2026

    Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’

    April 4, 2026

    Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran

    April 4, 2026

    Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan

    April 4, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.