Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif
    • Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama
    • Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia
    • Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun
    • Lexis Hotel Group Celebrates Deepavali With A Lavish Diwali Fest & Feast
    • Marriott International, IOI Properties Meterai Perjanjian Buka 4 Hotel Baharu di Malaysia
    • Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan
    • Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim
    Wednesday, November 4
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

      November 3, 2026

      Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

      November 2, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » 28 usahawan diangkat sebagai Pakar Industri oleh MPPM
    BIZ

    28 usahawan diangkat sebagai Pakar Industri oleh MPPM

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaDecember 24, 2024Updated:December 24, 2024No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Seramai 28 usahawan dianugerahkan pengiktirafan Pakar Industri (Industry Specialist) atau IS oleh Majlis Pemerkasaan Perniagaan Malaysia (MPPM) di atas sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi negara.

    Presiden Kebangsaan MPPM, Prof. Madya Dr. Zam@Ab Razak Zamri berkata, penganugerahan itu bukan sahaja menghargai usaha dan dedikasi penerima tetapi juga memberi motivasi kepada usahawan lain untuk terus berinovasi dan mencipta impak positif dalam ekonomi negara.

    “Majlis ini bukan sekadar meraikan kejayaan individu dan syarikat, tetapi menjadi platform untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara melalui keusahawanan dan inovasi.

    “Pengiktirafan ini penting untuk memberi penghargaan sewajarnya kepada individu yang bekerja keras membangunkan perniagaan, mencipta peluang pekerjaan, dan memperkasakan ekonomi negara,” katanya pada Majlis Hi-Tea dan Penganugerahan MPPM 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, semalam.

    Presiden Kebangsaan MPPM, Prof. Madya Dr. Zam@Ab Razak Zamri.

    Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, yang turut merasmikan acara tersebut.

    Proses pemilihan dijalankan secara teliti oleh Jawatankuasa Penilaian Pakar Industri, mengambil kira aspek kredibiliti, integriti, dan profesionalisme calon.”

    Prof. Madya Dr. Zam@Ab Razak Zamri

    Inisiatif ini juga seiring dengan Perlembagaan MPPM 2022, Fasal 4(i), yang mengiktiraf individu dengan lebih lima tahun pengalaman dalam bidang masing-masing. 

    Pemangkin perubahan positif usahawan lain

    Beliau turut menegaskan bahawa ramai individu berbakat sering kali tidak menerima pengiktirafan yang setimpal, meskipun mereka telah mencipta impak besar dalam dunia perniagaan.

    “Majlis seperti ini bukan hanya penghargaan, tetapi juga sebagai dorongan kepada usahawan lain untuk terus berinovasi dan mencipta perubahan positif dalam industri masing-masing,” tambahnya.

    Beberapa anugerah khas turut disampaikan kepada individu dan organisasi yang mencipta kejayaan luar biasa, sebagai simbol penghargaan atas dedikasi mereka dalam menghadapi cabaran dunia perniagaan.

    Read More: PTTI sambut ulang tahun ke-10 dengan kejayaan gemilang

    Dalam pada itu, Ahmad turut menekankan pentingnya prinsip Malaysia Madani yang berfokuskan kepada keusahawanan beretika, inklusif, dan inovatif dalam membangunkan negara.

    “Kerjasama antara sektor awam dan swasta amat penting. Sokongan kementerian dan badan profesional seperti MPPM akan terus memacu kemajuan sektor perniagaan di Malaysia,” jelasnya.

    Beliau menyeru semua penerima anugerah untuk terus menjadi inspirasi kepada generasi usahawan muda dan menunjukkan bahawa dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah luntur, setiap cabaran dapat dijadikan peluang.


    Ahmad terima Anugerah Felo Kehormat

    Datuk Seri Ahmad Maslan menerima Anugerah Felo Kehormat MPPM.

    Majlis itu turut menyaksikan pengiktirafan yang julung-julung kalinya di peringkat kebangsaan, iaitu Anugerah Felo Kehormat diberikan kepada Ahmad di atas jasa serta sumbangan bakti beliau.

    Beliau memainkan peranan yang sangat besar dan signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi, politik, pembangunan perniagaan dan keusahawanan, kemasyarakatan serta prinsip mesra rakyat pelbagai kaum sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan.

    Pencalonan ini juga telah diiktiraf serta diperakui oleh keseluruhan Ahli Majlis MPPM di atas kepimpinan beliau yang sangat cemerlang serta dedikasi yang berterusan sehingga ke peringkat kementerian.


    Penerima IS kongsi visi

    Sementara itu, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid, salah seorang penerima anugerah Pakar Industri, berkongsi visi dan usaha beliau dalam memperkasakan bakat tempatan di Malaysia, khususnya dalam sektor minyak dan gas.

    Sebagai individu yang terlibat aktif dalam operasi industri ini, beliau menekankan kepentingan membangunkan kepakaran tempatan untuk memenuhi keperluan perniagaan antarabangsa. 

    “Kita perlu memberi peluang kepada orang tempatan untuk memperoleh pengalaman dan kemahiran dalam sektor ini, supaya mereka dapat bersaing di peringkat global.”

    Datuk Abdul Aziz Abdul Majid

    Abdul Aziz turut mencadangkan inisiatif seperti webinar yang fokus kepada pembangunan keupayaan orang Melayu dalam industri minyak dan gas. 

    Usaha ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan bakat tempatan dalam sektor strategik.

    Mengulas tentang syarikatnya yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Sungai Petani, Kedah, beliau menjelaskan bahawa syarikat tersebut beroperasi sejak tahun 2016 dan telah bekerjasama dengan syarikat antarabangsa untuk memastikan bakat tempatan diberi peluang berkembang.

    “Saya yakin program-program seperti ini mampu membuka lebih banyak peluang dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri minyak dan gas,” tambahnya.

    Dengan anugerah ini, Abdul Aziz berharap lebih ramai individu dan organisasi akan terinspirasi untuk memainkan peranan dalam membangunkan bakat tempatan, sekaligus meningkatkan daya saing ekonomi negara.


    anugerah Featured leisure lifestyle MPPM pakar industri usahawan
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKarnival Pemerkasaan Ekonomi Digital anjuran Khalifah World Global pacu ekonomi usahawan tempatan
    Next Article Pakej Umrah Ekonomi 2025 As Safa Travel: langkah strategik perkukuh jenama 
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    By Team KLHypeNovember 4, 2026

    Sempena sambutan Pesta Cahaya yang bakal tiba, Shangri-La Kuala Lumpur menjemput orang ramai meraikan kehangatan…

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 20265K

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 20263K

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 20263K

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    November 2, 20265K

    Lexis Hotel Group Celebrates Deepavali With A Lavish Diwali Fest & Feast

    November 1, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    November 2, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.