Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    KAB Gold Buka Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur, Santuni 60 Asnaf

    October 19, 2026

    KNKV Group Tekankan Kekuatan Jenama Menerusi KNKV Branding & Marketing War 2027

    October 19, 2026

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • KAB Gold Buka Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur, Santuni 60 Asnaf
    • KNKV Group Tekankan Kekuatan Jenama Menerusi KNKV Branding & Marketing War 2027
    • Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo
    • Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden
    • Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik
    • Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR
    • Snek, Celup Dan Nikmati: The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Boleh Didapati di 7-Eleven
    • Konnichi-WOW: Baskin Robbins Malaysia Perkenal Japan Summer Series Menerusi Tiga Perisa Ikonik
    Tuesday, October 20
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

      October 16, 2026

      MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

      October 8, 2026

      Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

      September 29, 2026

      Pensyarah Bawa Pulang Perodua Traz Selepas Berbelanja RM250 di SOGO

      September 27, 2026

      The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

      September 25, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Encorp Klasik Run tutup tirai Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2024 dengan meriah
    Featured

    Encorp Klasik Run tutup tirai Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2024 dengan meriah

    Team KLHypeBy Team KLHypeDecember 11, 2024Updated:December 11, 2024No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Encorp Klasik Run 2024 berjaya mengumpulkan lebih 3,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat, menutup tirai Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan (SAHTK) tahun 2024 dengan penuh kemeriahan. 

    Dianjurkan julung kalinya oleh ENCORP dengan kerjasama oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), larian ini menyerlahkan semangat kebersamaan antara komuniti melalui larian santai sejauh 5km yang bertemakan era klasik. 

    Acara perlepasan peserta ENCORP Klasik Run 2024 disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim diiringi Ketua Kewangan Eksekutif Kumpulan Encorp Kamarul Azman Kamarozaman@ Amir.

    Selain ENCORP, SAHTK kali ini turut melibatkan larian santai dari Rakan Muda, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Larian Santai Hari OKU Sedunia menjadikan jumlah keseluruhan peserta hampir mencecah hampir 6,000 orang. 

    Peserta turut tampil kreatif dengan berpakaian tradisional dan klasik sambil menikmati suasana penuh nostalgia yang dimeriahkan dengan muzik klasik sepanjang program berlangsung. 

    Bagi memeriahkan lagi program, pertandingan pakaian paling kreatif terbaik bertemakan klasik telah diadakan, dengan hadiah menarik berupa hamper dan barangan elektrik untuk tiga pakaian terbaik. 

    Sesi cabutan bertuah turut mencuri tumpuan dengan pelbagai hadiah menarik menanti peserta bertuah. 

    Selain itu, aktiviti permainan tradisional seperti congkak, sepak penalti sarung, dan batu seremban turut diadakan bagi menambah kemeriahan program. 

    Program larian santai ini bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 11 pagi, manakala aktiviti sampingan seperti persembahan pentas, aktiviti kanak-kanak dan booth jualan dan promosi berakhir pada jam 12 tengahari. 

    3,000 peserta hadir

    Menurut Kamarul Azman, ini adalah pertama kali Encorp menganjurkan program larian seperti ini. 

    Katanya, sasaran awal sebanyak 1,000 peserta telah jauh melebihi jangkaan, dengan lebih 3,000 peserta hadir dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia. 

    “Larian santai ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, tetapi turut menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan antara Encorp dan komuniti setempat, sejajar dengan komitmen syarikat untuk memperkasa komuniti menjelang ulang tahun ke 25 penubuhan Encorp pada tahun hadapan. 

    Read More: Usanita Entertainment terbit drama digital pertama ganding Fattah Amin, Sophia Albarakbah

    “Encorp turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MBSA atas peluang untuk bekerjasama dalam penganjuran acara ini. 

    “Penganjuran larian ini juga memberikan peluang untuk Encorp berkongsi perkembangan terkini projek Tilia, iaitu fasa terakhir pembangunan perumahan bertanah Encorp di Encorp Cahaya Alam,” katanya.


    Projek Tilia, fasa terakhir di Encorp Cahaya Alam

    Dilancarkan pada tahun 2004, Encorp Cahaya Alam yang berkeluasan 210 ekar berstatus pegangan pajakan adalah projek usahasama antara Encorp Berhad dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). 

    Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM1 bilion, perbandaran ini telah menjadi salah satu kawasan kediaman utama di Shah Alam, menawarkan kediaman moden. 

    Projek Tilia, fasa terakhir di Encorp Cahaya Alam, menawarkan 112 unit superlink dua tingkat dengan keluasan tanah 24 x 80 kaki persegi. 

    Kediaman ini mempunyai luas binaan antara 2,408 kaki persegi (kps) hingga 3,131 kps, direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden. 

    Dengan harga bermula dari RM966,000, Tilia menawarkan nilai eksklusif dan menjadi pilihan ideal untuk keluarga atau individu yang mencari kediaman bertanah di lokasi strategik. 

    Lebih istimewa, terdapat beberapa unit terhad yang dilengkapi dengan kolam renang, memberikan sentuhan kediaman mewah kepada bakal pemiliknya. 

    Selain itu, pembeli juga berpeluang menikmati pakej menarik dan promosi yang disediakan menjadikan pembelian rumah lebih berbaloi. 

    Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2025.

    Tilia bukan sahaja menawarkan kediaman bertanah terakhir di Encorp Cahaya Alam tetapi juga melambangkan peluang terakhir untuk menjadi sebahagian daripada perbandaran ikonik ini, yang telah berkembang pesat sejak ia mula dilancarkan pada tahun 2004.

    culture encorp leisure lifestyle run
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAsya’B teruja bekerjasama dengan Zul 2By2, perkenal Sayang Padamu kepada peminat Malaysia
    Next Article Melawati Mall lancar tarikan terbaharu & kempen Sweetsville Christmas 2024
    Team KLHype

    Related Posts

    KAB Gold Buka Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur, Santuni 60 Asnaf

    October 19, 2026

    KNKV Group Tekankan Kekuatan Jenama Menerusi KNKV Branding & Marketing War 2027

    October 19, 2026

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    KAB Gold Buka Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur, Santuni 60 Asnaf

    By Team KLHypeOctober 19, 2026

    Syarikat penyedia dan perdagangan emas tempatan, KAB Goldynamics Sdn Bhd (KAB Gold), terus memperluaskan jangkauan…

    KNKV Group Tekankan Kekuatan Jenama Menerusi KNKV Branding & Marketing War 2027

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    KAB Gold Buka Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur, Santuni 60 Asnaf

    October 19, 20263K

    KNKV Group Tekankan Kekuatan Jenama Menerusi KNKV Branding & Marketing War 2027

    October 19, 20264K

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 20262K

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 20262K

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    October 16, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    KAB Gold Buka Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur, Santuni 60 Asnaf

    October 19, 2026

    KNKV Group Tekankan Kekuatan Jenama Menerusi KNKV Branding & Marketing War 2027

    October 19, 2026

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 2026

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.