The Image Creator Sdn Bhd yang diasaskan oleh perunding imej terkemuka, Dr. Wendy Liew, melakar sejarah membanggakan apabila secara rasmi menerima pengiktirafan berprestij daripada Asia Record di Kota Damansara, baru-baru ini.
Syarikat perundingan tersohor itu diiktiraf atas pencapaian “First Image Consultancy To Develop an Integrated AI-Powered Image, Voice, EQ & Executive Presence Ecosystem in 2026” (Firma Perunding Imej Pertama yang Membangunkan Ekosistem Bersepadu Berkuasa AI Merangkumi Imej, Suara, Kecerdasan Emosi dan Penampilan Kepimpinan Eksekutif pada Tahun 2026).
Pengiktirafan tersebut diberikan susulan pelancaran rasmi SHIFT by TIC©, sebuah platform pembelajaran inovatif berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan gamifikasi yang menggabungkan empat dimensi penting iaitu Imej (Image), Suara (Voice), Kecerdasan Emosi (EQ) dan Penampilan Kepimpinan Eksekutif (Executive Presence) dalam satu ekosistem digital yang menyeluruh.
Inovasi SHIFT by TIC© merevolusi perundingan imej tradisional
SHIFT by TIC© membawa anjakan paradigma dalam industri perundingan imej dengan melangkaui khidmat penggayaan konvensional.
Platform ini dibangunkan berteraskan konsep The Shift Flow, iaitu perjalanan pembelajaran berstruktur enam peringkat: Revisit, Discover, Validate, Apply, Amplify, dan Reinforce.
Pendekatan ini membolehkan para profesional, usahawan, dan pemimpin korporat meningkatkan kemahiran diri menerusi alat pintar seperti penasihat gaya berkuasa AI, percubaan pakaian maya, perancangan almari digital serta analisis suara.
Elemen gamifikasi seperti papan kedudukan (leaderboard) dan pensijilan turut diserapkan bagi mengekalkan motivasi pembelajaran berterusan.
“Imej profesional pada masa kini bukan lagi sekadar penampilan luaran. Ia turut merangkumi cara kita berkomunikasi, berinteraksi dengan orang lain, serta bagaimana kita menampilkan diri sebagai seorang profesional dan pemimpin.
“SHIFT by TIC© dibangunkan untuk mengintegrasikan Imej, Suara, Kecerdasan Emosi dan Penampilan Kepimpinan Eksekutif melalui pembelajaran gamifikasi berkuasa AI. Matlamat kami adalah untuk menjadikan pembangunan profesional lebih menarik, praktikal dan mudah diakses, di samping menggalakkan peningkatan diri secara berterusan.”
— Dr. Wendy Liew, Pengasas The Image Creator
Pengiktirafan Asia Record terhadap transformasi digital
Majlis penyampaian sijil pengiktirafan tersebut disempurnakan oleh Pengasas dan Ketua Juri Asia Record, Dato’ KK Chua, yang memuji keupayaan The Image Creator dalam menggabungkan teknologi moden ke dalam kerangka pembangunan profesional.
“Keistimewaan pencapaian ini terletak pada kejayaan The Image Creator mengintegrasikan Imej, Suara, Kecerdasan Emosi dan Penampilan Kepimpinan Eksekutif dalam satu ekosistem berkuasa AI menerusi SHIFT by TIC©.
“Dengan menggabungkan kecerdasan buatan, gamifikasi dan kepakaran dalam pembangunan profesional, The Image Creator telah memperkenalkan pendekatan inovatif dalam bidang perundingan imej. Asia Record berbesar hati untuk mengiktiraf pencapaian penting ini secara rasmi.
Dato’ KK Chua, Pengasas dan Ketua Juri Asia Record
Kejayaan merangkul Asia Record ini membuktikan komitmen berterusan The Image Creator dalam memperkasakan modal insan tempatan menerusi solusi digital termaju, sekaligus meletakkan penanda aras baharu dalam landskap perundingan imej di peringkat serantau.
Untuk maklumat lanjut mengenai platform inovatif ini, layari laman web rasmi www.image-creator.com.
Sementara itu, Untuk maklumat lanjut mengenai Asia Record, pengiktirafan rekod dan pencapaian di seluruh Asia, layari www.asiarecord.com dan www.theasiarecords.com.


