Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari
    • DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan
    • ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress
    • Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 
    • Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan
    • Jiwa & Raga Lerai Rindu Dua Dekad Peminat Yusry
    • Farm Fresh Sumbang Lebih 50 Ribu Kotak Susu Percuma Kepada Murid Prasekolah Sempena Hari Susu Sedunia 2026
    • Mah Sing Perkenal M Aurora, Projek Servis Residensi dengan harga bermula dari RM339,000 di Jalan Klang Lama
    Monday, June 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

      June 11, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda

      May 26, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Epic Berhad catat 17 peratus peningkatan perolehan
    BIZ

    Epic Berhad catat 17 peratus peningkatan perolehan

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaJune 21, 2023No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA TERENGGANU, 21 JUN – Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (Epic Berhad), anak syarikat kerajaan negeri Terengganu merekodkan jumlah perolehan sebanyak RM343.1 juta tahun lalu.

    Perolehan tersebut sekaligus menunjukkan peningkatan 17 peratus bagi tahun kewangan 2022 (TK2022) berbanding RM292.2 juta pada 2021.

    Daripada jumlah perolehan tersebut, RM179.1 juta (52%) adalah daripada perkhidmatan pangkalan bekalan, RM93 juta (27%) adalah daripada perkhidmatan kejuruteraan, RM60 juta (18%) daripada operasi pelabuhan, dan RM11 juta (3%) daripada segmen tenaga boleh diperbaharui iaitu tenaga solar.

    Menerusi kenyataannya, pertumbuhan perolehan direkodkan Kumpulan bagi TK2022 adalah sumbangan pencapaian yang memberangsangkan oleh Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB).

    “PBKSB mencatatkan perolehan yang tinggi berikutan peningkatan aktiviti minyak dan gas di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB).

    “Selain PBKSB, EPIC OG Sdn Bhd (EOGSB), anak syarikat Epic Berhad yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan penyelenggaraan khususnya bagi operasi sektor minyak dan gas, turut merekodkan perolehan yang baik, sekaligus mendorong kepada peningkatan perolehan di peringkat Kumpulan,” kata kenyataan itu lagi.

    Pengumuman tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-42 syarikat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang juga Pengerusi Epic Berhad, Selasa lalu.

    Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

    Epic Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan bersih selepas cukai (PAT) kepada RM3.9 juta berbanding RM2.8 juta pada tahun sebelumnya.

    Sasar peningkatan perolehan sebanyak 13 peratus tahun ini

    Bagi 2023, Kumpulan Epic mensasarkan perolehan sebanyak RM387.2 juta, 13% lebih tinggi berbanding catatan TK2022.

    Dengan sasaran perolehan yang lebih tinggi, PBT dianggarkan naik 14%, daripada RM21.7 juta kepada RM24.7 juta, manakala PAT pula dianggarkan meningkat lebih daripada 2 kali ganda atau lebih daripada 100% kepada RM9.3 juta berbanding rekod RM3.9 juta bagi TK2022.

    Terkini, PBKSB dijangka mencatatkan perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi berikutan peningkatan dalam aktiviti onshore dan offshore serta peningkatan dalam kadar sewaan fasiliti hartanah.

    Aktiviti penggerudian dengan kadar purata lapan bulan tempoh penggerudian pula bakal menyumbang kepada penggunaan kapal yang lebih tinggi, sekaligus merancakkan lagi penggunaan perkhidmatan pangkalan bekalan.

    Bukan itu sahaja, pemasangan dua kren gantri (gantry cranes) di Dermaga Timur atau East Wharf yang bakal dijalankan pada hujung tahun 2023 akan meningkatkan jumlah pengendalian kargo bagi operasi pelabuhan oleh Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPKSB).

    Melangkah ke hadapan, Epic Berhad kekal komited untuk mengikuti rancangan perniagaan strategik syarikat sambil memanfaatkan peluang kerjasama perniagaan bersama pemain industri yang muncul daripada pemulihan aktiviti sektor minyak dan gas, selain daripada pelaburan berpotensi bagi memajak tanah milik syarikat di kawasan perindustrian Teluk Kalong serta memanfaatkan kemudahan di Pelabuhan Kemaman.

    bisnes Epic berhad menteri besar terengganu
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePaya Bunga Hotel Terengganu terima anugerah antarabangsa
    Next Article Trade-in telefon pintar lama untuk HUAWEI Mate50, rebat RM500 dan hadiah percuma
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 

    June 11, 2026

    Mah Sing Perkenal M Aurora, Projek Servis Residensi dengan harga bermula dari RM339,000 di Jalan Klang Lama

    June 9, 2026

    Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

    May 31, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    By Team KLHypeJune 14, 2026

    Kerancakan sukan bola sepak kini beralih dari padang hijau ke dalam pusat membeli-belah apabila Sunway…

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 20263K

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 20262K

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 20263K

    Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 

    June 11, 20263K

    Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

    June 11, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 2026

    Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 

    June 11, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.