SHAH ALAM, 24 Mei 2025 – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini memperkenalkan projek Linkar 52, sebuah pembangunan berorientasikan transit (TOD) di bandaraya ini pada program TEROKA Linkar 52, di Galeria SA Sentral di sini.
Linkar 52 merupakan projek TOD pertama PKNS terdiri daripada dua menara setinggi 33 tingkat dengan jumlah keseluruhan 615 unit kediaman dan 19 unit lot perniagaan runcit, lengkap dengan empat lif bagi setiap menara.
Dengan keluasan binaan antara 450 hingga 850 kaki persegi, projek ini amat sesuai untuk individu dan pasangan yang menggemari gaya hidup minimalis. Saiz unit yang lebih kecil juga berpotensi menjimatkan kos penyelenggaraan serta utiliti.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Dato’ Mahmud Abbas yang hadir menyempurnakan majlis pelancaran projek berkenaan berkata, Linkar 52 yang dijadualkan siap pada suku kedua 2029 dibangunkan di kawasan Seksyen 14 dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM314.42 juta.

Menurutnya, komponen pertama yang dibangunkan oleh PKNS dibawah projek SA Sentral ini ditawarkan pada harga bermula RM351,000 seunit, di mana ia sesuai untuk golongan keluarga muda, bujang dan juga pelaburan masa hadapan yang menjanjikan pulangan yang baik.
Ruang kediaman moden ini direka dengan susun atur fleksibel, disertai pencahayaan semula jadi dan pengudaraan yang efisien, mewujudkan suasana yang luas, selesa serta berkonsepkan gaya hidup kontemporari.
Dato’ Mahmud Abbas
Lebih menarik, reka bentuknya turut menekankan aspek privasi, di mana pintu masuk setiap unit tidak menghadap antara satu sama lain, sekali gus memberikan tahap keselamatan dan keselesaan yang lebih baik kepada penghuni.
Lokasi strategik dilengkapi pelbagai kemudahan

Linkar 52 terletak di lokasi strategik yang menggabungkan semua aspek hab komersial moden, selari dengan infrastruktur sekeliling serta akses kepada pelbagai kemudahan seperti sekolah, institusi pengajian tinggi, pusat membeli-belah, hospital dan pelbagai kemudahan lain, sekali gus menjadikan ia lokasi ideal.
Malah, kediaman ini turut menawarkan akses strategik dengan jarak hanya 100 meter ke Lebuhraya Persekutuan dan 50 meter ke Stesen LRT3 Dato’ Menteri.
Selain itu, Linkar 52 turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti moden seperti kolam renang, taman permainan, surau, dewan serbaguna, gimnasium, gelanggang separuh bola keranjang, laman BBQ serta dek santai.

Kesemua kemudahan ini bukan sahaja memberikan nilai tambah kepada pembeli, malah turut menyumbang kepada peningkatan nilai hartanah dari semasa ke semasa.
“Tinggal di sini, anda tidak perlu gusar kerana segala keperluan harian ibarat berada di hujung jari.
Dato’ Mahmud Abbas
Lokasinya strategik, di kelilingi pelbagai kemudahan penting yang memenuhi keperluan seluruh keluarga.

PKNS yakin projek ini berpotensi menjadi pilihan bagi golongan yang ingin memiliki kediaman yang moden dengan reka bentuk menarik serta terletak di tengah pusat bandar Shah Alam,” kata Dato’ Mahmud.
Program TEROKA Linkar 52
Sementara itu, program TEROKA Linkar 52 yang dianjurkan hari ini, merupakan program interaktif untuk seisi keluarga dengan pelbagai pengisian menarik.



Program yang berlangsung seawal jam 7 pagi hingga 10 malam ini menampilkan beberapa aktiviti menarik seperti gerai jualan makanan viral, jualan bonet kereta, aktiviti ekstrem wall climbing dan banyak lagi.
Di samping itu, menerusi aktiviti Eksplorasi SA Sentral, para pengunjung juga berpeluang meneroka setiap sudut menarik yang terdapat di Galeria SA Sentral, sebuah komuniti baharu yang moden dan segar di Shah Alam.
Dibina khas untuk melaksanakan aktiviti riadah dan gaya hidup santai, Galeria SA Sentral turut menempatkan lot makanan dan minuman yang boleh dikunjungi.
Program kemuncak Teroka Linkar 52 adalah persembahan Akustik Sentral Soundwave, Busking Buz! daripada kumpulan Nominos Band yang bakal menghidupkan suasana malam Galeria SA Sentral bermula 8 hingga 10 malam.
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Linkar 52, sila layari laman sesawang https://pknslinkar52.com.my/ atau hubungi Eksekutif Jualan PKNS di talian 03-50220186 atau WhatsApp 6010-9280187.


