Dunia jam tangan dan hiburan tanah air bersatu apabila G-SHOCK mengumumkan selebriti popular tanah air, Zizan Razak sebagai duta jenama rasmi pertama dari Malaysia.
Pelantikan ini bukan sahaja mencipta sejarah, malah menjadi pencetus kepada penyatuan komuniti berani dari dunia Fesyen, Seni, Muzik dan Sukan – atau ringkasnya, komuniti FAMS G-SHOCK.
Dari Dungun, Terengganu ke pentas arus perdana, Zizan Razak telah membuktikan dirinya sebagai ikon hiburan sejati.

Bermula dengan program Raja Lawak dan Maharaja Lawak, beliau terus mencipta nama menerusi rancangan Super Spontan dan filem pecah panggung seperti trilogi Polis Evo, Abang Long Fadil, Mael Lambong dan banyak lagi.
Karisma dan jenaka spontannya bukan sahaja menghiburkan, malah meninggalkan kesan mendalam di hati peminat pelbagai generasi.


Di luar kamera, Zizan juga dikenali sebagai peminat tegar sukan permotoran. Impiannya menjadi realiti pada tahun 2024 apabila beliau menyertai perlumbaan PETRONAS Grand Prix of Malaysia – setelah bertahun menjadi penonton setia.
Minatnya terhadap kelajuan sejajar dengan semangat G-SHOCK yang menekankan daya tahan, ketulenan dan evolusi tanpa henti.
Kempen ‘Toughness is Multi-Dimensional’

Mengangkat tema “Toughness is Multi-Dimensional”, kempen ini memperlihatkan Zizan sebagai lambang individu serba boleh yang berjaya menguasai pelbagai bidang – dari lakonan, pengacaraan, hingga ke litar perlumbaan.
Sama ada di set penggambaran atau di jalanan, personalitinya mencerminkan nilai G-SHOCK: Genuine, Cool, Resilience, Obsessed, Confident dan Charismatic.
Zizan memulakan perjalanannya sebagai duta dengan siri G-SHOCK 6900 – sebuah rekaan ikonik yang mula menggegarkan dunia sejak tahun 1995 dengan butang hadapan yang menonjol dan paparan tiga sub-dail yang unik. Kini selepas tiga dekad, 6900 masih menjadi simbol keberanian dan ekspresi diri yang tiada tandingan.
Zizan dalam barisan Global G-SHOCK FAMS
Sebagai wajah G-SHOCK Malaysia, Zizan kini menyertai barisan duta serantau hebat seperti Superbon (juara dunia ONE dalam sukan Muay Thai), Rizky Ridho (bintang bola sepak Indonesia), dan Dwight Ramos (pemain bola keranjang profesional dari Filipina).
Bersama, mereka membentuk kolektif budaya yang melangkaui sempadan gelanggang, pentas, layar dan jalanan.

Pengarah Urusan Casio Malaysia Yuki Mutsui berkata, di Casio, masa bukan sekadar ukuran sebaliknya ia satu cara berfikir.
“G-SHOCK membawa makna ketahanan, inovasi dan identiti tanpa kompromi. Zizan melambangkan semua itu. Beliau berani, tajam, dan penuh keaslian – mampu bertukar dari sofistikated ke tenaga spontan dalam sekelip mata,” katanya.
Dengan penyertaan Zizan, G-SHOCK Malaysia bersedia untuk melancarkan pelbagai inisiatif baharu yang memberi tumpuan kepada komuniti.
Nantikan lebih banyak cerita inspirasi dan momen unik yang menjangkau jauh melebihi sekadar mencatat waktu.


