Parkson Pavilion Bukit Jalil kini menjadi tumpuan kaki shopping dengan penganjuran Pameran Kasut Eksklusif yang berlangsung dari 3 hingga 20 Julai 2025.
Bertempat di Skylight Atrium, Aras 2, acara ini menyajikan pelbagai tawaran hebat untuk para pengunjung yang ingin mendapatkan kasut berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Pameran ini menampilkan pelbagai koleksi kasut dari jenama terkenal di bawah Kumpulan Larrie, termasuk LARRIE, POLO, Camel Active, Crocodile, Alain Delon, VKI dan Blowfish.
Daripada gaya kasual harian hingga ke rekaan yang lebih sofistikated, setiap jenama membawa identiti tersendiri yang sesuai untuk pelbagai citarasa dan keperluan.
Suasana pameran yang meriah dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menarik yang menambahkan lagi pengalaman membeli-belah para pengunjung. Bagi yang bertuah, pelbagai hadiah eksklusif menanti menerusi cabutan bertuah yang dijalankan sepanjang tempoh pameran.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan kasut idaman dengan diskaun yang sukar dipercayai dan inilah masa terbaik untuk menukar koleksi lama anda kepada yang baharu dengan harga istimewa.
Ruang santai, interaktif untuk keluarga


Bukan itu sahaja, suasana mesra keluarga turut dihidupkan dengan aktiviti santai serta ruang interaktif yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Bagi memastikan keselesaan sepanjang acara, hidangan ringan turut disediakan buat para pengunjung, membolehkan anda berehat seketika sambil menikmati suasana santai sewaktu memilih kasut baharu.
Para pembeli juga boleh menikmati sentuhan peribadi dengan perkhidmatan “patch-up” khas, di mana anda boleh menambah hiasan atau nama pada kasut baharu anda menjadikan ia lebih istimewa dan unik.
Pameran ini bukan sekadar jualan murah, ia satu acara gaya hidup yang menggabungkan fesyen, nilai, dan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan. Sama ada anda mencari kasut kerja, hujung minggu, atau untuk gaya kasual, anda pasti menemui sesuatu yang menarik di sini.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Singgah ke Parkson Pavilion Bukit Jalil sehingga 20 Julai ini dan alami sendiri kemeriahan jualan kasut terbesar musim ini.


