Penjagaan kulit pintar kini menjadi trend hangat dalam dunia kecantikan, dan jenama tempatan SKINMADE tampil dengan inovasi baharu yang bakal mengubah cara kita melindungi kulit.
Melalui projek khas “Skin & Sun”, SKINMADE memperkenalkan Skin Filter, produk 4-dalam-1 pertama seumpamanya yang bukan sekadar pelindung matahari – tetapi juga berfungsi sebagai “perisai kulit” untuk melindungi, memperbaiki, mencerahkan, dan menyempurnakan wajah dalam satu sapuan.
Perlindungan lebih daripada sekadar SPF
Berbekalkan SPF50+ PA++++ Ultra UV Defense, Skin Filter melindungi kulit daripada UVA, UVB dan juga cahaya biru, punca utama penuaan pra-matang dan pigmentasi.
Tapi keistimewaannya tidak berhenti di situ – setiap sapuan turut memberikan litupan berona semula jadi, memperbaiki tekstur kulit, serta memperkukuh lapisan penghalang kulit dengan ramuan aktif berasaskan sains.
Dua varian untuk dua jenis kulit
✨ Skin Filter (Berseri) – sesuai untuk kulit kusam atau kering, dengan formula pencerahan yang diperkaya Vitamin C, Glutathione dan Red Ginseng untuk wajah lebih bercahaya.
🌿 Skin Filter (Seimbang) – direka khusus untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat, diperkaya dengan Sepicontrol™️ A5, Zinc PCA dan ekstrak teh hijau untuk kawalan minyak serta rawatan anti-jerawat.
Kedua-dua varian hadir dengan kemasan ringan yang tidak menyumbat pori-pori, memberikan litupan sempurna sama ada anda berada di luar rumah atau di hadapan kamera.
Praktikal, moden & sesuai gaya hidup pantas


Didatangkan dalam format stik mudah alih dengan berus melengkung terbina, Skin Filter memudahkan sapuan rata dalam beberapa saat sahaja. Ia mudah dibawa ke mana-mana, sesuai untuk re-apply setiap 2–3 jam, menjadikannya pilihan tepat untuk gaya hidup aktif di Malaysia.
Cara Penggunaan:
- SAPU secara menyeluruh dari tengah ke seluruh wajah.
- ADUN secara rata menggunakan berus melengkung sedia ada. Jangan lupa kawasan leher dan garisan rambut!
- SAPU SEMULA setiap 2–3 jam, terutama selepas berpeluh atau selepas membersihkan wajah.

Harga & ketersediaan
SKINMADE Skin Filter dijual pada harga RM110 dengan 3 pilihan tona (Cool, Neutral, Warm). Produk ini kini boleh didapati melalui platform rasmi SKINMADE di TikTok Shop, Shopee, dan Lazada.


