Landskap kecantikan tempatan menyaksikan kemunculan jenama baharu apabila Anewmax, jenama penjagaan kulit generasi baharu yang menggabungkan kemewahan Eropah dan inovasi bioteknologi Korea, secara rasmi membuat penampilan sulungnya di Malaysia menerusi pelancaran awal yang dinanti-nantikan.
Diasaskan di Malaysia dan dibangunkan menerusi kerjasama global, Anewmax diperkenalkan khusus untuk generasi moden yang mengutamakan keberkesanan maksimum tanpa rutin yang rumit.

Jenama ini berpaksikan falsafah “Max Results, Minimal Steps, Honest Beauty”, menawarkan pendekatan ringkas namun berprestasi tinggi dalam penjagaan kulit.
Skip rutin kencantikan menyusahkan!
Dalam pasaran yang sarat dengan rutin pelbagai langkah dan tuntutan kompleks, Anewmax tampil dengan pendekatan lebih segar dan praktikal.
Rangkaian sulungnya menampilkan bahan aktif bertaraf klinikal, tekstur yang sensorial serta formulasi minimalis yang disesuaikan dengan gaya hidup moden.
Pelancaran ini memberi tumpuan kepada tiga produk utama yang mencerminkan DNA Anewmax — penjagaan kulit berkuasa tinggi yang mudah digunakan dan berkesan.
Tiga produk hero Anewmax
1. Glow Clean Wash – Pencuci Botani-Enzim untuk Kulit Lebih Bersih dan Berseri

Falsafah pembersihan Anewmax bermula dengan GlowClean Wash, diformulasikan menggunakan teknologi Botani Clear Infusion yang menggabungkan enzim botani dan bahan aktif untuk membersihkan pori secara mendalam tanpa mengeringkan kulit.
Kelebihan utama:
- Membantu melarutkan bintik hitam secara lembut dengan Asid Sitrik dan Minyak Buah Zaitun
- Menghidrat dan mencerahkan kulit melalui Ekstrak Pir, Niacinamide dan Glutathione
- Menjadikan kulit terasa lembut, halus dan segar
- Sesuai untuk kegunaan harian bagi semua jenis kulit
2. Aquabiome Booster – Essence Penghidratan Pengukuh Perlindungan Kulit

Digunakan selepas pembersihan, Aquabiome Booster berfungsi sebagai essence rawatan yang menenangkan, menghidrat serta menguatkan lapisan perlindungan kulit, khususnya untuk kulit sensitif atau yang mudah teriritasi.
Kelebihan utama:
- Mengimbangi mikrobiom dan fungsi pelindung kulit
- Penghidratan mendalam dengan Asid Hyaluronik Berganda dan ekstrak fermentasi
- Menenangkan kulit tertekan dengan Aloe Vera, Ekstrak Acmella dan Witch Hazel
- Memperbaiki tekstur kulit dan meningkatkan keselesaan
3. ExoCell Serum – Serum Regenerasi Berasaskan Exosome untuk Kulit Lebih Anjal dan Muda

Produk inovasi utama Anewmax, ExoCell Serum menggabungkan Exosome Tumbuhan Resurrection, ekstrak kultur sel stem teratai serta kompleks lapan peptida — kombinasi yang jarang ditemui di luar produk premium bertaraf profesional.
Kelebihan utama:
- Merangsang pembaharuan sel dan penghasilan kolagen
- Mengurangkan kedutan serta meningkatkan keanjalan kulit
- Menguatkan mikrobiom dengan Lactobacillus, Galactomyces dan ekstrak fermentasi
- Memberi penghidratan berpanjangan melalui Aquaporin (3%)
- Tekstur ringan, cepat menyerap dan sesuai untuk iklim tropika
Rangkaian Tambahan Bakal Diperkenalkan
Selain tiga produk utama, Anewmax turut memperkenalkan empat produk tambahan yang menyokong konsep rutin minimum jenama ini:

- V-Precision Sculpt Serum – Serum peptida untuk kesan tegang dan terangkat
- TranexaGlow Advance Serum – Serum pembetulan tona dan rawatan tompok gelap
- Youthfill Cream – Pelembap penegang dengan kesan ‘filler-like’
- Oil-Free Hydrator Gel – Gel pelembap ringan untuk kulit sensitif atau berjerawat
Ketersediaan di Malaysia
Produk Anewmax akan mula dipasarkan di Malaysia bermula 25 Disember 2025 menerusi laman web rasmi www.anewmax.com, serta platform e-dagang seperti TikTok, Shopee dan Lazada.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk dan pembelian, orang ramai boleh melayari www.anewmax.com atau mengikuti akaun rasmi @anewmax.official di media sosial.


