Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    October 10, 2026

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    October 9, 2026

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    October 8, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’
    • SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030
    • KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC
    • STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur
    • MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung
    • Kenaikan Cukai Tanah 13 Kali Ganda: Berjaya Hills Resort Bantah Tindakan Penguatkuasaan Kerajaan Pahang
    • Peraduan Yeo’s To Japan: Menangi Tiket Penerbangan ke Jepun Sempena Pelancaran Teriyaki Tuna Pertama di Malaysia
    • SURE-i Rai Ulang Tahun Ke-12 Dengan Pengiktirafan Asia Record, Pelopor Ekosistem Kesihatan Pencegahan Bersepadu
    Tuesday, October 13
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

      October 8, 2026

      Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

      September 29, 2026

      Pensyarah Bawa Pulang Perodua Traz Selepas Berbelanja RM250 di SOGO

      September 27, 2026

      The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

      September 25, 2026

      SOFY Lancar SOFY Ultra Silk: Tuala Wanita Ultra Nipis 0.06cm Daripada Sutera Tulen Terunggul

      September 25, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » JIMBA Finale 2025 Andalusia meriah dengan kehadiran 11,000 peserta
    Featured

    JIMBA Finale 2025 Andalusia meriah dengan kehadiran 11,000 peserta

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaJanuary 3, 2026Updated:February 11, 2026No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Program JIMBA Finale 2025 anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, sempena ulang tahun ke-23 syarikat, mencatat sambutan luar biasa apabila lebih 11,000 peserta hadir secara fizikal di seluruh cawangan Andalusia seluruh negara, dengan penyertaan keseluruhan melebihi 17,000 orang.

    Acara ini bukan sahaja meraikan pencapaian syarikat, malah menjadi platform menyatukan jemaah dalam semangat kebersamaan dan amanah.

    Kemuncak program berlangsung pada 31 Disember 2025 di Darul Muttaqin Home, Kuala Lumpur, di mana peserta dari Gua Musang, Kelantan, Rakiah Sulaiman, muncul sebagai pemenang utama cabutan bertuah Bonanza JIMBA. Beliau membawa pulang hadiah istimewa sebuah kereta BYD Sealion 7, menjadikan malam itu kenangan manis bagi keluarga dan peserta.

    Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, penghujung tahun bukan sekadar penutup kalendar, sebaliknya peluang membina azam baharu bersama untuk memelihara amanah dan memartabatkan khidmat kepada tetamu Allah.

    “Apabila jam berdetik meninggalkan 2025 malam ini, saya mahu kita semua bawa satu azam baharu, satu azam bersama-sama bahawa kita semua tidak akan jadi biasa-biasa dan tidak akan berkompromi dengan amanah sehingga 30 hingga 50 tahun akan datang,” katanya dalam ucapan utama yang menggemparkan hati hadirin.

    Majlis tersebut turut menampilkan pelancaran dan perasmian Majalah AndalusiaKu 1448H (2026/2027), yang kaya dengan inspirasi perjalanan umrah dan kisah Jemaah oleh Ida Riswana, Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Haji Md Daud Che Ngah, bersama Pengarah Urusan Andalusia, Haji Ibrahim Mat Sin. Selain itu, sesi penghargaan kepada jemaah setia, tawaran eksklusif pakej pelancongan serta pelbagai cabutan bertuah turut memeriahkan acara.

    Sambutan menggalakkan

    Menurut Ida Riswana, segala usaha pengembangan Andalusia perlu berpaksikan niat yang betul dan tekad untuk menyantuni duyufur Rahman, di samping berani berfikir lebih besar demi kebaikan umat secara keseluruhan.

    “Kita tidak akan takut untuk sentiasa berfikir lebih besar daripada ini asalkan niat kita betul untuk menyantuni duyufur Rahman. Insya-Allah kita percaya apa yang kita bawa ini adalah untuk kebaikan umat.

    Ida Riswana

    Beliau menyatakan hasrat Andalusia untuk melihat umat Islam lebih megah, bangga dan gagah dalam sektor perniagaan, khususnya industri pelancongan umrah yang semakin mencabar di peringkat global.

    “Saya ingin melihat umat Islam megah, bangga dan gagah di persada perniagaan. Bukti kejayaan kami adalah kerana sokongan daripada anda semua,” jelasnya, mengiktiraf peranan jemaah dalam kejayaan syarikat.

    Dalam sidang media selepas program, Ida Riswana berkata penyertaan JIMBA Finale 2025 adalah antara yang paling menggalakkan.

    “Penyertaan tahun ini memang sangat menggalakkan apabila lebih 11,000 peserta bersetuju untuk hadir di semua cawangan Andalusia,” katanya lagi.

    JIMBA medan perkenal pakej Andalusia

    Penganjuran program seperti JIMBA bertujuan memperkenalkan lebih banyak pakej Andalusia, merapatkan hubungan syarikat dengan masyarakat setempat serta memastikan jenama Andalusia diterima di seluruh pelusuk negara.

    “Tujuan utama adalah untuk memperkenalkan lebih banyak pakej dan mendekatkan kami dengan orang ramai di negeri masing-masing,” tambahnya.

    Pemilihan pemenang disusun supaya setiap negeri mempunyai wakil, bagi memperluas keterlibatan masyarakat.

    “Sebab itu dalam pemilihan, kita pastikan setiap negeri ada pemenang kerana kita mahu Andalusia diterima di semua pelusuk Malaysia,” katanya.

    Karnival JIMBA merupakan inisiatif jangka panjang selama 10 tahun bermula 2025 hingga 2035, dengan ganjaran yang dirancang semakin menarik dan bernilai setiap tahun.

    “Setiap tahun kita jangkakan hadiah yang lebih menarik dan bernilai,” ujarnya.

    Perkenal kiosk layan diri

    Sasaran seterusnya adalah memperluas capaian jemaah sehingga mencecah 80,000 orang melalui kesinambungan pertandingan JIMBA, yang membantu syarikat memasuki kawasan baharu.

    Selain itu, Andalusia merancang memperkenalkan kiosk layan diri bermula 2026 secara berperingkat, bagi memudahkan urusan pelanggan termasuk pembelian pakej umrah dan pelancongan.

    “Kiosk ini akan ditempatkan di lokasi awam dan kita akan mulakan secara berfasa bermula di Lembah Klang,” ujarnya.

    Penggunaan kiosk memberi kepuasan kepada pelanggan yang mahu menguruskan pembayaran dan cetakan resit secara fizikal.

    “Ada pelanggan yang lebih berpuas hati apabila mereka boleh buat sendiri urusan seperti pembayaran dan cetakan resit melalui kiosk,” jelasnya. Pelancaran berpotensi seawal suku pertama 2026, selepas ujian di ibu pejabat, mungkin sekitar Mac.

    Detik kemuncak menjadi kenangan manis buat Rakiah Sulaiman, peniaga kecil dari Gua Musang yang menyaksikan majlis melalui cawangan tempatan diumumkan sebagai pemenang hadiah istimewa sebuah kereta BYD Sealion 7. Tiga anaknya di Kuala Lumpur hadir memeriahkan acara.

    “Kami sekadar menemani, tapi tidak sangka rezeki Allah datang,” kata anaknya, Nur Liyana Othman.

    Andalusia Featured Featured Slider leisure lifestyle umrah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMelangkah ke tahun 2026 dengan sinar baharu: 4 hospital IHH rai kelahiran bayi tahun baharu
    Next Article ABARO Raih Pengiktirafan MBOR, Kasut Sekolah Inovatif Yang Memahami Cabaran Ibu Bapa
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    October 10, 2026

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    October 9, 2026

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    October 8, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    By Team KLHypeOctober 10, 2026

    SUBANG JAYA, 10 Oktober – Hub perindustrian bersepadu generasi baharu EcoWorld di Malaysia Vision Valley…

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    October 10, 20266K

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    October 9, 20263K

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    October 8, 20263K

    STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur

    October 8, 20266K

    MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

    October 8, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    October 10, 2026

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    October 9, 2026

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    October 8, 2026

    STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur

    October 8, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.