Syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran terkenal dengan kotak misterinya, POP MART memilih Malaysia sebagai lokasi memperkenalkan watak CRYBABY iaitu yang pertama di Asia Tenggara.
Dibawa oleh POP MART Malaysia, pengaruhnya dalam dunia budaya pop diperluaskan sempena pelancaran rasmi Siri CRYBABY Cry Me An Ocean ke Sunway Pyramid bermula 14 hingga 24 Mei ini.
Acara istimewa yang bakal diperkenalkan secara rasmi pada 15 Mei ini menampilkan konsep bertemakan lautan yang penuh imaginasi di mana menggabungkan elemen emosi yang sinonim dengan karakter CRYBABY bersama pengalaman runcit interaktif yang direka khas untuk peminat anak patung dan budaya pop moden.
“Kehadiran pop up berskala besar ini juga menjadi satu pencapaian penting buat POP MART Malaysia selari dengan peningkatan populariti CRYBABY di rantau Asia Tenggara.
“Sebagai pembuka tirai kepada acara tersebut, sebuah instalasi inflatables CRYBABY bersaiz besar mula dipamerkan di Blue Entrance Sunway Pyramid berhampiran Sunway Lagoon bermula 9 Mei 2026.

“Instalasi ini dijadikan teaser awal bagi menarik perhatian pengunjung dan peminat sebelum pembukaan rasmi pop up utama di Orange Concourse,” kata POP MART Malaysia dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Bawa artis di sebalik CRYBABY
Sebagai sorotan utama acara, POP MART Malaysia akan membawakan artis di sebalik karakter CRYBABY – MOLLY ke Malaysia buat pertama kalinya di mana sesi tandatangan eksklusif bersama artis itu akan berlangsung pada 16 Mei ini.
Mengulas lanjut, syarikat itu berkata, sepanjang acara berlangsung, ruang Orange Concourse akan ditransformasikan sepenuhnya menjadi dunia bertemakan lautan yang diinspirasikan daripada siri terbaru CRYBABY.

Katanya, pengunjung bukan sahaja boleh mendapatkan pelbagai koleksi eksklusif CRYBABY, malah turut berpeluang menikmati pengalaman interaktif seperti sudut fotografi khas serta aktiviti menarik lain yang direka untuk memberi pengalaman lebih dekat dengan dunia karakter tersebut.
“Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hadiah eksklusif dengan pembelian bermula 15 Mei 2026 sempena pelancaran rasmi Siri CRYBABY Cry Me An Ocean.
“Antara hadiah yang ditawarkan termasuk pelitup mata bertema, pelekat, skarf dan pelbagai cenderamata eksklusif lain sementara stok masih ada,” katanya.


