Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

    June 4, 2026

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    June 4, 2026

    Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik

    June 2, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 
    • Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan
    • Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik
    • Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan
    • Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’
    • Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026
    • Imbau Nostalgia 80-an Di Karnival VIKids Alamanda Dan Mesra Mall Sepanjang Cuti Sekolah
    • Lindungi Mata & Sokong Minda: Anmum™ Tampil Dengan Formulasi Baharu Era Digital
    Thursday, June 4
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda

      May 26, 2026

      iBidan Bina Platform Pemulihan Selepas Bersalin Yang Lebih Moden dan Sistematik

      May 24, 2026

      KLIBW Anjur The Beauty & Fragrance House 2026, himpun produk kecantikan & wangian tempatan

      May 9, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan
    Editor's Picks

    Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

    Team KLHypeBy Team KLHypeJune 1, 2026Updated:June 4, 2026No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Barisan kepimpinan UMW Toyota Motor yang sentiasa komited dalam memacu kecemerlangan industri automotif negara. Berdiri dari kiri ke kanan: Mohd Shamsor Mohd Zain (Pengarah Eksekutif), Mr. Takashi Obata (Timbalan Pengerusi), Yang Berbahagia Datuk Ravindran K. (Presiden), dan Encik Faraed Mohd Sharif (Pengarah Eksekutif).
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Demam crossover dan SUV kompak dalam negara nampaknya bakal menjadi semakin hangat. UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi membuka tirai model yang paling dinanti-nantikan tahun ini, Toyota Yaris Cross serba baharu, sekali gus meletakkan penanda aras tertingginya dalam segmen B-SUV tempatan.

    Langkah ini dilihat sebagai strategi serampang dua mata UMWT untuk memenuhi permintaan pemandu bandar yang mahukan sebuah jentera praktikal, di samping memperluaskan portfolio kenderaan mesra alam menerusi pengenalan varian hibrid yang mampu milik.

    Bagi pasaran Malaysia, jentera yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pembuatan Bukit Raja ini ditawarkan pada harga bermula RM99,900.00 untuk varian enjin pembakaran dalaman (ICE) dan RM109,900.00 bagi varian Hibrid (HEV).

    Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. berkata, segmen B-SUV terus menunjukkan momentum lonjakan yang kuat kerana semakin banyak rakyat Malaysia mencari kenderaan yang fleksibel untuk kegunaan harian mereka.

    Menerusi Yaris Cross, Toyota meluaskan penawaran hibrid sebagai jalan paling praktikal dan boleh dipercayai ke arah elektrifikasi, sesuai dengan corak pemanduan serta kesediaan infrastruktur di Malaysia ketika ini menerusi konsep ‘Your Path, Your Way’.

    Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K

    Reka bentuk kompak tapi tegap, ruang kabin menyerupai SUV 

    Melihat kepada reka bentuk luaran, Yaris Cross tampil dengan imej SUV yang sangat tegap dan meyakinkan. Profil badannya kelihatan lebih maskulin dengan padanan rim aloi kemasan mesin bersaiz 18 inci di keempat-empat sudut. Reka bentuk lampu belakang yang melebar ke sisi pula memberikan ilusi visual yang lebih premium dan lebar.

    Menjengah ke dalam kabin, suasana pemanduan terasa sangat moden dengan sentuhan material lembut, kemasan kokpit bersadur satin, serta roda stereng balutan kulit. Susun atur ruang dalaman ini diserikan lagi dengan tema warna eksklusif Blue Black bersama jahitan benang biru.

    Di hadapan pemandu, panel instrumen digital TFT bersaiz 7 inci sedia memaparkan segala maklumat pemanduan mengikut konfigurasi pilihan anda.

    Ucapan perasmian oleh Pengarah Eksekutif UMW Toyota Motor, Faraed Mohd Sharif.

    Walaupun saiz luaran nampak kompak dan lincah untuk mencelah di kota raya, praktikaliti ruang dalaman Yaris Cross sebenarnya sangat luar biasa. Ruang kargonya menawarkan kapasiti sebesar 471 liter, lengkap dengan papan dek dua tingkat dan ruang storan bawah lantai untuk susunan barang yang lebih kemas.

    Bukan itu sahaja, kedudukan tempat duduk pemandu yang agak tinggi memberikan jarak penglihatan yang lebih jelas dan meyakinkan.

    Ciri keselesaan lain turut diperkayakan dengan skrin audio 10.1 inci bersama ketersambungan telefon pintar tanpa wayar, Monitor Pandangan Panoramik (PVM), palam USB-C di belakang, pengecas tanpa wayar, serta pintu belakang kuasa dengan sensor kaki.

    Mod EV sedia meluncur senyap di kota

    Dari aspek rangkaian kuasa, Toyota memberikan kebebasan kepada pengguna untuk memilih mengikut keperluan bajet dan gaya pemanduan masing-masing.

    Toyota Yaris Cross Varian petrol konvensional (ICE).

    Varian petrol konvensional (ICE) digerakkan oleh enjin 2NR-VE Toyota yang sudah terbukti lasak dan cekap, digandingkan bersama transmisi CVT untuk pemanduan yang lancar serta kos penyelenggaraan yang rendah.

    Namun, bintang utama sudah pasti varian hibrid (HEV) yang dipadankan dengan Sistem Elektrik Hibrid Toyota. Menggabungkan enjin 2NR-VEX bersama motor elektrik, ia mampu menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 111 PS.

    Varian hibrid (HEV)

    Menariknya, sistem ini membolehkan jentera bergerak dalam mod elektrik sepenuhnya (EV Mode) ketika pemanduan perlahan, sekali gus menjimatkan petrol dan mengurangkan emisi. Bateri litium-ion miliknya pula diletakkan bijak di bawah tempat duduk belakang tanpa mengorbankan ruang kargo.

    Toyota Safety Sense jamin ketenangan minda maksimum

    Aspek keselamatan tidak dilupakan apabila kedua-dua varian dilengkapi dengan pakej keselamatan termaju Toyota Safety Sense (ADAS). Ia merangkumi sistem pemantauan trafik hadapan, mengekalkan lorong, lampu tinggi automatik, serta dibantu oleh Sistem Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA).

    Untuk ketenangan minda jangka panjang, UMWT menyokong pemilikan ini menerusi rangkaian lebih 100 pusat servis di seluruh negara berasaskan standard Kualiti, Ketahanan dan Kebolehpercayaan (QDR) Toyota. Tempahan kini sudah dibuka di semua pengedar sah Toyota berhampiran anda.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSemarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’
    Next Article Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik
    Team KLHype

    Related Posts

    Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

    June 4, 2026

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    June 4, 2026

    Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik

    June 2, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

    By Isz YuslizaJune 4, 2026

    Hujung minggu selalunya menjadi waktu terbaik untuk melarikan diri daripada kesibukan kota, mencari ketenangan, dan…

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik

    Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

    June 4, 20263K

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    June 4, 20262K

    Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik

    June 2, 20262K

    Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

    June 1, 20265K

    Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

    May 31, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

    June 4, 2026

    Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

    June 4, 2026

    Gaya Hidup Moden Punca Tekanan: Program ‘Pure Reset Malaysia’ Ajak Warga Kota Utamakan Kesihatan Holistik

    June 2, 2026

    Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

    June 1, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.