Bath & Body Works baru-baru ini melakar momen indah dengan sambutan ulang tahun ke-35 di peringkat global dan 10 tahun kehadirannya di Malaysia.
Acara yang berlangsung dari 3 hingga 14 September di TRX Kuala Lumpur, Centre Court itu telah menjadi tumpuan para pencinta kecantikan dan gaya hidup, menyatukan pengalaman beraroma dengan suasana penuh gaya.

Ruang pameran bertukar menjadi fragrance wonderland yang penuh dengan instalasi interaktif, dekorasi Instagram-worthy, dan sudut foto yang membuatkan setiap detik wajar dikongsi di media sosial.



Tidak kurang juga dengan kejutan manis – daripada Candy Bar hingga Fun Pack yang menceriakan setiap tetamu.
Pengunjung yang hadir menikmati promosi eksklusif seperti beg tote edisi terhad dengan perbelanjaan minimum RM280, krim tangan lengkap dengan pesona aksesori pilihan dengan perbelanjaan RM150, serta kek cawan istimewa sebagai tanda meraikan hari jadi jenama ikonik ini.
Menjadi bintang utama acara ialah wangian Gingham, si biru putih yang sudah menjadi simbol Bath & Body Works.

Dengan nota blue freesia, sweet clementine, dan soft violet petals, ia diraikan sebagai haruman segar yang sesuai untuk apa jua suasana – daripada makan malam romantis hingga rutin kerja harian.

Selain itu, lima koleksi kegemaran ramai turut mencuri perhatian: Into The Night, A Thousand Wishes, Sweetest Song, Champagne Toast, serta koleksi lilin berwarna-warni terbaru, Colour Run.
“Setiap langkah perjalanan kami diinspirasikan oleh pelanggan yang sentiasa menggemari haruman Bath & Body Works,” ujar Matthew Gregg, Pengurus Besar Bath & Body Works bagi Asia Tenggara, Hong Kong dan Australia.
“Ulang tahun ini adalah untuk mereka, dan kami teruja untuk terus mencipta wangian serta pengalaman yang membawakan kegembiraan dalam kehidupan seharian.
Pengurus Besar Bath & Body Works bagi Asia Tenggara, Hong Kong dan Australia, Matthew Gregg.
Dengan semangat #ScentSational35, Bath & Body Works membuktikan bahawa setiap titisan haruman bukan sekadar aroma, tetapi juga kenangan, emosi, dan gaya hidup – menjadikan dunia lebih indah, satu wangian pada satu masa.