Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Batuk Berpanjangan Atau Sesuatu Yang Lebih Serius? Fakta Kesihatan Paru-Paru Wanita Wajib Tahu

    July 1, 2026

    Sentuhan Kasih Sambil Menghias Kek: theSun Raikan Hari Ibu Bapa Dengan Adorn with Love: Parents’ Day Cake Decorating Contest

    June 30, 2026

    Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ Didik Masyarakat Isu Keselamatan Internet

    June 26, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Batuk Berpanjangan Atau Sesuatu Yang Lebih Serius? Fakta Kesihatan Paru-Paru Wanita Wajib Tahu
    • Sentuhan Kasih Sambil Menghias Kek: theSun Raikan Hari Ibu Bapa Dengan Adorn with Love: Parents’ Day Cake Decorating Contest
    • Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ Didik Masyarakat Isu Keselamatan Internet
    • Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh
    • Malaysia, Taiwan Teroka Inovasi Baharu Industri Kesihatan Global
    • TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya
    • Eskayvie Capai Misi TTMM2, Gandakan Anugerah Inspirasi Kasih Kepada RM10,000, Perkukuh Kempen BoosterMinda
    • Rintangan Insulin Ancam Prestasi Golongan Profesional Berjaya di Malaysia
    Wednesday, July 1
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya

      June 24, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

      June 11, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Genius Aulad rai ulang tahun ke-25 dengan semangat komuniti dan pendidikan holistik dengan Family Fun Run 2025
    Featured

    Genius Aulad rai ulang tahun ke-25 dengan semangat komuniti dan pendidikan holistik dengan Family Fun Run 2025

    Team KLHypeBy Team KLHypeMay 26, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Suasana ceria dan penuh warna-warni menyelubungi acara Fun Run & Walk 2025 anjuran Genius Aulad di MAEPS Serdang semalam yang menyaksikan penyertaan lebih 10,000 ibu bapa dan anak-anak dari seluruh negara. 

    Acara ini bukan sekadar riadah, malah merupakan simbolik kepada perjalanan pendidikan awal kanak-kanak yang telah dilalui oleh Genius Aulad selama 25 tahun sejak penubuhannya pada tahun 2000.

    Pengasas Genius Aulad, Zaliza Alias berkata bahawa acara ini membawa maksud yang lebih mendalam berbanding sekadar aktiviti berjalan kaki. 

    “Kita berjalan bersama anak-anak, berpimpinan tangan. Ia bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi satu simbol kasih sayang, pendidikan, dan masa berkualiti antara ibu bapa dan anak-anak,” ujar beliau.

    Bertemakan “It’s a Small World After All”, larian santai sejauh 2.5 kilometer berorientasikan keluarga ini menampilkan titik pemeriksaan (checkpoint) interaktif yang diinspirasikan daripada bandar mini seperti pejabat pos, balai bomba, hospital dan bakeri yang menawarkan pengalaman secara langsung yang menyeronokkan. 

    Sambutan ulang tahun ke-25 ini lebih bermakna dengan kerjasama rakan komuniti seperti Pos Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) yang menghidupkan acara ini melalui aktiviti interaktif yang mendidik dan menginspirasi minda para peserta. 

    “Tahun lepas temanya ‘Kampung & Muzikal’, dan tahun ini kita bawa kanak-kanak mengenali kehidupan bandar. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi cara kita mendidik mereka memahami dunia sekeliling,” jelasnya.

    Lagu remake & aspirasi pendidikan

    Salah satu detik istimewa adalah pelancaran rasmi Lagu Sekolah Genius Aulad yang dicipta khas sempena sambutan Jubli Perak ini.

    Lagu berjudul We Are Brothers and Sisters pernah dilancarkan pada tahun 2005 bersama kumpulan nasyid Raihan dan Islamic Relief. 

    Pengasas Genius Aulad, Zaliza Alias

    Menariknya, lirik lagu tersebut ditulis oleh kanak-kanak Genius Aulad sendiri. Lagu ini kini dinyanyikan semula oleh generasi baharu pelajar, dan Genius Aulad merancang untuk menerbitkan semula muzik video lagu tersebut.

    Lagu ini melambangkan komitmen teguh Genius Aulad terhadap pendidikan awal kanak-kanak dan hubungannya yang erat bersama keluarga di seluruh negara. 

    “Acara ini bukan sahaja meraikan legasi Genius Aulad selama 25 tahun, tetapi juga menyemarakkan semangat pembelajaran awal usia, kreativiti dan kebersamaan keluarga yang sentiasa kami semai dalam diri setiap anak,” tambah Zaliza.

    25 tahun melakar transformasi pendidikan awal

    Sejak penubuhannya, Genius Aulad tidak pernah berhenti berkembang. Sebagai pelopor tadika Islamik berkonsepkan pendidikan karakter dan berasaskan nilai Islam, Genius Aulad juga merupakan antara institusi awal yang memperkenalkan sistem francais dalam pendidikan awal kanak-kanak.

    Selepas pandemik COVID-19, Genius Aulad melangkah ke fasa baharu dengan memperkenalkan digitalisasi dalam bahan pembelajaran melalui animasi dan elemen gamifikasi, bukan sekadar salin dan tampal kandungan, tetapi pendekatan komprehensif untuk mendidik kanak-kanak, guru, dan juga ibu bapa.

    “Kami percaya pendidikan tak boleh terhenti di dalam kelas sahaja. Kami bergerak dengan falsafah ‘Beyond Classroom’. Pendidikan perlu melibatkan semua – anak, ibu bapa dan guru dalam satu ekosistem yang menyokong antara satu sama lain,” tegas Zaliza.

    Rencana masa depan: pendidikan khas dan globalisasi

    Genius Aulad turut merancang memperluaskan skopnya dalam bidang pendidikan khas, berasaskan kepakaran Zaliza sendiri dalam bidang tersebut.

    Dengan rancangan teliti dan pendekatan berperingkat, Genius Aulad berhasrat memperkenalkan program-program baharu yang inklusif dan bersesuaian dengan keperluan anak-anak berkeperluan khas.

    Tidak ketinggalan juga adalah aspirasi untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa, sambil terus mengekalkan nilai dan identiti pendidikan Islamik yang menjadi teras Genius Aulad sejak 25 tahun lalu.

    Membangun komuniti, mendidik generasi

    Zaliza berkata, bagi Genius Aulad sambutan ulang tahun ke-25 ini bukan sekadar menandakan kejayaan lalu, tetapi juga satu refleksi akan misi pendidikan yang lebih besar.

    “Matlamat utama kami mahu membentuk sebuah komuniti penyayang, menyantuni ibu bapa, melatih pendidik, dan membimbing kanak-kanak agar menjadi insan berakhlak dan bersedia menghadapi dunia yang semakin mencabar.

    “It takes a village to raise a child dan Alhamdulillah, kami telah membina ‘village’ itu bersama ibu bapa, guru, francaisi dan masyarakat. 

    Zaliza

    “Kami percaya, masa depan pendidikan bermula dengan kasih sayang, kefahaman dan semangat kebersamaan,” katanya.

    culture education Featured Featured Slider Genius Aulad pendidikan
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKonsert Desaku Mendunia rai pelajar MRSM FELDA bakal ke festival orkestra di Prague
    Next Article Program Amal Mesra Ceritera Sunnah dan PIBS santuni ibu tunggal, bina masyarakat sihat & harmoni
    Team KLHype

    Related Posts

    Batuk Berpanjangan Atau Sesuatu Yang Lebih Serius? Fakta Kesihatan Paru-Paru Wanita Wajib Tahu

    July 1, 2026

    Sentuhan Kasih Sambil Menghias Kek: theSun Raikan Hari Ibu Bapa Dengan Adorn with Love: Parents’ Day Cake Decorating Contest

    June 30, 2026

    Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ Didik Masyarakat Isu Keselamatan Internet

    June 26, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Batuk Berpanjangan Atau Sesuatu Yang Lebih Serius? Fakta Kesihatan Paru-Paru Wanita Wajib Tahu

    By kolumnisJuly 1, 2026

    Batuk sering dianggap sebagai masalah kesihatan yang ringan dan akan pulih dengan sendirinya. Namun, batuk…

    Sentuhan Kasih Sambil Menghias Kek: theSun Raikan Hari Ibu Bapa Dengan Adorn with Love: Parents’ Day Cake Decorating Contest

    Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ Didik Masyarakat Isu Keselamatan Internet

    Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Batuk Berpanjangan Atau Sesuatu Yang Lebih Serius? Fakta Kesihatan Paru-Paru Wanita Wajib Tahu

    July 1, 20262K

    Sentuhan Kasih Sambil Menghias Kek: theSun Raikan Hari Ibu Bapa Dengan Adorn with Love: Parents’ Day Cake Decorating Contest

    June 30, 20266K

    Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ Didik Masyarakat Isu Keselamatan Internet

    June 26, 20261K

    Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

    June 25, 20261K

    Malaysia, Taiwan Teroka Inovasi Baharu Industri Kesihatan Global

    June 24, 20264K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Batuk Berpanjangan Atau Sesuatu Yang Lebih Serius? Fakta Kesihatan Paru-Paru Wanita Wajib Tahu

    July 1, 2026

    Sentuhan Kasih Sambil Menghias Kek: theSun Raikan Hari Ibu Bapa Dengan Adorn with Love: Parents’ Day Cake Decorating Contest

    June 30, 2026

    Siri Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ Didik Masyarakat Isu Keselamatan Internet

    June 26, 2026

    Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

    June 25, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.