Majlis Makan Malam ‘Glowing Beauty’ berlangsung penuh meriah semalam menghimpunkan keluarga, rakan, dan pasukan syarikat bagi meraikan pencapaian luar biasa jenama Glowing Beauty sejak penubuhannya.
Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran produk penjagaan kulit terbaru, Glow Skin, yang dijangka mengukuhkan lagi kedudukan jenama tempatan ini dalam industri kecantikan.
Dalam ucapan pembukaan, Pengasas Glowing Beauty, Wahida Ismail menzahirkan rasa syukur kepada Allah atas rezeki yang memungkinkan kejayaan ini.
Beliau juga mengucapkan penghargaan khusus kepada suaminya, Wan Azini, yang diibaratkannya sebagai tulang belakang dan inspirasi terbesar kejayaan hari ini.
“Sokongan, doa, dan kepercayaan beliau adalah antara faktor utama kejayaan Glowing Beauty. Tanpa kekuatan dan kasih sayang beliau, saya tidak mungkin berdiri di sini hari ini,” katanya penuh emosi.
Selain itu, beliau turut menghargai keluarga tersayang, termasuk ibu mertua dan ahli keluarga lain, yang digambarkan sebagai pendorong utama dalam setiap langkah perjalanan jenama ini.
Beliau turut menyanjung tinggi usaha pasukan Glowing Beauty, atau GB Squad, yang dilabel sebagai nadi kepada kejayaan syarikat.
Bagi mengiktiraf semangat dan usaha GB Squad yang telah berjaya meraih jualan tertinggi sehingga RM2 juta, pihaknya turut memberi tajaan seperti pakej umrah dan hadiah wang tunai.
Pelancaran produk baharu: Glow Skin
Kemuncak majlis adalah pengenalan produk penjagaan kulit terbaru, Glow Skin, yang dihasilkan dengan kualiti terbaik menggunakan bahan semula jadi dan teknologi terkini.
Produk ini diformulasi oleh pakar dermatologi berpengalaman lebih 30 tahun dan direka khas untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis kulit, termasuk jeragat, jerawat, dan kulit normal.
Glow Skin terdiri daripada lapan item penjagaan kulit yang memenuhi piawaian pembangunan dan penyelidikan (R&D) dan pengawalan kualiti ketat di kilang OEM profesional Malaysia.
“Saya yakin Glow Skin akan membawa Glowing Beauty ke tahap lebih tinggi. Harapan saya ialah produk ini mendapat sambutan hebat seperti produk kami sebelum ini,” katanya.
“Semoga Glowing Beauty terus bersinar dan menjadi sumber inspirasi kepada ramai wanita di luar sana,” katanya.
Dengan pelancaran produk baharu dan semangat yang luar biasa, jenama ini dilihat terus melangkah ke hadapan sebagai jenama kecantikan tempatan yang menjadi kebanggaan ramai.