Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Lokal Lah!! Berbelanja Sambil Menyokong Usahawan Tempatan-Semuanya Ada di RisSMart Grocer!

    July 25, 2026

    The Food Yard, Port Santai Baharu di Tengah Kuala Lumpur

    July 24, 2026

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    July 21, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Lokal Lah!! Berbelanja Sambil Menyokong Usahawan Tempatan-Semuanya Ada di RisSMart Grocer!
    • The Food Yard, Port Santai Baharu di Tengah Kuala Lumpur
    • ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara
    • Wajah Baharu iORA Mid Valley Megamall, Nafas Segar & Lebih Estetik
    • Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2
    • Pop Wasabi Awards 2026 Edisi Sulung Bakal Serlah Generasi Baharu Cef Sushi
    • Nikmati Wagyu, Angus Yakiniku di Sushi King Bawah RM40
    • ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama
    Saturday, July 25
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      AKEMI Lancar Sleep Sync AI Mattress: Tilam Pintar AI Pertama Malaysia Revolusikan Kualiti Tidur

      July 10, 2026

       Baru tahu susah jadi ‘buta’

      July 9, 2026

      BOKITTA Kembali Ke Alamanda Putrajaya: Lebih Besar, Mewah & Berkonsep ‘Premium Lifestyle’

      June 30, 2026

      TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya

      June 24, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Kenali perbezaan dan rawatan influenza, HFMD dan RSV
    Featured

    Kenali perbezaan dan rawatan influenza, HFMD dan RSV

    Penulis merupakan Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pantai Hospital Penang, Dr Hasanah Ishak
    kolumnisBy kolumnisOctober 31, 2024Updated:November 5, 2024No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Influenza, penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) dan RSV adalah penyakit jangkitan virus yang sangat senang merebak dan insidennya sangat ketara (terutamanya di kalangan kanak-kanak) sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

    Influenza

    Influenza, kata singkatnya flu adalah penyakit saluran pernafasan yang senang berjangkit, boleh menyerang sesiapa sahaja dan ianya merbahaya pada kumpulan umur tertentu terutamanya kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, warga emas 60 ke atas, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, penyakit jantung, diabetes dan lain-lain.

    Influenza berbeza dari selsema biasa, gejalanya biasanya ringan, boleh jadi teruk dan boleh membawa kepada kematian. Gejalanya adalah demam tinggi pada 2-3 hari pertama, berhingus, sakit tekak, sakit badan, batuk yang teruk, sakit kepala, letih dan kadang kadang muntah dan cirit birit.

    Ia boleh menyebabkan komplikasi jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), jangkitan dalam telinga dan juga sinus.

    Influenza merebak melalui titisan air (droplets) bila pesakit batuk, bercakap atau bersin. Ia juga boleh berjangkit melalui sentuhan yang dicemari titisan influenza.

    Dr Hasanah Ishak

    Petugas perubatan atau doktor boleh mengesan influenza berdasarkan gejala yang dialami dan dikenal pasti dengan ujian swab dari titisan hingus hidung dan tekak.

    Rawatan influenza biasanya merawat gejala dan ada juga rawatan khusus anti-virus Oseltamivir. Oseltamivir lebih berkesan jika diberi pada peringkat awal jangkitan iaitu 48 jam dari gejala bermula.

    Pencegahan harian boleh dilakukan jika kita jauhkan dari pesakit bergejala dan menjaga kebersihan diri, contohnya batuk menggunakan kertas tisu atau ke atas lengan baju dan mencuci tangan dengan air dan sabun atau sanitizer.

    Influenza boleh dicegah atau dikurangkan keterukannya dengan mengambil vaksin influenza pada setiap tahun. Ini amat digalakkan pada golongan berisiko yang disebutkan di atas.

    Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut (Hand Foot Mouth disease/HFMD)

    Penyakit ini disebabkan oleh kuman enterovirus, paling senang merebak dan sering terjadi pada kanak-kanak terutamanya 5 tahun ke bawah. Ia menyebabkan ulser dalam mulut, tepi bibir dan ruam lepuh terutamanya tapak tangan, tapak kaki, lutut, siku, kelenkang dan punggung.

    Kebanyakan kanak-kanak mempunyai gejala ringan seperti demam, kurang selera makan atau minum, sakit tekak dan lemah.

    Read More: Ambil Tahu Punca Kanser Paru-Paru

    Biasanya penyakit ini akan sembuh dalam masa 7-10 hari tetapi anak anak perlu dibawa berjumpa doktor jika makan minumnya terlalu kurang, demam lebih dari 3-4 hari, lesu dan tidak peka dengan persekitaran atau sawan kekejangan kaki tangan.

    Biasanya doktor boleh mengenalpasti penyakit ini dengan pemeriksaan fizikal tanpa apa apa ujian selanjutnya tetapi untuk kes kes yang teruk ia memerlukan ujian rembesan hingus, tekak atau najis (ujian PCR atau percambahan virus).


    Komplikasi HFMD

    Komplikasi HFMD adalah jarang tetapi sebilangan kecil kanak-kanak boleh mendapat dehidrasi dan paling bahaya melibatkan jangkitan sistem saraf (viral meningitis, encephalitis), kegagalan jantung dan paru-paru yang boleh membawa kematian.

    HFMD boleh dielakkan dengan mengamalkan SOP seperti menjaga kebersihan diri, membasuh tangan yang tercemar dengan sabun dan air atau sanitizer, bersihkan permukaan meja kerusi, tombol pintu, barang mainan dan elakkan dari bersentuh dengan pesakit yang bergejala.

    Tiada rawatan khusus untuk HFMD, doktor biasanya memberi rawatan simtomatik seperti paracetamol, ubat ulser dan kadang kadang memerlukan kemasukan hospital untuk rehidrasi. Kes-kes komplikasi serius memerlukan rawatan unit rapi (ICU) dan bantuan alat pernafasan.

    Respiratory Syncytial Virus (RSV)

    Ringkasnya RSV ini adalah sejenis virus yang sering menyerang saluran pernafasan yang biasanya menyebabkan gejala ringan. Kebanyakan pesakit boleh sembuh dalam masa 5-10 hari tetapi RSV boleh menjadi serius terutama kanak kanak setahun ke bawah dan warga emas.

    Gejala biasanya bermula dalam masa 3-6 hari selepas dijangkiti RSV. Tanda- tandanya termasuklah demam, selsema, batuk dan kurang selera makan.

    Gejala teruk yang perlu di beri perhatian, terutama bayi 6 bulan kebawah adalah tidak bermaya, susah bernafas, pernafasan laju, dada berombak dan menangis yang berterusan. Jika ini terjadi kanak-kanak tadi perlu dibawa berjumpa doktor dengan segera.

    Kenapa RSV merbahaya?

    RSV boleh menyebabkan masalah jangkitan saluran pernafasan bawah yang serius iaitu bronchiolitis dan pneumonia terutamanya pada bayi kurang dari setahun.

    Biasanya penyakit yang ringan tidak memerlukan kemasukan hospital tetapi kes kes-teruk (terutamanya golongan berisiko) perlu berbuat demikian bila mereka mengalami dehidrasi atau kesukaran bernafas. Mereka memerlukan pemerhatian dan rawatan rapi termasuk bantuan oksijen dan ada kalanya bantuan mesin pernafasan di unit rawatan rapi (ICU).

    RSV boleh dijangkiti malalui titisan hingus, air liur bila pesakit bercakap, batuk atau bersin.

    Ia juga boleh berjangkit dari permukaan yang dicemari virus atau sentuhan terus seperti mencium bayi yang dijangkiti.

    Golongan yang berisiko:

    Sesiapa sahaja boleh dijangkiti kuman RSV tetapi ia boleh menjadi serius pada golongan seperti:

    • bayi pramatang
    • kanak kanak yang bermasalah penyakit jantung kongenital, penyakit paru paru kronik termasuk juga asma.
    • kanak kanak yang lemah sistem ketahanan badan termasuk yang memerlukan rawatan steroid atau mengalami penyakit lemah otot yang kurang upaya mengeluarkan lendir dari tekak.
    • golongan dewasa yang mempunyai masalah kronik tertutamanya penyakit jantung dan paru-paru.

    RSV boleh dikesan berdasarkan sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan dikenalpasti melalui ujian swab dari hidung dan belakang tekak. Ujian darah juga membantu, ‘pulse oxymeter’ boleh menunjukkan kandungan oksigen badan yang rendah, X-ray dada boleh menunjukkkan peradangan paru-paru.

    Di negara negara 4 musim biasanya RSV jangkitan RSV terjadi pada musim sejuk, musim luruh atau musim bunga tetapi di negara kita Malaysia ia boleh terjadi bila-bila masa. Tetapi peningkatan kes-kes lebih ketara pada musim hujan atau keramaian cuti sekolah atau perayaan.

    Dr Hasanah Ishak

    RSV boleh dielak jika pesakit bergejala memakai pelitup muka (kanak kanak berumur 2 tahun keatas), bersin menggunakan kertas tisu atau lengan tangan, menjaga kebersihan tangan, elakkan sentuhan terus seperti mencium, bersalaman dan selalu membersih permukaan yang tercemar.


    Rawatan untuk RSV

    Tiada rawatan khusus untuk RSV. Biasanya doktor akan memberi ubat demam, ubat titisan hidung dan kadang kala antibiotik jika terdapat komplikasi kuman bakteria.

    Pastikan anak dalam keaadan selesa, lebihkan minuman, susu, jus atau pun sup. Jika gejala berterusan dan lebih teruk mereka memerlukan kemasukan hospital.

    Rawatan hospital termasuklah rehidrasi, bantuan oksigen dan kadang kala kanak-kanak ini memerlukan bantuan mesin pernafasan.

    culture Featured Featured Slider health HFMD influenza leisure Pantai Hospital
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKempen Warna Warni Deepavali mewarnai Suria KLCC hingga 3 November ini 
    Next Article Konsert Datuk Jamal Abdillah Februari depan gamit nostalgia peminat Raja Pop Malaysia
    kolumnis

    Related Posts

    Lokal Lah!! Berbelanja Sambil Menyokong Usahawan Tempatan-Semuanya Ada di RisSMart Grocer!

    July 25, 2026

    The Food Yard, Port Santai Baharu di Tengah Kuala Lumpur

    July 24, 2026

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    July 21, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Lokal Lah!! Berbelanja Sambil Menyokong Usahawan Tempatan-Semuanya Ada di RisSMart Grocer!

    By Team KLHypeJuly 25, 2026

    Mahu mendapatkan barangan keperluan harian sambil menyokong produk tempatan? RisSMart Grocer di Urban Eats@Kwasa Damansara…

    The Food Yard, Port Santai Baharu di Tengah Kuala Lumpur

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    Wajah Baharu iORA Mid Valley Megamall, Nafas Segar & Lebih Estetik

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Lokal Lah!! Berbelanja Sambil Menyokong Usahawan Tempatan-Semuanya Ada di RisSMart Grocer!

    July 25, 20262K

    The Food Yard, Port Santai Baharu di Tengah Kuala Lumpur

    July 24, 20265K

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    July 21, 20262K

    Wajah Baharu iORA Mid Valley Megamall, Nafas Segar & Lebih Estetik

    July 19, 20263K

    Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

    July 18, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Lokal Lah!! Berbelanja Sambil Menyokong Usahawan Tempatan-Semuanya Ada di RisSMart Grocer!

    July 25, 2026

    The Food Yard, Port Santai Baharu di Tengah Kuala Lumpur

    July 24, 2026

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    July 21, 2026

    Wajah Baharu iORA Mid Valley Megamall, Nafas Segar & Lebih Estetik

    July 19, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.