Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    July 4, 2026

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    July 4, 2026

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    July 4, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah
    • HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai
    • Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda
    • Kerugian RM1.8 juta, Briar Resources fail saman pembekal didakwa langgar kontrak bekalan baja
    • Sentuhan Ajaib Untuk Kulit Sempurna: Rawatan Revolusioner DJM Magic Finger Kini di ESME
    • Tam Spider, Zamani & Hazama Bakal Gegar Showcase JRNL Demi ‘Anak Syurga’
    • Kolaborasi Unik Kapten Batik x Tetris Gamit Memori 90-an
    • Batuk Berpanjangan Atau Sesuatu Yang Lebih Serius? Fakta Kesihatan Paru-Paru Wanita Wajib Tahu
    Sunday, July 5
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya

      June 24, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

      June 11, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Misi 100 cawangan Muezza Archery Academy, 33 cawangan baru dibuka 2025 
    BIZ

    Misi 100 cawangan Muezza Archery Academy, 33 cawangan baru dibuka 2025 

    Team KLHypeBy Team KLHypeDecember 22, 2024Updated:December 24, 2024No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Muezza Education Group Sdn Bhd menetapkan sasaran besar untuk mengembangkan rangkaiannya kepada 100 cawangan menjelang akhir tahun 2025, dengan tumpuan penuh diberikan kepada 33 cawangan baharu di bawah jenama Muezza Archery Studio.

    Dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang berlangsung Sabtu lalu, Muezza turut mengumumkan kejayaan mereka membuka 56 cawangan dalam tempoh dua tahun beroperasi. 

    Daripada jumlah itu, 33 cawangan baharu dirancang khusus untuk Archery Studio, yang merupakan salah satu daripada tiga anak syarikat utama Muezza selain Muezza Swimming dan Foxy Soccer Academy.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Anas Izuan Azmi, 56 cawangan sedia ada adalah hasil usaha mereka sendiri serta kerjasama enam rakan niaga. 

    Katanya, setelah kejayaan itu divalidasi, kini mereka bersedia membuka peluang lebih luas untuk rakan niaga baharu, dengan setiap pelaburan ditetapkan pada RM55,000. 

    Jumlah itu meliputi kos keseluruhan, termasuk renovasi dan pemasaran tanpa caj tambahan.

    Gambar: Muezza Academy.

    “Pulangan pelaburan (ROI) untuk rakan niaga dijangka dicapai dalam tempoh 1.5 hingga 3 tahun, bergantung kepada prestasi. Beberapa cawangan seperti di Bertam, Pulau Pinang; Johor, dan Kuantan telah menunjukkan potensi luar biasa dengan lebih 140 pelajar sebulan,” katanya.

    Fokus pembukaan cawangan baru juga meliputi Sabah, Sarawak, dan Pantai Timur, termasuk Terengganu dan Kelantan, sebagai langkah memperluaskan jenama Muezza ke seluruh negara.”

    Anas Izuan

    Dalam MoU tersebut, sebanyak 33 rakan niaga baharu telah bersetuju untuk melabur, dan Muezza sudah mula menyenaraikan pelabur lain dalam senarai menunggu bagi projek-projek akan datang.

    “Matlamat kami adalah memastikan pendidikan berkualiti dan kemudahan sukan seperti yang ditawarkan di bawah Archery Studio dapat diakses oleh lebih ramai pelajar di seluruh Malaysia,” tambahnya lagi.

    Dengan momentum sedia ada, Muezza yakin dapat merealisasikan visi mereka untuk menjadi salah satu peneraju utama dalam industri pendidikan dan pembangunan sukan tempatan.

    Semai karakter pelajar melalui sukan memanah

    Muezza Archery Studio memperkenalkan program memanah yang tidak hanya berfokus pada kemahiran teknikal tetapi juga pembentukan karakter pelajar. 

    Dengan yuran yang dianggap mampu milik, iaitu RM100 untuk dua sesi sebulan atau RM200 untuk empat sesi sebulan, studio ini menawarkan pengalaman unik yang menggabungkan latihan memanah dengan modul pembentukan karakter.

    Gambar: Muezza Academy

    Kemudahan dan struktur latihan

    Muezza menyediakan studio berpendingin hawa yang dilengkapi dengan mini gym—sesuatu yang jarang dijumpai di pusat memanah lain. 

    Read More: Ihsan Madani rai anak yatim, gelandangan dan asnaf dalam Majlis Makan Malam Ihsanku

    Setiap sesi latihan dirancang secara sistematik, bermula dari aktiviti pemanasan, latihan teknikal, hingga sesi “talaki,” di mana nilai-nilai seperti disiplin, fokus, dan rasa tanggungjawab diajarkan.

    “Kami ingin melatih pelajar supaya tidak hanya menjadi mahir dalam memanah tetapi juga menghormati ibu bapa, bersikap tenang, dan berani menghadapi cabaran,” katanya.

    Program ini menyasarkan pelajar berusia 6 hingga 15 tahun, dengan matlamat membentuk karakter sejak usia muda. 

    Menurut Anas, ramai ibu bapa menghantar anak mereka untuk mengatasi masalah seperti kurang fokus atau keberanian, dan testimoni menunjukkan keberhasilan program ini. 

    Sebagai contoh, seorang pelajar yang sebelumnya kurang fokus menunjukkan perubahan besar, hingga menarik perhatian gurunya.

    Gambar: Muezza Academy.

    Muezza mengutamakan pendekatan inklusif dalam aktiviti memanah, memastikan ia dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum atau agama.

    “Muezza menerapkan pendekatan moden dengan harapan dapat menarik minat pelajar dari pelbagai latar belakang tanpa sebarang halangan,” katanya.


    Peluang atlet berbakat lebar sayap

    Muezza memfokuskan kepada dua jalur latihan: grassroot untuk pelajar baru dan MDP (Muezza Development Program) untuk pelajar berprestasi tinggi. 

    Program ini juga berkolaborasi dengan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) untuk melahirkan atlet yang dapat bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

    Anas Izuan

    Selain melatih pelajar dari awal, Muezza turut menyediakan peluang kepada atlet berbakat dengan menaja yuran pertandingan dan menyediakan elaun.

    Gambar: Muezza Academy.

    Dengan pendekatan yang holistik, Muezza bukan sahaja mengajarkan seni memanah tetapi juga menyemai nilai-nilai murni kepada generasi muda. Sukan ini bukan sekadar hobi tetapi juga platform untuk membentuk keperibadian yang unggul.

    Perancangan menubuhkan Kejohanan Memanah Kebangsaan 

    Menurut Anas, satu perancangan besar sedang dijalankan untuk mewujudkan Kejohanan Memanah Kebangsaan di Malaysia yang dijangka berlangsung pada bulan Jun 2025.

    Ketua Pegawai Eksekutif Muezza Education Group, Anas Izuan Azmi.

    “Pertandingan ini akan berlangsung selama lima minggu dan menelan kos sekitar RM3 juta dan usaha untuk mendapatkan tajaan bagi acara ini juga sedang dijalankan. 

    “Tajaan yang diperoleh akan melibatkan promosi besar-besaran melalui billboard di seluruh negara.

    Acara ini juga akan melibatkan kerjasama dengan NAAM untuk memastikan kelancaran penganjurannya,” katanya.

    Kompleks Sukan Muezza

    Dalam perkembangan lain, Muezza kini sedang memperluas ekosistemnya dengan merancang untuk membina kompleks sukan pada tahun 2026, dengan gerak kerja yang sudah pun dimulakan.

    Muezza juga telah menubuhkan Muezza College dan Muezza Coaching Academy sebagai platform untuk melatih dan membangunkan tenaga pengajar. 

    “Akademi ini akan memberi latihan praktikal kepada pelajar-pelajar universiti yang berminat menjadi jurulatih sukan, khususnya dalam bidang memanah. 

    “Fokus utama Muezza College adalah untuk membentuk karakter dan kemahiran komunikasi para jurulatih, dengan pendekatan yang lebih mesra dan berkesan, terutama dalam berinteraksi dengan anak-anak muda.

    Bentuk karakter positif kanak-kanak, remaja

    Ditanya mengenai idea penubuhan akademi memanah tersebut, Anas, 36, berkongsi bahawa meskipun tidak memiliki latar belakang dalam sukan memanah, beliau melihat potensi besar dalam bidang ini sebagai peluang perniagaan yang masih jarang diterokai. 

    Beliau memiliki latar belakang dalam sukan bola sepak serta pendidikan dalam bidang sains sukan dan pengurusan sukan, yang membantunya dalam mengembangkan Muezza ke tahap yang lebih tinggi.

    “Antara cabaran terbesar dalam menguruskan perniagaan ini adalah pengurusan staf, kerana ia melibatkan perkhidmatan yang memerlukan pengawasan dan penyelenggaraan berterusan. 

    “Muezza juga telah menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui MOU selama tiga tahun, yang bertujuan untuk mengembangkan modul-modul sukan yang berkualiti tinggi.

    “Harapan masa depan adalah untuk terus mengembangkan Muezza di seluruh Malaysia dan membantu membentuk karakter positif dalam kalangan anak muda, terutamanya dalam menghadapi cabaran sosial yang semakin meningkat. 

    “Pembangunan melalui sukan, terutamanya memanah, diharap dapat membantu mengatasi masalah sosial, etika dan adab dalam kalangan generasi muda,” katanya.

    Maklumat lanjut mengenai Muezza Archery Academy, hubungi:

    • Laman web – https://muezzaacademy.com/
    • Facebook – https://www.facebook.com/muezzaarcherystudio/
    • Instagram – https://www.instagram.com/muezzaacademy/?hl=en

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIhsan Madani rai anak yatim, gelandangan dan asnaf dalam Majlis Makan Malam Ihsanku
    Next Article PTTI sambut ulang tahun ke-10 dengan kejayaan gemilang
    Team KLHype

    Related Posts

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    July 4, 2026

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    July 4, 2026

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    July 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    By Team KLHypeJuly 4, 2026

    KUALA LUMPUR, 4 Julai 2026 – Sebuah filem terbitan negara Arab yang ketika ini diberi…

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    Kerugian RM1.8 juta, Briar Resources fail saman pembekal didakwa langgar kontrak bekalan baja

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    July 4, 20262K

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    July 4, 20261K

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    July 4, 20262K

    Kerugian RM1.8 juta, Briar Resources fail saman pembekal didakwa langgar kontrak bekalan baja

    July 3, 20262K

    Sentuhan Ajaib Untuk Kulit Sempurna: Rawatan Revolusioner DJM Magic Finger Kini di ESME

    July 3, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    July 4, 2026

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    July 4, 2026

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    July 4, 2026

    Kerugian RM1.8 juta, Briar Resources fail saman pembekal didakwa langgar kontrak bekalan baja

    July 3, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.