SHAH ALAM, 8 Februari – Gabungan empat pakar pendidikan tempatan memperkenalkan satu inisiatif baharu menerusi program Licensing Math Expert, yang dilihat mampu membuka peluang lebih luas kepada usahawan tuisyen untuk menceburi dan mengembangkan perniagaan dalam sektor pendidikan digital.
Program berasaskan perlesenan itu diwujudkan sebagai respons kepada perubahan landskap pendidikan yang semakin bergantung kepada teknologi digital, selain keperluan untuk menyediakan model pembelajaran yang lebih fleksibel, tersusun dan mudah diakses oleh pelajar di seluruh negara.
Antara organisasi yang terlibat ialah Aster Edu, Maths Catch, dan Fateh Intelligence, berganding bahu bersama pakar strategi belajar, Dr. Shukri Abdullah, dalam usaha memperkasa penguasaan subjek Matematik dalam kalangan pelajar.
Gabungan kepakaran ini memberi fokus membantu pelajar menguasai Matematik bermula daripada Darjah 4 sehingga Tingkatan 5 melalui sistem pembelajaran tersusun di bawah jenama program Math Expert.

Pengetua Aster Edu, Shahrin Zikri berkata, Licensing Math Expert merupakan hasil kerjasama empat individu berpengalaman dalam bidang pendidikan, khususnya pengajaran matematik, pembangunan modul pembelajaran dan pengurusan pusat tuisyen.
Gabungan kepakaran ini membolehkan satu ekosistem pembelajaran digital dibangunkan secara sistematik, merangkumi kandungan akademik, kaedah pengajaran serta struktur perniagaan.
Shahrin Zikri
“Program ini direka bagi membantu pengusaha tuisyen, guru persendirian dan pendidik bebas untuk menukar perkhidmatan sedia ada kepada model tuisyen digital berlesen, tanpa perlu membina sistem dari awal.
Sasar 100,000 pelajar

“Kami mensasarkan seramai 100,000 pelajar akan mendaftar melalui rangkaian Program Licensing Math Expert ini. Dalam masa sama, 100,000 pelajar juga akan mendapat manfaat pembelajaran terus daripada pakar-pakar pendidikan Malaysia” katanya dalam sidang media di IDCC, Shah Alam.
Melalui program ini, pemegang lesen berpeluang menggunakan modul pembelajaran yang telah distrukturkan, sistem sokongan operasi serta panduan pemasaran digital bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.
Pendekatan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos permulaan, malah membantu memastikan kualiti pengajaran kekal konsisten.
Lahir lebih ramai usahawan pendidikan digital

Selain itu, model perlesenan turut memberi peluang kepada usahawan untuk menjana pendapatan melalui kelas dalam talian, rakaman pembelajaran, sesi bimbingan digital serta langganan berperingkat, selari dengan trend pembelajaran masa kini.
“Inisiatif ini dilihat sebagai satu gerakan pendidikan berskala besar yang bukan sahaja memfokuskan kecemerlangan akademik pelajar, malah membantu melahirkan lebih ramai usahawan pendidikan digital di seluruh negara,” tambahnya.
Tangani cabaran pendidikan

Pengenalan Licensing Math Expert juga dilihat sebagai usaha menangani cabaran dalam pendidikan, khususnya dari segi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran teras seperti matematik.
Penggunaan pendekatan digital membolehkan pelajar belajar mengikut kadar sendiri, mengulang pelajaran dan mengakses bahan pembelajaran pada bila-bila masa.
Di samping itu, pembelajaran digital turut membuka akses kepada pelajar di kawasan luar bandar atau yang mempunyai kekangan masa dan lokasi, sekali gus membantu merapatkan jurang pendidikan.
Sokongan dan latihan kepada pemegang lesen
Pengetua Maths Catch, Cikgu Rajaei manambah, program ini turut menyediakan latihan berterusan kepada pemegang lesen, termasuk pendedahan kepada teknik pengajaran berkesan, penggunaan teknologi pendidikan serta strategi pengurusan perniagaan. Pendekatan ini bertujuan memastikan pengusaha bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, tetapi juga mampu menguruskan perniagaan secara profesional dan mampan.

Antara organisasi yang terlibat ialah Aster Edu, Maths Catch, dan Fateh Intelligence, berganding bahu bersama pakar strategi belajar, Dr. Shukri Abdullah, dalam usaha memperkasa penguasaan subjek Matematik dalam kalangan pelajar.
Usaha tersebut selari dengan keperluan industri pendidikan yang kini memerlukan gabungan kemahiran pedagogi dan kecekapan digital.
Dalam konteks pendidikan negara yang semakin berkembang, inisiatif seperti Licensing Math Expert dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor tuisyen digital.
Program ini bukan sahaja membuka peluang ekonomi kepada usahawan, malah menyumbang kepada penyediaan pendidikan yang lebih mudah diakses dan relevan dengan keperluan semasa.
Penganjur berharap pendekatan perlesenan ini dapat melahirkan lebih ramai penggiat pendidikan digital yang berdaya saing, sekali gus menyokong usaha memperkukuh sistem pembelajaran negara ke arah masa depan yang lebih progresif dan berteraskan teknologi.
Bagi yang berminat dengan program ini boleh layari di www.MathExpert.my atau hubungi talian 0182932814 (En Rafat).


