Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Pantai Hospital Ampang anjur Pink Oktober Tea Party, satukan komuniti sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

    October 31, 2025

    Sugarbomb terus ‘mendunia’, harumkan nama Malaysia di Dubai Beautyworld Middle East 2025

    October 31, 2025

    Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 

    October 30, 2025
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Pantai Hospital Ampang anjur Pink Oktober Tea Party, satukan komuniti sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara
    • Sugarbomb terus ‘mendunia’, harumkan nama Malaysia di Dubai Beautyworld Middle East 2025
    • Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 
    • M&M’S® dan Crocs lancar koleksi edisi terhad, gabung fesyen & keceriaan penuh warna
    • Rohto-Mentholatum sambut ulang tahun ke-30 di Malaysia dengan program CSR santuni warga emas
    • Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta
    • NESCAFÉ raikan semangat kental rakyat Malaysia dengan lagu “Kental Bersama” nyanyian Black Hanifah
    • Larrie perkenal koleksi SS26: Stail urban moden untuk pengembara kota 
    Saturday, November 1
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 tawar aksi permotoran & hiburan menggamatkan

      September 30, 2025

      DMS Berselawat jadi acara tahunan DMS MOTORS, himpunkan 500 peserta dalam suasana penuh barakah

      September 30, 2025

      Farid Kamil muncul artis pertama buka kedai motosikal elektrik (EV)

      September 13, 2025

      RingConn, cincin pintar ultra nipis pertama dunia dengan pemantauan apnea tidur kini di Malaysia

      August 18, 2025

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Kuala Lumpur tuan rumah dua persidangan belia IGN tahun depan

      November 7, 2024

      Anna Jobling menyinar di negara seberang, terima tiga tawaran filem selepas Lembayung

      September 18, 2024

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025

      Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

      September 19, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Pantai Hospital Ampang anjur Pink Oktober Tea Party, satukan komuniti sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara
    Featured

    Pantai Hospital Ampang anjur Pink Oktober Tea Party, satukan komuniti sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

    Team Editorial KLHypeBy Team Editorial KLHypeOctober 31, 2025Updated:October 31, 2025No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Kuala Lumpur, 31 Oktober 2025 — Dalam suasana yang penuh kasih dan keprihatinan, Pantai Hospital Ampang sekali lagi menyatukan komuniti melalui acara “Pink October Tea Party”, bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara. 

    Majlis yang penuh makna ini diraikan dengan tema harapan, kekuatan dan kesedaran, simbol perjuangan berterusan wanita melawan kanser payudara di seluruh negara.

    Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Ampang, Chong Soon Mei, yang menyampaikan mesej penuh inspirasi mengenai pentingnya peranan masyarakat dalam memperkukuh kesedaran dan sokongan terhadap pesakit kanser. 

    Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kesedaran sahaja tidak mencukupi, ia harus diterjemahkan kepada tindakan, belas kasihan dan kerjasama komuniti. 

    Beliau turut menyeru agar setiap individu menjaga diri melalui pemeriksaan berkala, saling menyokong antara satu sama lain dan memberi kembali kepada masyarakat melalui amalan kebaikan.

    Sepanjang bulan Oktober, Pantai Hospital Ampang melaksanakan pelbagai inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap pengesanan awal kanser payudara. 

    Antara program yang dijalankan termasuk Pink Tea Party, kempen derma rambut “Make the Kindness Cut”, serta promosi saringan kesihatan berterusan. 

    Pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa

    Menurut Chong, usaha ini bukan sekadar kempen tahunan, tetapi satu peringatan penting bahawa pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa dan memberi peluang kedua buat ramai wanita di luar sana.

    Salah satu momen paling bermakna dalam acara tersebut ialah sesi “Tea Talk: Beyond Awareness – Stories, Strength & Support” yang dikendalikan oleh penyanyi dan pengacara berbakat, Atilia Haron. 

    Sesi ini mempertemukan barisan panelis yang luar biasa antaranya Dr. Jolynn Low, Pakar Bedah Am Pantai Hospital Ampang; Salamiah Hassan, penyanyi dan pesakit kanser payudara yang telah pulih; serta dua ahli Pink Challengers Dragon Boat Club, Roslilawati Samsudin dan Molly Ang Foon Fang, bersama Tan Lay Hong dari jenama pakaian dalam wanita XIXILI.

    Setiap perkongsian menyentuh hati, memperlihatkan kekuatan luar biasa wanita yang pernah melalui rawatan, serta bagaimana sokongan komuniti memberi makna besar dalam perjalanan pemulihan mereka. 

    Atilia pula dengan penuh empati mengemudi perbincangan, menjadikannya ruang yang bukan sahaja menyentuh emosi tetapi turut membangkitkan semangat dan inspirasi kepada semua yang hadir.

    Kempen derma rambut 

    Kempen derma rambut “Make the Kindness Cut” turut menjadi sorotan apabila Christina Barlet, Ketua Bahagian Kecemerlangan Perkhidmatan IHH Healthcare Malaysia, tampil berani menyumbangkan rambutnya sebagai simbol kasih dan sokongan kepada pesakit kanser yang kehilangan rambut akibat rawatan. 

    Aksi beliau menjadi lambang nyata bagaimana kebaikan kecil mampu membawa kesan besar kepada orang lain.

    Selain perkongsian inspirasi, para tetamu turut menikmati pelbagai aktiviti yang berfokuskan kesejahteraan seperti sesi rawatan dan relaksasi, ceramah mengenai pemeriksaan sendiri payudara (BSE), serta bengkel minyak pati yang menenangkan. 

    Suasana majlis yang santai tetapi penuh emosi menjadikan acara ini bukan sekadar sambutan, tetapi pengalaman yang menyentuh jiwa.

    Dalam ucapan penutupnya, Chong mengingatkan bahawa perjuangan menentang kanser payudara tidak seharusnya terhenti pada bulan Oktober sahaja. 

    “Marilah kita jadikan hari ini sebagai peringatan untuk menjaga kesihatan, menyokong antara satu sama lain, dan menyebarkan kesedaran bukan hanya bulan ini, tetapi setiap hari. 

    “Bersama-sama, kita mampu membawa perubahan. Bersama-sama, inilah masa untuk warna merah jambu. Inilah masa untuk peduli,” katanya penuh semangat.

    Melalui acara seperti Pink October Tea Party, Pantai Hospital Ampang terus menegaskan komitmennya dalam memperkasa wanita, meningkatkan kesedaran awam, serta memperkukuh kekuatan komuniti dalam perjuangan melawan kanser payudara.Untuk maklumat lanjut mengenai kempen kesihatan dan aktiviti komuniti terkini, layari www.pantai.com.my/ampang.

    breast cancer awareness Featured Featured Slider hospital pantai ampang kesihatan pink october
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSugarbomb terus ‘mendunia’, harumkan nama Malaysia di Dubai Beautyworld Middle East 2025
    Team Editorial KLHype

    Related Posts

    Sugarbomb terus ‘mendunia’, harumkan nama Malaysia di Dubai Beautyworld Middle East 2025

    October 31, 2025

    Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 

    October 30, 2025

    Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

    October 29, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 202528K

    Don't Miss

    Pantai Hospital Ampang anjur Pink Oktober Tea Party, satukan komuniti sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

    By Team Editorial KLHypeOctober 31, 2025

    Kuala Lumpur, 31 Oktober 2025 — Dalam suasana yang penuh kasih dan keprihatinan, Pantai Hospital…

    Sugarbomb terus ‘mendunia’, harumkan nama Malaysia di Dubai Beautyworld Middle East 2025

    Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 

    M&M’S® dan Crocs lancar koleksi edisi terhad, gabung fesyen & keceriaan penuh warna

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Pantai Hospital Ampang anjur Pink Oktober Tea Party, satukan komuniti sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

    October 31, 2025513

    Sugarbomb terus ‘mendunia’, harumkan nama Malaysia di Dubai Beautyworld Middle East 2025

    October 31, 20253K

    Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 

    October 30, 20253K

    M&M’S® dan Crocs lancar koleksi edisi terhad, gabung fesyen & keceriaan penuh warna

    October 30, 20253K

    Rohto-Mentholatum sambut ulang tahun ke-30 di Malaysia dengan program CSR santuni warga emas

    October 29, 20254K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    February 24, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Pantai Hospital Ampang anjur Pink Oktober Tea Party, satukan komuniti sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

    October 31, 2025

    Sugarbomb terus ‘mendunia’, harumkan nama Malaysia di Dubai Beautyworld Middle East 2025

    October 31, 2025

    Buang darah kotor, rawatan Al Fashdu boleh bawa padah? Ini penjelasan Dr Afif 

    October 30, 2025

    M&M’S® dan Crocs lancar koleksi edisi terhad, gabung fesyen & keceriaan penuh warna

    October 30, 2025
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.