Menjelang ketibaan Tahun Baru Cina 2026, Pavilion Damansara Heights (PDH) kini berubah wajah menjadi taman seni yang mempesona melalui kempen perayaan ‘Prosperity in Bloom’. Bermula sekarang sehingga 26 Februari 2026, destinasi gaya hidup premium ini menawarkan gabungan unik antara tradisi warisan dan ekspresi kontemporari.
Ikon utama yang mencuri tumpuan ialah arca Blooming Horse setinggi 13 kaki yang berdiri megah di Centre Court, Aras 2. Arca ini bukan sekadar hiasan; ia adalah simbol kemajuan, kebebasan, dan kebahagiaan yang menjadi aspirasi utama PDH untuk para pengunjungnya tahun ini.

Seni bertemu tradisi
Tahun ini, Pavilion Damansara Heights benar-benar ‘all-out’ dengan pengisian budaya yang tinggi nilainya:
- Pameran HLA Horse Story & Collection: Diilhamkan daripada Hailan Horse Culture Museum, pameran ini membawa pengunjung menyusuri sejarah budaya ekuestrian Cina yang digabungkan dengan elemen fesyen moden.
- Kolaborasi Artis Jaee Tee: Artis kontemporari terkenal Malaysia, Jaee Tee, mempamerkan karya eksklusif yang menyatukan pelbagai generasi dan etnik melalui alunan warna yang harmoni.
- Seni Kaligrafi ‘Unity in Ink’: Pada 8 Februari, saksikan keunikan kaligrafer daripada pelbagai latar belakang etnik berkarya bersama dalam satu pentas—melambangkan semangat keterangkuman Malaysia.
- Demonstrasi Gula-gula Dragon Beard: Lihat sendiri bagaimana bahan asas ditukar menjadi helaian halus seperti sutera oleh pakar manisan tradisional.
Kopi, orkid, dan bazar perayaan

Bagi anda yang mencari suasana santai, jangan lepaskan peluang ke Pop-up Sanyi Orchid & Olivia Café. Bayangkan menikmati kopi artisan dan pastri segar di tengah-tengah keindahan orkid Phalaenopsis. Anda juga boleh membeli orkid ini sebagai hadiah atau hiasan rumah.
Untuk persiapan raya, dua lokasi utama menanti anda:
- Bazar Tahun Baru Cina (The Atrium, Aras 2): 30 Jan – 15 Feb.
- Pasar Jalan-Jalan ‘Huat’ (High Five Street, Aras 5): Berlangsung hingga 22 Feb.
“Tahun Baru Cina adalah saat untuk melangkah ke hadapan dengan harapan. Menerusi Prosperity in Bloom, kami ingin menginspirasikan hubungan dan menyemarakkan kegembiraan menerusi seni dan budaya,” ujar Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion Malls.
Ganjaran eksklusif & peluang ke China


Membeli-belah di PDH bukan sahaja memuaskan hati, malah berbaloi dengan pelbagai penebusan menarik:
- Belanja RM168: Tebus Pek Angpau Eksklusif rekaan Jaee Tee.
- Belanja RM200: Terima Baucar RM20 & Pek Angpau.
- Istimewa Maybank: Pengguna kad Maybank boleh menebus botol Montigo Ace (14oz) dengan perbelanjaan minimum RM688.
- Top Spenders Reward: Berpeluang memenangi Jelajah Budaya ke Jiangsu, China bernilai RM10,000 termasuk lawatan ke muzium kuda yang ikonik!
Tip parkir
Jangan lupa, PDH menawarkan parkir percuma pada setiap Sabtu, Ahad, dan cuti umum (terhad kepada 100 kenderaan terawal sehari). Manakala pemegang kad premium Maybank terpilih boleh menikmati Parkir Valet PERCUMA untuk 3 jam pertama.
Ayuh raikan kemeriahan Tahun Kuda dengan penuh gaya dan makna hanya di Pavilion Damansara Heights. Untuk jadual penuh persembahan tarian singa dan aktiviti kebudayaan, layari www.pavilion-dh.com.


