Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Vibe Merdeka Cara Moden! Lagu ‘Kita Warga Malaysia’ & Aplikasi VYBE Jadi Simbol Perpaduan Generasi Digital

    September 2, 2026

    Anggrek Terima Tajaan Pendidikan GenFLY, Mahu Seimbangkan Pelajaran Dan Kerjaya Seni

    September 1, 2026

    Fesyen Bertemu Teknologi: 2AM Lancar Kedai Pertama Di Malaysia, Mentakrif Semula Masa Depan Kasut 3D 

    September 1, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Vibe Merdeka Cara Moden! Lagu ‘Kita Warga Malaysia’ & Aplikasi VYBE Jadi Simbol Perpaduan Generasi Digital
    • Anggrek Terima Tajaan Pendidikan GenFLY, Mahu Seimbangkan Pelajaran Dan Kerjaya Seni
    • Fesyen Bertemu Teknologi: 2AM Lancar Kedai Pertama Di Malaysia, Mentakrif Semula Masa Depan Kasut 3D 
    • Kereta berhias ‘PERKESO LINDUNG Semua’ Angkat Perjalanan Rakyat Daripada Musibah dan Rehabilitasi Hingga Kembali Berdikari
    • IHH Healthcare Malaysia dan UiTM Angkat Suara Anak Muda Sempena Sambutan Merdeka
    • R Pharmacy Rasmi Cawangan Ke-28 di Sunway Velocity Mall, Sasar Buka 50 Cawangan Menjelang 2029
    • cirKLe. makan²: Merdeka Semester 2026 Menyatukan Malaysia Melalui Makanan, Budaya dan Komuniti
    • MYguardian Rewards Capai 7.5 Juta Ahli, guardian Malaysia Pecah Rekod MBOR
    Sunday, September 6
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      cirKLe. makan²: Merdeka Semester 2026 Menyatukan Malaysia Melalui Makanan, Budaya dan Komuniti

      August 29, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Menyokong Perjalanan Penyusuan Ibu: Toshiba Lifestyle Malaysia Lancar Inisiatif Empowering Every Mother’s Journey

      August 25, 2026

      What to Read After Watching The Odyssey: Kobo’s Reading Guide for Myth-Lovers, Movie Fans, and Epic Adventure Seekers

      August 7, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Perkampungan Tauheed 2.0 sasar kutipan dana RM300,000 bantu asnaf, taja umrah untuk mualaf dalam Kembara Haramain 
    Featured

    Perkampungan Tauheed 2.0 sasar kutipan dana RM300,000 bantu asnaf, taja umrah untuk mualaf dalam Kembara Haramain 

    Team KLHypeBy Team KLHypeJuly 5, 2025Updated:July 7, 2025No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Perkampungan Tauheed 2.0, sebuah inisiatif dakwah berimpak tinggi anjuran bersama Pertubuhan Musaadah Jaringan Insan (PEMUDAH), Rehlah Islahiyyah dan Masjid Kampung Jenjarom kembali tahun ini dengan matlamat lebih besar iaitu program Kembara Haramain yang akan menaja mualaf dan golongan asnaf menunaikan umrah.

    Pengerusi PEMUDAH, Hajah Hezla Hashim berkata, sasaran kutipan dana tahun ini meningkat kepada RM300,000, berbanding tahun lalu yang menyaksikan jumlah kutipan tidak mencapai jangkaan.

    “Secara jujur, kutipan tahun lalu agak mengecewakan. Tetapi tahun ini, dengan kerjasama strategik dan insentif pengecualian cukai, kami optimis untuk capai sasaran RM300,000 demi manfaat ramai.

    5 peserta istimewa terpilih untuk Kembara Haramain

    Untuk edisi tahun ini, program mensasarkan untuk menghantar 5 orang peserta terpilih ke tanah suci. Mereka dipilih melalui proses saringan ketat daripada 50 calon yang ditemu duga, dengan kos keseluruhan dianggarkan sekitar RM11,000 setiap peserta.

    “Kita bukan sekadar pilih siapa yang layak, tetapi benar-benar mencari mereka yang menunjukkan komitmen untuk berubah dan istiqamah.

    “Untuk peringkat permulaan kami akan memilih mualaf dan seterusnya golongan asnaf. Inilah semangat Kembara Haramain – bukan hanya sampai ke Makkah, tetapi kembali sebagai insan yang lebih dekat dengan Allah,” ujarnya.

    Fokus bina remaja & komuniti

    Perkampungan Tauheed 2.0 bukan sekadar program ibadah, tetapi platform pembangunan sahsiah yang memberi fokus kepada remaja, golongan miskin bandar dan komuniti yang jarang mendekati masjid.

    Aktiviti berteraskan tarbiah, kuliah, bengkel kerohanian, dan penglibatan masyarakat menjadikan program ini lebih menyeluruh. 

    Program ini turut menampilkan pengisian istimewa yang merangkumi Forum Perdana bersama Ustaz Dato’ Fauzi Mustafa, Ustaz Naim Saadon dan Da’ie Izzhar Nazri; Sembang Syabab oleh Ustaz Akhil Hayy dan Motivasi wanita bersama Fynn Jamal.

    Selain itu, terdapat persembahan khas dari artis seperti Mawi, Iwan Syahman, Dr. Sam, Faizal Ismail, Amir Pearl, Man Krabat dan Ustaz Akhil Hayy selain aktiviti seperti Qiamullail, Selawat, Sukan Sunnah, Explorace Anak Soleh dan jualan Halalan Toyyiban.

    Kemasukan percuma

    Menariknya, kemasukan adalah percuma sebagai usaha mendekatkan lebih ramai golongan marginal kepada kehidupan masjid.

    “Kami lihat ramai remaja datang ke masjid, tapi istiqamah itu cabarannya. Perkampungan ini ibarat peluang kedua untuk mereka kenal agama dalam suasana kasih sayang dan tidak menghukum,” tambahnya lagi.

    Selain itu katanya, pemilihan Masjid Kampung Jenjarom, Klang sebagai lokasi utama adalah sempena keluncuran 100 tahun Kampung Jenjarum selain dibuat atas faktor fasiliti yang lengkap dan komuniti aktif. 

    Penganjur yakin impak program ini bukan sahaja pada peserta, tetapi memberi kesan langsung kepada masyarakat setempat dan negara.

    Perkampungan Tauheed 2.0 membawa misi besar – mengumpul dana pendidikan dan dakwah, menyokong Rumah Warga Emas Seri Kenangan Cheras, serta membantu pembangunan Masjid Al-Falah Jenjarom.

    Ia juga menjadi medan memperkukuh hubungan antara agensi, NGO dan masyarakat melalui pendekatan bersepadu yang menyentuh aspek kerohanian, intelektual dan sosial.

    Program tiga hari ini menghimpunkan lebih 10,000 peserta dari seluruh negara merangkumi pelbagai lapisan masyarakat – termasuk belia, pelajar, peminat permotoran, komuniti setempat, serta golongan rentan seperti remaja juvana dan klien pemulihan dadah.

    Peluang menyumbang dan rebut ganjaran

    Orang ramai diseru untuk menyokong Program Penajaan Kembara Haramain melalui sumbangan wakaf dan zakat, yang kini turut menikmati pengecualian cukai.

    Penyumbang yang ingin mendapatkan resit pengecualian cukai boleh menghubungi pihak penganjur terus.

    “Kami akan bantu lengkapkan dokumen untuk tujuan pelepasan cukai. Setiap sen anda bantu, insya-Allah jadi saham akhirat yang berpanjangan,” ujar wakil penganjur penuh harapan.

    Untuk menyumbang boleh hubungi talian:

    📞 Hotline PEMUDAH: 012-757 7422
    📧 Emel: pemudah7577@gmail.com
    🕌 Lokasi: Masjid Al-Falah, Jenjarom, Klang

    “Tauhid Asas Kehidupan – Dakwah Tanggungjawab Bersama”

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleWatsons Beautopia 2025 kembali sebagai ekspo kecantikan dan kesihatan terbesar di Malaysia
    Next Article Cabaran Pastri Anchor 2025 pilih bakat baru pastri Malaysia
    Team KLHype

    Related Posts

    Vibe Merdeka Cara Moden! Lagu ‘Kita Warga Malaysia’ & Aplikasi VYBE Jadi Simbol Perpaduan Generasi Digital

    September 2, 2026

    Anggrek Terima Tajaan Pendidikan GenFLY, Mahu Seimbangkan Pelajaran Dan Kerjaya Seni

    September 1, 2026

    Fesyen Bertemu Teknologi: 2AM Lancar Kedai Pertama Di Malaysia, Mentakrif Semula Masa Depan Kasut 3D 

    September 1, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Vibe Merdeka Cara Moden! Lagu ‘Kita Warga Malaysia’ & Aplikasi VYBE Jadi Simbol Perpaduan Generasi Digital

    By Team KLHypeSeptember 2, 2026

    Sejak laungan “Merdeka” berkumandang pada 31 Ogos 1957, tanah air tercinta ini terus melangkah ke…

    Anggrek Terima Tajaan Pendidikan GenFLY, Mahu Seimbangkan Pelajaran Dan Kerjaya Seni

    Fesyen Bertemu Teknologi: 2AM Lancar Kedai Pertama Di Malaysia, Mentakrif Semula Masa Depan Kasut 3D 

    Kereta berhias ‘PERKESO LINDUNG Semua’ Angkat Perjalanan Rakyat Daripada Musibah dan Rehabilitasi Hingga Kembali Berdikari

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Vibe Merdeka Cara Moden! Lagu ‘Kita Warga Malaysia’ & Aplikasi VYBE Jadi Simbol Perpaduan Generasi Digital

    September 2, 20262K

    Anggrek Terima Tajaan Pendidikan GenFLY, Mahu Seimbangkan Pelajaran Dan Kerjaya Seni

    September 1, 20266K

    Fesyen Bertemu Teknologi: 2AM Lancar Kedai Pertama Di Malaysia, Mentakrif Semula Masa Depan Kasut 3D 

    September 1, 20266K

    Kereta berhias ‘PERKESO LINDUNG Semua’ Angkat Perjalanan Rakyat Daripada Musibah dan Rehabilitasi Hingga Kembali Berdikari

    August 31, 20262K

    IHH Healthcare Malaysia dan UiTM Angkat Suara Anak Muda Sempena Sambutan Merdeka

    August 31, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Vibe Merdeka Cara Moden! Lagu ‘Kita Warga Malaysia’ & Aplikasi VYBE Jadi Simbol Perpaduan Generasi Digital

    September 2, 2026

    Anggrek Terima Tajaan Pendidikan GenFLY, Mahu Seimbangkan Pelajaran Dan Kerjaya Seni

    September 1, 2026

    Fesyen Bertemu Teknologi: 2AM Lancar Kedai Pertama Di Malaysia, Mentakrif Semula Masa Depan Kasut 3D 

    September 1, 2026

    Kereta berhias ‘PERKESO LINDUNG Semua’ Angkat Perjalanan Rakyat Daripada Musibah dan Rehabilitasi Hingga Kembali Berdikari

    August 31, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.