Hampir sepuluh tahun mengukuhkan naratif sebagai teman setia wanita moden yang berkeyakinan tinggi, PETRA melangkah masuk ke tahun 2026 dengan satu penghormatan tinggi terhadap warisan Nusantara.
Menyingkap tabir koleksi Lebaran 2026 mereka baru-baru ini, PETRA tidak pernah gagal memperkukuh naratifnya. Tahun ini, jenama yang sinonim dengan imej wanita moden yang tenang dan matang ini memilih untuk kembali ke akar umbi, menghormati warisan Nusantara namun ditafsir semula melalui kanta kontemporari yang cukup berani tetapi tetap bersahaja.
Kolaborasi Dua Dunia
Apa yang menarik perhatian, pelancaran tahun ini bukan sekadar tentang kain dan benang. PETRA menyatukan dua dunia yang diraikan fesyen dan hospitaliti mewah menerusi kolaborasi eksklusif bersama hotel ikonik, Hilton Petaling Jaya.


Lobi hotel yang sering menjadi saksi pertemuan ribuan wajah ini kini diperkaya dengan pengenalan Lobby Event Space (LES). Ruang hibrid yang serba versatil ini menjadi saksi betapa estetika fesyen mampu bersatu secara harmoni dengan fungsi ruang yang sofistikated.
Di sinilah, dalam suasana yang intim, kehalusan rekaan PETRA diraikan dengan penuh makna.
Selusuri budaya Nusantara
Menyentuh soal rekaan, PETRA Lebaran 2026 adalah sebuah penghormatan buat siluet klasik Baju Kurung. Namun, ia diberikan ‘nyawa’ baharu menerusi potongan moden yang kemas, pemilihan fabrik mewah yang jatuh terletak, serta permainan cetakan yang dikurasi dengan penuh ketelitian.

Tahun ini, PETRA menyelusuri kekayaan budaya Nusantara sebagai sumber inspirasi utama. Siluet kebaya diangkat sebagai teras koleksi, diperhebat dengan ritma cetakan ikat dan motif flora yang romantis. Ia terasa akrab di mata, namun segar dalam jiwa—menonjolkan sisi lembut wanita tanpa meminggirkan identiti serantau yang murni.




Bagi PETRA, koleksi kali ini bukan sekadar persalinan untuk Aidilfitri. Ia adalah sebuah pusaka budaya yang menyantuni kepelbagaian saiz dan personaliti wanita moden yang ingin melangkah yakin sambil menjunjung jati diri.
Lengkap Seisi Keluarga
Bukan sekadar untuk si ibu, koleksi ini tampil lengkap dengan 28 rekaan eksklusif yang turut merangkumi PETRA Petite untuk si cilik serta Baju Melayu Teluk Belanga buat lelaki budiman.

Pendek kata, ia adalah seleksi sempurna untuk seisi keluarga tampil sedondon dalam nuansa yang anggun.
Hadir dengan tanda harga bermula RM299 hingga RM795, Koleksi PETRA Lebaran 2026 kini menanti peminatnya secara dalam talian di www.petrartw.com, selain boleh didapati di PETRA Store, Seksyen 7 Shah Alam dan Isetan KLCC.


