Rohto-Mentholatum (Malaysia) Sdn. Bhd. (Rohto-Mentholatum) yang sedang menyambut ulangtahun ke-30 bukan sahaja dengan penuh kesyukuran, tetapi juga dengan langkah yang menyentuh hati untuk diberikan semula kepada masyarakat.
Dalam satu inisiatif khas bagi mendekati masyarakat, syarikat ini telah membawa ikon lamanya yang tersohor – “Little Nurse” ke alam nyata melalui kempen bermakna bagi menyebarkan kasih sayang dan kegembiraan kepada warga emas.
Dikenali melalui jenama-jenama dipercayai seperti Hada Labo, Sunplay, Selsun, Mentholatum Acnes dan Mentholatum LipCare, Rohto-Mentholatum telah menjadi nama yang dikenali di setiap rumah dalam penjagaan kulit dan penjagaan diri bagi rakyat Malaysia sejak tahun 1995.
Namun, apa yang mungkin tidak diketahui ramai ialah di sebalik setiap produk, terdapat simbol penuh belas ehsan: Little Nurse, yang ditampilkan dalam logo korporat syarikat.
“Dia adalah nadi di sebalik jenama kami. Sempena meraikan pencapaian ini, kami menggerakkan nilai-nilainya melalui tindakan membuktikan bahawa tindakan kecil yang berasaskan keprihatinan mampu menceriakan hari seseorang,” kata Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn. Bhd.
Berjaya kumpul RM40,000
Untuk menghidupkan semangat keprihatinan ini, Rohto-Mentholatum telah bekerjasama dengan Watson Malaysia untuk melancarkan inisiatif amal istimewa ini.
Bagi setiap 1 unit yang terjual bagi produk terpilih daripada Hada Labo, Sunplay, Mentholatum Acnes, Mentholatum LipCare, dan Selsun sepanjang bulan Ogos 2025, RM0.10 akan didermakan bagi menyokong kempen ini.

Terima kasih ke atas sokongan pengguna di Malaysia, inisiatif ini berjaya mengumpul RM40,000, yang digunakan untuk membiayai sumbangan dan aktiviti bagi rumah penjagaan warga emas.
Sebagai sebahagian daripada program komuniti, syarikat telah menganjurkan sesi interaktif yang penuh keriangan dan menyerahkan bekalan penting kepada empat rumah penjagaan warga emas di Lembah Klang iaitu Pusat Jagaan Al-Fikrah, Rumah Orang-Orang Tua Seri Setia & Sungai Way, Persatuan Warga Emas Klang, dan Chester Home.
Disertai oleh kakitangan Rohto-Mentholatum, kempen ini bertujuan untuk menghidupkan semula kegembiraan dan hubungan antara generasi — menyampaikan detik-detik penuh keikhlasan melalui pelbagai aktiviti.
“Kami rasa amat tersentuh hati apabila melihat senyuman terukir di wajah mereka. Bagi kebanyakan kakitangan kami, ia menjadi peringatan bahawa keprihatinan bukan sahaja sesuatu yang kami masukkan ke dalam produk — tetapi juga sesuatu yang boleh kami berikan melalui masa dan kasih sayang kami,” tambah Lim.
Sebagai langkah hadapan, kempen ini mencerminkam misi seterus Rohto-Mentholatum: Untuk mengambil berat melebihi produk. Untuk mengambil berat tentang insan. Untuk mengambil berat tentang masa depan.


