Suu Balm kini melancarkan Suu Balm Scalp and Hair Conditioner, melengkapkan rutin penjagaan rambut bagi mereka yang mempunyai kulit kepala sensitif, kering, dan gatal.
Jenama penjagaan kulit kepala yang diformulasi oleh pakar dermatologi dan diiktiraf dengan pelbagai anugerah, kini meluaskan rangkaian Suu Balm Scalp Care di Malaysia dengan pelancaran terbaharu itu. Rangkaian ini turut merangkumi Syampu Anti-Kelemumur dan Semburan Rapid Itch Relief untuk penjagaan kulit kepala yang lengkap.
Sejak pelancaran rangkaian penjagaan kulit kepalanya, Suu Balm telah membantu ribuan pengguna mengatasi masalah kulit kepala kering, gatal dan sensitif menerusi gabungan syampu dan semburan yang dirumus khas.

Diformulasikan oleh pakar dermatologi untuk menangani punca ketidakselesaan kulit kepala, rangkaian ini terbukti secara klinikal mampu mengurangkan kelemumur dalam tempoh hanya tiga hari.
Kenapa perapi ini berbeza?
Kebanyakan perapi rambut biasa tidak digalakkan terkena kulit kepala, tetapi formula inovatif Suu Balm ini selamat digunakan terus pada kulit kepala.
- Hidrasi Intensif: Mengandungi 6x agen berkhasiat untuk kelembapan dari akar hingga hujung rambut.
- Terbukti Secara Klinikal: 93% pengguna bersetuju ia menenangkan kulit kepala gatal, manakala 97% mendapati kulit kepala lebih lembap.
- Bebas Bahan Kimia Kasar: Tanpa silikon, sulfat, paraben, minyak pati, dan pewangi.
- Mesra Alam & Halal: Botol diperbuat daripada plastik kitar semula dan semua produk mendapat pensijilan Halal JAKIM.
Rutin lengkap 3-langkah Suu Balm Scalp Care

Diformulasikan oleh pakar dermatologi, rangkaian ini terbukti secara klinikal mampu mengurangkan kelemumur dalam masa 3 hari sahaja:
- Bersih: Syampu Anti-Kelemumur Suu Balm.
- Lembap: Perapi Rambut dan Kulit Kepala Suu Balm (Baharu!).
- Lega: Semburan Kulit Kepala Rapid Itch Relief (untuk kelegaan segera bila-bila masa).
Harga & ketersediaan
Rangkaian ini kini boleh didapati di Caring Pharmacy serta stor rasmi dalam talian di Shopee, Lazada, dan TikTok:
- Perapi Baharu (250ml): RM84.90
- Syampu Anti-Kelemumur: Bermula RM77.15
- Semburan Rapid Itch Relief: Bermula RM59.30


