KUALA LUMPUR 10 Februari 2026 – Jualan terkumpul kumpulan pementoran eksklusif perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di bawah Richworks Consulting Group Sdn Bhd (RCG), The Titan dan Titan Circle Plus++ (TCP++) mencatatkan RM3.3 billion pada 2025 dengan peningkatan 14 peratus daripada RM2.9 billion pada tahun sebelumnya.
Kumpulan tersebut yang terdiri daripada usahawan yang dibimbing secara dekat bersama Mentor Usahawan Jutawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berada pada tahap perkembangan dengan jualan melebihi RM1 juta setahun.
Titan’s Inner Circle Meeting (ICM) – Titan Business Leadership Award 2026 diadakan untuk mengiktiraf hasil usaha dan pencapaian mereka di samping menjadi platform kepimpinan nasional eksklusif yang menghimpunkan usahawan-usahawan berprestasi tinggi di bawah ekosistem bimbingan kami dari seluruh negara termasuk negara jiran, Singapura.
Penyampaian anugerah tersebut mengiktiraf pencapaian 161 perniagaan melibatkan 198 penerima anugerah, merangkumi pelbagai kategori berdasarkan prestasi kewangan, pertumbuhan perniagaan dan tempoh penyertaan dalam bimbingan.

Dr. Azizan merangkap Pengasas dan Presiden RCG serta Pengerusi Richworks Group Holdings Berhad (RGHB) berkata, peningkatan yang disaksikan berlaku apabila usahawan itu sendiri komited dan melakukan tindakan yang tepat.
“Program Titan’s ICM diwujudkan sebagai ruang pembelajaran dan refleksi untuk usahawan yang kami pantau secara dekat.
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
“Selain mengiktiraf prestasi dan kejayaan mereka, saya juga dedahkan dengan ilmu kepimpinan, hala tuju strategik dan pendekatan praktikal yang relevan dan kehadapan dengan cabaran sebenar perniagaan hari ini bahkan akan datang.
“Dalam masa yang sama, kami percaya kejayaan tidak dibina oleh usahawan sahaja. Di belakang setiap pertumbuhan yang konsisten, ada pasukan yang memainkan peranan penting untuk memastikan visi dan misi perniagaan dapat dilaksanakan,” jelasnya.
Ekosistem ‘SME 360’ diperkemas, bantu lebih ramai usahawan
Beliau menegaskan bahawa pengiktirafan kali ini diperluaskan bukan hanya kepada pemilik perniagaan, tetapi juga kepada pasukan yang menjadi tulang belakang kepada kelangsungan dan pertumbuhan organisasi.
“Bila kita bercakap tentang pertumbuhan mampan, ia mesti melibatkan manusia, sistem dan kepimpinan yang bergerak seiring. Itulah asas yang kami tekankan dalam ekosistem bimbingan RichWorks.
“RichWorks melalui ekosistem ‘SME 360’ yang telah diperkemaskan melalui penstrukturan syarikat tahun lalu, kami yakin dan percaya dapat membantu lebih ramai usahawan tidak kira pada tahap permulaan, pertengahan ataupun sudah pada tahap perkembangan ke nilai jualan bukan hanya RM1 juta bahkan lebih RM10 juta dan RM100 juta setahun,” ujarnya.
Platform eksklusif bina jaringan perniagaan
Program Titan’s ICM ini dianjurkan tiga kali setahun sebagai platform eksklusif, mempertemukan pemilik-pemilik perniagaan daripada pelbagai industri bagi membina jaringan hubungan dan kerjasama, di samping memfokuskan kepada pembelajaran mendalam, perkongsian strategi serta pembentukan perspektif kepimpinan jangka panjang.

Program ini juga terbukti membantu pemacu kepada perniagaan membuat keputusan lebih jelas, membina organisasi yang lebih tersusun dan memperkukuh daya saing perniagaan.
Majlis Titan Business Leadership Award 2026 pula mengiktiraf pelbagai kategori yang menyaksikan perkembangan sekurang-kurangnya 3 peratus dan ke atas dan jualan perniagaan melebihi RM10 juta hingga RM800 juta setahun dan bagi anugerah tertinggi The Titan Grandeur Award, seramai lapan usahawan terpilih atas kepimpinan strategik, pertumbuhan konsisten dan impak ekonomi berskala besar.
Bukan itu sahaja, kategori anugerah khas, Astro Inspirasi SeeNI Award juga disampaikan kepada usahawan-usahawan yang telah menggunakan ekosistem penyiaran Astro yang mana menyokong pertumbuhan perniagaan dari segi penjenamaan agar lebih dikenali, membina kepercayaan dan memberi impak secara langsung dan tidak langsung kepada jualan.


Ini semua merupakan rentetan daripada hasil kolaborasi RichWorks bersama Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) secara rasmi sejak 25 April tahun lalu, di mana pelbagai program telah dan sedang dijalankan bagi menyokong lagi pertumbuhan usahawan-usahawan PMKS di negara ini.
Tiga ‘Titan’ bakal disenarai IPO
Dalam pada itu, Dr Azizan berkata, sebanyak tiga buah syarikat tempatan kini sedang melalui fasa audit yang rapi dan dijangka bakal menjadi kumpulan ‘Titan’ terawal disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang tahun depan.
“Usaha ini dilihat sebagai satu langkah penting memandangkan jumlah syarikat milik Bumiputera yang tersenarai di bursa saham masih berada pada tahap yang sangat rendah.
“Misi utama penyenaraian ketiga-tiga syarikat ini adalah untuk dijadikan sumber inspirasi dalam melahirkan sekurang-kurangnya 10 usahawan lagi yang mampu mencapai kriteria penyenaraian di Bursa Malaysia pada masa hadapan.
Beliau menambah, langkah strategik ini juga bertujuan untuk memberi galakan kepada lebih ramai usahawan Bumiputera supaya mula merancang pengembangan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Katanya, selain sasaran di pasaran tempatan, tumpuan turut diberikan untuk mengembangkan operasi perniagaan ke peringkat serantau termasuk pasaran ASEAN dan Timur Tengah.
“Dua daripada syarikat yang telah dikenal pasti sedang dalam urusan bersama pihak bank pelaburan ialah PTTI Group dan The Raw.
“Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh ekosistem usahawan Bumiputera di dalam pasaran modal negara serta membawa jenama tempatan ke peringkat antarabangsa,” katanya.
Bimbing lebih 2 juta usahawan
Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, RichWorks membimbing lebih 2 juta peserta terutama usahawan PMKS merentasi pelbagai industri melalui pendekatan bimbingan berstruktur dan berfokus kepada pelaksanaan sebenar.
Komitmen ini selari dengan aspirasi nasional untuk memperkukuh ekosistem PMKS yang inklusif, berdaya tahan dan berimpak tinggi kepada ekonomi negara.
Sebagai peneraju kepada industri latihan dan bimbingan usahawan PMKS di negara, RichWorks komited untuk terus memberi sokongan kepada pertumbuhan PMKS yang memainkan peranan penting dengan penciptaan pekerjaan, inovasi dan menyumbang kembali kepada masyarakat bahkan negara.
Untuk maklumat lanjut bagi sokongan perniagaan PMKS, boleh hubungi talian 016-2956450 atau layari potensibisnes.rcg.my.


