Jenama tudung tempatan, Varisha, terus mencipta nama di persada fesyen tanah air dengan pelancaran koleksi eksklusif mereka, Raya Series.
Koleksi ini bukan sekadar simbol gaya, tetapi juga inovasi baharu dalam dunia fabrik menerusi pengenalan material unggul, Ultra Comfort Cotton Voile, yang direka khas menggunakan teknologi terkini, 60s Compact-Siro Spun.
Fabrik istimewa ini menjanjikan pengalaman pemakaian yang luar biasa, dengan ciri-ciri unik seperti kelembutan maksimum, ketahanan tinggi, dan reka bentuk elegan.
Menariknya, material ini juga memastikan tudung mudah dibentuk, ringan, anti kedut, beralun indah, dan tidak memerlukan seterika – penyelesaian sempurna untuk wanita moden yang sentiasa sibuk tetapi ingin tampil menawan.
Materialnya bukan sahaja mencerminkan gaya dan keanggunan, tetapi juga membuatkan tudung mudah dibentuk, ringan, beralun, anti kedut, dan tidak memerlukan seterika.
Koleksi ini memberikan keselesaan maksimum kepada setiap pemakainya sambil memastikan penampilan sentiasa menawan.
Menurut Pengurus Perniagaan Varisha Collection, Marisha Paudzai berkata, koleksi Raya Series ini direka bagi memenuhi keperluan wanita pelbagai lapisan masyarakat.
“Dengan slogan ‘Varisha for EVERYONE, EVERYDAY’, kami komited untuk terus menghasilkan produk berkualiti tinggi yang bukan sahaja melambangkan keyakinan tetapi juga kebebasan wanita untuk bergaya dalam apa jua situasi,” katanya.
Tampil bergaya pada Aidilfitri
Pelancaran koleksi tersebut berlangsung selama empat hari bermula 9 hingga 12 Januari 2025 di Central i-City, Shah Alam.
Koleksi ini mengukuhkan lagi imej Varisha sebagai jenama yang memahami keperluan wanita masa kini – menyatukan keselesaan, keanggunan, dan praktikaliti dalam setiap helaian.
Jadi, bagi mereka yang ingin tampil yakin dan selesa sepanjang musim perayaan ini, Raya Series oleh Varisha pastinya pilihan yang tepat.
Baca Juga: Havoc Food Festival di Setapak ‘kecoh’, penganjur mohon maaf
Sementara itu, Varisha Collection turut meraikan pelantikan penyanyi dan pelakon terkenal, Amira Othman, sebagai duta selebriti rasmi Varisha, di samping pelancaran lagu terbaharu beliau yang berjudul “Bila Nak Kahwin”.
Lagu “Bila Nak Kahwin” keluaran Sony Music Malaysia dengan kerjasama kreatif bersama Emiera Othman Ventures, telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2025, manakala video muziknya akan mula ditayangkan pada 11 Januari 2025 jam 3 petang.
Lagu bergenre pop ini adalah hasil ciptaan dua komposer terkemuka, Iqie Hugh dan Omar K bersama Amira sendiri.
Amira lancar lagu “Bila Nak Kahwin”
Pada 11 Januari 2025, acara kemuncak akan berlangsung dari jam 2 petang hingga 4 petang, di mana Amira Othman membuat persembahan eksklusif termasuk menyanyikan lagu baharu beliau, “Bila Nak Kahwin”, bersama beberapa lagu popularnya seperti “Hati-Hati” dan “Jaga-Jaga”.
Peminat turut berpeluang bertemu Amira secara langsung melalui kempen khas “Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman” yang telah menarik kehadiran ramai pengunjung.
Bagi memastikan pelancaran koleksi ini berjaya, Varisha telah melaksanakan pelbagai usaha promosi awal seperti pelancaran kempen media sosial, kerjasama bersama influencers, kolaborasi dengan Key Opinion Leaders (KOLs), dan liputan media yang meluas.
Semua langkah ini dilakukan bagi memperkukuh imej Varisha sebagai jenama yang melambangkan keyakinan dan kebebasan wanita bergaya setiap hari.