Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 2026

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines
    • Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan
    • Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus
    • Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’
    • Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM
    • Dianiaya Rakan Kongsi, Rayme Zainal Tidak Serik Jadi Penganjur Acara 
    • Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 
    • Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026
    Monday, September 14
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

      September 8, 2026

      ED Fest Kembali Lagi di Summit USJ: Lebih 100 Jenama Dan 500 Barangan Tawaran Hebat Menanti Anda!

      September 5, 2026

      cirKLe. makan²: Merdeka Semester 2026 Menyatukan Malaysia Melalui Makanan, Budaya dan Komuniti

      August 29, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » 4 dekad Berjaya Tioman Resort: legasi hospitaliti Malaysia di pulau tropika
    Featured

    4 dekad Berjaya Tioman Resort: legasi hospitaliti Malaysia di pulau tropika

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaJuly 28, 2025Updated:September 7, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Menjangkau usia 40 tahun, Berjaya Tioman Resort meraikan ulang tahun istimewa ini dengan penuh penghargaan terhadap sejarah, pencapaian dan komitmen berterusannya dalam memperkenalkan hospitaliti bertaraf dunia berasaskan nilai-nilai Malaysia.

    Sejak pembukaannya pada tahun 1985, resort ini menjadi mercu tanda pelancongan di Pulau Tioman, sebuah pulau tropika yang mempesonakan di pantai timur Semenanjung Malaysia. 

    Visi asal yang digagaskan oleh Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan adalah untuk membina sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia yang mampu menampilkan keramahan dan hospitaliti Malaysia kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

    “Ketika itu, kami mempunyai satu impian, untuk memperkenalkan hospitaliti Malaysia di sebuah lokasi yang belum pernah dikomersialkan pada tahap sebegitu,” ujar Penolong Pengurus Besar Unit Komunikasi dan Kelestarian Berjaya Land Berhad, Mohamed Syairoz Mohd. Odman.

    Berjaya Tioman Resort meraikan ulangtahun ke-40 tahun ini.

    “Tioman bukan sekadar tempat bercuti, ia kini adalah rumah kepada komuniti, pekerja dan tetamu kami selama berdekad-dekad,” katanya.

    Baru-baru ini, Berjaya Tioman Island Resort telah membawa sekumpulan wakil media dan pempengaruh ke pulau tersebut untuk merasai sendiri pengalaman eksklusif yang ditawarkan oleh resort sempena ulang tahun ke-40. 

    default

    Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan semula keindahan semula jadi Tioman serta fasiliti resort yang telah dipertingkatkan, termasuk unit penginapan yang dinaik taraf, pilihan makanan tempatan dan antarabangsa, serta pelbagai aktiviti laut seperti snorkeling, paddle boarding dan kayak.

    Penolong Pengurus Besar Unit Komunikasi dan Kelestarian Berjaya Land Berhad, Mohamed Syairoz Mohd. Odman.

    Sepanjang program selama tiga hari dua malam itu, para peserta dibawa menjelajah kawasan resort yang berkeluasan luas, menikmati keindahan pantai, serta diberi peluang berinteraksi dengan komuniti tempatan dan staf yang telah lama berkhidmat di resort. 

    Pengalaman tersebut bukan sahaja memperlihatkan daya tarikan destinasi ini sebagai pilihan pelancongan, malah menyerlahkan komitmen Berjaya Tioman dalam memelihara khazanah alam dan membina hubungan erat dengan komuniti setempat.

    Kemajuan berterusan & komitmen kualiti

    Sepanjang empat dekad ini, resort tersebut telah mengalami pelbagai fasa pembangunan. Bilik-bilik penginapan ditambah baik secara berkala, kemudahan makanan diperhebatkan, dan aktiviti air diperluas termasuk snorkeling, kayak dan pelayaran. 

    Hari ini, resort ini kekal sebagai yang terbesar di pulau ini, dengan pantai peribadi sepanjang hampir 3 kilometer, satu tarikan unik yang memberikan pengalaman tenang dan eksklusif kepada para tetamu.

    Fasa pembangunan terkini melibatkan pengubahsuaian unit-unit Garden Chalet dan pembinaan suite baharu yang dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun depan.  

    Proses pembangunan dilaksanakan secara berperingkat untuk mengekalkan keselesaan pengunjung tanpa menjejaskan operasi utama resort.

    Warisan tenaga kerja & komuniti

    Penolong Pengurus Besar Unit Komunikasi dan Kelestarian Berjaya Land Berhad, Mohamed Syairoz Mohd. Odman (kiri) bersama Pengurus Projek Berjaya Tioman Resort, Melvin Foong (tengah) dan Pengurus Sumber Manusia Berjaya Tioman Resort, Aeyshah.

    Apa yang menjadikan Berjaya Tioman benar-benar istimewa adalah hubungan kekeluargaan antara pekerja dan pengurusan. Ramai pekerja telah berkhidmat selama lebih satu dekad, malah terdapat yang mewarisi pekerjaan daripada ibu bapa mereka menjadikan resort ini sebagai warisan komuniti.

    “Ramai staf kami adalah anak jati Tioman atau telah menjadikan pulau ini sebagai rumah sejak sekian lama. Ini bukan hanya tempat kerja, tetapi satu keluarga besar yang berkembang bersama resort,” kata Pengurus Sumber Manusia Berjaya Tioman Resort, Aeyshah yang telah berkhidmat lebih 10 tahun.

    Resort ini juga aktif menyumbang kembali kepada komuniti. Antaranya termasuk menyediakan kemudahan kolam renang dan padang bola kepada sekolah-sekolah tempatan, menyokong program latihan dan aktiviti pelajar, serta membekalkan peralatan dan barangan keperluan kepada aktivis konservasi penyu dikendalikan penduduk tempatan, dikenali sebagai Abang Don.

    Ke arah kelestarian & pelancongan bertanggungjawab

    Sebagai sebahagian daripada Berjaya Hotels & Resorts, komitmen terhadap kelestarian menjadi teras utama resort ini. 

    Inisiatif mesra alam seperti pengurangan plastik, penggunaan bahan kitar semula, sistem penggunaan linen pintar, serta program pembersihan pantai secara berkala menjadi amalan konsisten. 

    Baru-baru ini, resort berjaya mengumpul lebih 3.5 tan sampah pantai semasa musim tengkujuh sekaligus menjadi bukti nyata keprihatinan terhadap alam sekitar.

    Tarikan global, tetamu setia

    Berjaya Tioman menerima purata 70% tetamu antarabangsa setiap tahun, terutamanya dari China, Eropah dan Singapura. 

    “Ramai antara mereka adalah pengunjung berulang memuji keunikan pantai yang tenang, pengalaman peribadi, serta layanan mesra yang mencerminkan nilai budaya Malaysia.

    “Di tempat lain, pantai dipenuhi pelancong. Di sini, anda boleh keluar dari bilik dan menikmati laut seakan milik peribadi,” ujar Pengurus Projek Berjaya Tioman Resort, Melvin Foong.

    Tambahnya, walaupun resort ditutup dari November hingga Februari setiap tahun semasa musim monsun, masa ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja naik taraf berskala besar.

    Aspirasi masa depan

    Sambutan 40 tahun ini bukan penutup, tetapi permulaan kepada era baharu yang lebih progresif. Berjaya Tioman Resort berhasrat untuk terus memainkan peranan utama dalam industri pelancongan lestari sambil mengekalkan warisan hospitaliti Malaysia.

    “Jika kita boleh kekal selama 40 tahun, tiada sebab kita tidak boleh terus maju untuk 40 tahun akan datang. Ini adalah komitmen kami, kepada pulau ini, kepada komuniti, dan kepada setiap tetamu yang melangkah masuk ke sini,” akhiri Mohamed Syairoz.

    Berjaya Tioman Resort Featured leisure lifestyle pulau tioman tourism
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article“Jalan Pulang: Tenang & Menang di Akhir Zaman” sasar jiwa muda
    Next Article Pavilion Bukit Jalil bawa kebudayaan Jepun ke Malaysia menerusi Festival Matsuri
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 2026

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    By Team KLHypeSeptember 12, 2026

    Bagi mengukuhkan lagi kehadiran Taiwan dalam pasaran pelancongan keluar (outbound) di Malaysia, Pentadbiran Pelancongan, Kementerian…

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 20266K

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 20265K

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 20265K

    Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’

    September 10, 20265K

    Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM

    September 10, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 2026

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 2026

    Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’

    September 10, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.