Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Eskayvie Capai Misi TTMM2, Gandakan Anugerah Inspirasi Kasih Kepada RM10,000, Perkukuh Kempen BoosterMinda

    June 23, 2026

    Rintangan Insulin Ancam Prestasi Golongan Profesional Berjaya di Malaysia

    June 22, 2026

    Bukan Sekadar Kejar ‘Like’, Dato’ Abd Rahman Soltan Mahu Pencipta Kandungan Muda Bina Legasi Jutawan Digital

    June 19, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Eskayvie Capai Misi TTMM2, Gandakan Anugerah Inspirasi Kasih Kepada RM10,000, Perkukuh Kempen BoosterMinda
    • Rintangan Insulin Ancam Prestasi Golongan Profesional Berjaya di Malaysia
    • Bukan Sekadar Kejar ‘Like’, Dato’ Abd Rahman Soltan Mahu Pencipta Kandungan Muda Bina Legasi Jutawan Digital
    • Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik
    • ‘Home in Malaysia’: Cetusan Inspirasi Rumah Terbuka Di Marriott Executive Apartments KL
    • Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari
    • DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan
    • ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress
    Wednesday, June 24
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

      June 11, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda

      May 26, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » UUM lancar misi ke Everest sempena sambutan ulang tahun empat dekad
    Featured

    UUM lancar misi ke Everest sempena sambutan ulang tahun empat dekad

    Shamz JohanBy Shamz JohanDecember 2, 2024Updated:December 2, 2024No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal mencatat sejarah tersendiri dengan melancarkan ekspedisi pendakian ke Everest Base Camp (EBC) sempena ulang tahunnya yang ke-40.

    Naib Canselor Prof Dato’ Dr. Fo’ad Sakdan berkata ekpedisi tersebut yang disertai oleh empat orang pelajar UUM akan bertolak ke Kathmandu, Nepal pada 14 Disember ini.

    “Kita pilih Gunung Everest yang merupakan gunung tertinggi di dunia sebagai simbolik dalam memperlihatkan keupayaan UUM.

    “Ia melambangkan aspirasi universiti ini untuk terus bergerak menjadi universiti terbaik di Malaysia pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Ekspedisi 4 Dekad UUM di Everest Base Camp di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

    Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin (tiga dari kiri) bersama Tunku Puan Mahkota Kedah, Che Puan Nur Julie Ariff (tiga dari kanan) dan barisan pendaki yang terdiri daripada pelajar Universiti Utara Malaysia iaitu Murfiqah Nurina Mohd Razali (kiri), Muhammad Aidil Muhammad (dua dari kiri), Ihsan Sabri Kamaruddin (dua dari kanan) dan Muhammad Syamim Mohd Hamdan (kanan) pada Majlis Pelancaran Ekspedisi 4 Dekad UUM di Everest Base Camp di Eiger Tropical Adventure, Ampang, Kuala Lumpur pada 1 Disember 2024.

    Majlis pelancaran berlangsung di Eiger Tropical Adventure, Ampang itu telah disempurnakan oleh Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin yang turut merupakan Pro-Canselor UUM.

    “Kumpulan tersebut akan mendokumentasikan pendakian mereka dalam bentuk kewartawanan peranti atau mobile journalism (MOJO)”.

    Prof Dato’ Dr. Fo’ad Sakdan

    Pelajar tersebut juga katanya akan merakam video bagi penghasilan kandungan kreatif realiti maya (VR) sebagai panduan digital bagi pendaki Everest di masa akan datang.

    Tambahnya, pendakian tersebut akan turut didokumentasikan dalam bentuk buku mewah (coffee table book) dan log kembara (travel log) berkaitan sukan pendakian.

    Pengembaraan 15 hari 14 malam ke Everest Base Camp

    Sementara itu, Ketua Ekspedisi Prof Madya Ts Dr Adzrool Idzwan Ismail berkata program tersebut adalah anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif & Seni Persembahan (SCIMPA), UUM dan pihaknya telah memilih empat pelajar teratas yang melepasi ujian saringan yang dijalankan bagi menubuhkan kumpulan pendaki.

    Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin (tiga dari kiri) bersama Tunku Puan Mahkota Kedah, Che Puan Nur Julie Ariff (tiga dari kanan). Turut serta Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Dr. Fo’ad Sakdan (lima dari kiri) dan Prof Madya Ts Dr Adzrool Idzwan Ismail (tiga dari kanan) serta barisan pendaki dan staf pengurusan pada Majlis Pelancaran Ekspedisi 4 Dekad UUM di Everest Base Camp di Eiger Tropical Adventure, Ampang, Kuala Lumpur pada 1 Disember 2024.

    “Sekarang ini kami telah bersedia hampir 85 peratus, baki lagi 15 peratus itu untuk logistik dan lain-lain.

    “(Persiapan) fizikal itu sebenarnya nombor dua, nombor satu itu adalah (persiapan) mental. Bagaimana untuk kita bersedia dengan (cabaran persekitaran), itu yang paling tinggilah,” katanya.

    Read More: Hijjaz, Rabbani kongsi pentas dalam Konsert Rahmati Melaka 13 &14 Disember ini

    Empat orang pelajar yang akan menempuh pendakian ke EBC ialah Ihsan Sabri Kamaruddin, Murfiqah Nurina Mohd Razali, Muhammad Syamim Mohd Hamdan dan Muhammad Aidil Muhammad.

    Manakala Dr Adzrool bersama dua lagi pegawai pengiring iaitu Amirudin Hashim (Ketua Jurulatih) dan Muhamad Fahmi Muhamad Zulkiflee (Penolong Jurulatih) akan menjadi pegawai pengiring dalam pengembaraan selama kira-kira 15 hari 14 malam.

    Kumpulan mereka akan menempuh Everest Base Camp Trek yang juga dikenali sebagai Everest Sanctuary Trek yang bermula di Lukia sebelum melalui Phakding, Namche Bazar, Tengboche, Dingboche, Lobuche dan Gorak Shep sebelum tiba ke EBC yang berada pada ketinggian kira-kira 5,364 meter atau 17,598 kaki dari aras laut.

    Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin mencuba peralatan Virtual Reality (VR) pada Majlis Pelancaran Ekspedisi 4 Dekad UUM di Everest Base Camp di Eiger Tropical Adventure, Ampang, Kuala Lumpur pada 1 Disember 2024.

    Latihan intensif sejak Ogos

    EBC terletak di bahagian selatan Gunung Everest atau Sagarmatha yang bermaksud ‘dahi langit’ dalam bahasa Nepal merupakan kem yang popular dikalangan pendaki.

    Laluan tersebut menyajikan pemandangan menakjubkan puncak Himalaya selain Everest iaitu puncak Ama Dablam, Lhotse, Nuptse, Pomori, Lingtren, Island Peak, Khumbutse dan beberapa puncak gunung lagi.

    Sementara itu, wakil pelajar, Muhammad Aidil berkata, dia dan rakan-rakan telah menjalani latihan intensif sejak Ogos lalu.

    Ujarnya, fokus latihan termasuklah latihan pendakian di Bukit Telipong dan Bukit Perangin di Kedah serta sesi bersama bekas pendaki negara Azim Afif Ishak yang juga berperanan sebagai penasihat program.

    “Selain rakaman video dan VR, kami juga akan membuat siaran langsung pendakian di sana untuk berkongsi pengalaman dan emosi serta segala yang berlaku ketika pendakian,” ujarnya.


    culture everest Everest Base Camp Featured leisure lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKonsert Rock Kapak 2 bawa Gamma, Gravity dan Rockapak
    Next Article D’jue Wellness anjur seminar kesedaran diabetes MYDJ, bantu pesakit jalani hidup sihat
    Shamz Johan

    Related Posts

    Eskayvie Capai Misi TTMM2, Gandakan Anugerah Inspirasi Kasih Kepada RM10,000, Perkukuh Kempen BoosterMinda

    June 23, 2026

    Rintangan Insulin Ancam Prestasi Golongan Profesional Berjaya di Malaysia

    June 22, 2026

    Bukan Sekadar Kejar ‘Like’, Dato’ Abd Rahman Soltan Mahu Pencipta Kandungan Muda Bina Legasi Jutawan Digital

    June 19, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Eskayvie Capai Misi TTMM2, Gandakan Anugerah Inspirasi Kasih Kepada RM10,000, Perkukuh Kempen BoosterMinda

    By Team KLHypeJune 23, 2026

    KUALA LUMPUR, 23 Jun 2026 – Selepas 10 minggu bersiaran, Talk To My Manager Musim 2…

    Rintangan Insulin Ancam Prestasi Golongan Profesional Berjaya di Malaysia

    Bukan Sekadar Kejar ‘Like’, Dato’ Abd Rahman Soltan Mahu Pencipta Kandungan Muda Bina Legasi Jutawan Digital

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Eskayvie Capai Misi TTMM2, Gandakan Anugerah Inspirasi Kasih Kepada RM10,000, Perkukuh Kempen BoosterMinda

    June 23, 20261K

    Rintangan Insulin Ancam Prestasi Golongan Profesional Berjaya di Malaysia

    June 22, 20262K

    Bukan Sekadar Kejar ‘Like’, Dato’ Abd Rahman Soltan Mahu Pencipta Kandungan Muda Bina Legasi Jutawan Digital

    June 19, 20264K

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 20265K

    ‘Home in Malaysia’: Cetusan Inspirasi Rumah Terbuka Di Marriott Executive Apartments KL

    June 15, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Eskayvie Capai Misi TTMM2, Gandakan Anugerah Inspirasi Kasih Kepada RM10,000, Perkukuh Kempen BoosterMinda

    June 23, 2026

    Rintangan Insulin Ancam Prestasi Golongan Profesional Berjaya di Malaysia

    June 22, 2026

    Bukan Sekadar Kejar ‘Like’, Dato’ Abd Rahman Soltan Mahu Pencipta Kandungan Muda Bina Legasi Jutawan Digital

    June 19, 2026

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.