Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 2026

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik
    • Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari
    • DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan
    • ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress
    • Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 
    • Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan
    • Jiwa & Raga Lerai Rindu Dua Dekad Peminat Yusry
    • Farm Fresh Sumbang Lebih 50 Ribu Kotak Susu Percuma Kepada Murid Prasekolah Sempena Hari Susu Sedunia 2026
    Monday, June 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

      June 11, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Carlo Rino Pilih Tracie Sinidol Jadi Duta, Sasar Pikat Generasi Muda

      May 26, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » DJ Sonic akui pernah alami anxiety & kemurungan selepas pemergian ayah
    Celebrities

    DJ Sonic akui pernah alami anxiety & kemurungan selepas pemergian ayah

    Team KLHypeBy Team KLHypeAugust 7, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Kuala Lumpur, 6 Ogos 2025 – Nama DJ Sonic mungkin sinonim dengan gelak tawa, muzik ceria dan suara yang sentiasa memeriahkan konti radio.

    Namun di sebalik perwatakan yang sering menghiburkan ramai, insan bernama Awang Suffian Awang Hussein ini pernah tenggelam dalam satu fasa hitam dalam hidup iaitu saat pemergian ayah tercinta, Awang Hussin Awang Jinal, pada 29 Februari tahun lalu.

    Arwah menghembuskan nafas terakhir akibat masalah dalaman perut, dan ketika itu DJ Sonic berada di Kuala Lumpur kerana terikat dengan urusan kerja selepas menjaga ayahnya selama seminggu di hospital.

    Pemergian ayah tercinta meninggalkan kesan mendalam buat DJ Sonic.

    Keadaan ayahnya ketika itu tampak stabil dan dibenarkan pulang ke rumah. Namun tidak lama selepas itu, DJ Sonic menerima panggilan daripada ibunya dan dimaklumkan bahawa ayah kembali dimasukkan ke hospital.

    Tanpa berlengah, beliau segera menempah penerbangan ke Kapit, Sarawak. Namun takdir mendahului segalanya. 

    Sebaik sahaja pesawat mendarat di Sibu pada pagi itu dan telefonbimbit diaktifkan, mesej demi mesej ucapan takziah mula membanjiri skrin.

    Hatinya luluh. Air mata mengalir tanpa henti dalam pesawat yang masih belum berhenti sepenuhnya. 

    Perjalanan hampir tiga jam dari Sibu ke Kapit seterusnya menjadi detik paling pilu dan sunyi tanpa bicara, hanya ditemani tangisan dan kenangan bersama arwah.

    “Waktu tu saya tak bercakap langsung dalam kereta. Saya cuma menangis. Tapi saya bersyukur kerana saya sempat sampai untuk mandikan jenazah ayah sendiri. Saya sempat peluk dia buat kali terakhir,” ujar DJ Sonic dalam nada yang masih sarat dengan emosi.

    Dua minggu selepas pemergian ayahnya, DJ Sonic mengambil keputusan untuk tidak bersiaran di radio.

    Menurutnya, dia tidak mampu memaksa diri untuk gembira ketika hati masih hancur.

    “On air perlukan emosi yang stabil. Kita kena gembirakan pendengar. Tapi masa tu, saya sendiri pun tak gembira. Saya masih menangis, saya masih rindu,” katanya.

    Kesedihan yang berlarutan tanpa diurus dengan baik akhirnya membawa kepada gangguan kesihatan. 

    Memasuki bulan Jun dan Julai 2024, DJ Sonic mula mengalami kemurungan dan anxiety yang serius. Berat badannya susut dengan ketara, dan beliau tidak mampu bekerja selama sebulan.

    Demi mencari ruang untuk sembuh, beliau pulang ke Kuching untuk dirawat dan dijaga oleh adiknya. Di sana, proses pemulihan perlahan-lahan bermula.

    Namun hanya selepas hampir setahun, DJ Sonic akhirnya berjaya membuka diri untuk benar-benar melepaskan apa yang terbuku.

    Ikuti sesi terapi, healing bersama Dr Healing

    Pada 3 Ogos lalu, beliau berpeluang mengikuti sesi terapi dan healing bersama Dr Hisham Dzakiria, seorang figura yang terkenal dalam bidang pembangunan emosi dan mental.

    Dalam sesi itu, DJ Sonic buat pertama kalinya meluahkan secara terbuka mengenai kehilangan ayahnya.

    Beliau tidak mampu menahan air mata sepanjang lebih satu jam sesi berlangsung. Bukan sekadar kerinduan, tetapi juga rasa bersalah kerana tidak sempat meluangkan lebih banyak masa bersama arwah semasa hayatnya.

    “Saya terlalu sibuk dengan kerja. Saya jarang telefon, jarang bertanya khabar. Bila dah tak ada, baru saya rasa betapa besarnya kehilangan tu,” katanya.

    Dr Hisham dalam sesi tersebut membantu DJ Sonic melihat kembali kisah kehilangan ini dari sudut yang lebih positif.

    Beliau mengajak DJ Sonic untuk berdamai dengan emosi sendiri, dan menukar rasa bersalah itu kepada satu bentuk penghargaan terhadap kenangan dan kasih sayang yang pernah wujud.

    “Saya pernah cuba putar lagu kegemaran arwah masa on air, tapi saya terus menangis. Saya belum kuat. Tapi bila doktor kata, lagu tu bukan kenangan sedih, tapi satu penghormatan, saya mula ubah fikiran. Sekarang saya cuba redha dan bersyukur kerana pernah ada ayah sebaik itu,” ujar DJ Sonic dengan mata yang berkaca.

    Menurut Dr Hisham, tidak salah untuk menangis, kerana itu tanda kasih yang dalam. Tetapi sebagai anak, DJ Sonic juga harus merasa bangga kerana apa yang dilakukan hari ini, setiap lagu yang diputarkan, setiap suara yang disalurkan di udara adalah satu dedikasi kepada insan yang pernah membesarkannya.

    Kini, meskipun masih dalam proses rawatan untuk anxiety, DJ Sonic kembali melangkah hari demi hari dengan semangat yang lebih stabil.

    Dia percaya bahawa healing bukan satu destinasi, tetapi satu perjalanan berterusan. Dan dalam setiap langkah itu, bayangan arwah ayah akan sentiasa bersamanya sebagai kekuatan dan cahaya.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJames Charles Kutuk NIMS! Tapi Reaksi Founder Paling Win!
    Next Article MAHAR bantah kerjasama Maybank-Microsoft bernilai RM1 bilion 
    Team KLHype

    Related Posts

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 2026

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    By Team KLHypeJune 15, 2026

    KUALA LUMPUR, 15 Jun 2026 – Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru, Kampung Bharu, melangkah…

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 20265K

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 20263K

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 20262K

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 20263K

    Raih Jualan 8 Angka, ONTHEGO Optimis Tembusi Pasaran Antarabangsa 

    June 11, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: KL City Gateway Selesai Cabutan Undi Unit Ganti Pemilik

    June 15, 2026

    Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

    June 14, 2026

    DPDDM, Wilmington Metropolitan University Meterai MoU Perkasa Modal Insan & Usahawan Tempatan

    June 14, 2026

    ZUS Coffee lancar kempen ZUS BUDDY: Work in Progress

    June 12, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.