Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula
    • Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal
    • DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR
    • Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah
    • Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    Thursday, April 16
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

      April 14, 2026

      Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

      April 13, 2026

      Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

      April 10, 2026

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital
    BIZ

    MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital

    Team KLHypeBy Team KLHypeOctober 17, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2025 – Inovasi dalam sektor kewangan Islam tempatan terus berkembang dengan pelancaran platform e-wallet MyBarakah, sebuah penyelesaian teknologi kewangan (fintech) patuh syariah yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, MyBarakah Synergy Sdn Bhd.

    Diasaskan oleh Noorhaslizan Shah Sulaiman, MyBarakah bukan sekadar platform pembayaran digital, tetapi turut menjadi medium bagi pengagihan bantuan zakat, infak dan wakaf secara lebih telus dan efisien melalui proses pendigitalan menyeluruh.

    “Kita menyediakan penyelesaian platform untuk zakat, wakaf dan infak berasaskan digital yang lebih telus dan terkawal. 

    “Segala transaksi dapat dipantau serta disahkan bagi memastikan bantuan sampai kepada penerima yang layak,” katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MyBarakah Synergy Sdn Bhd.

    Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Komuniti MyBarakah Token dan majlis menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) MyBarakah bersama MaMart Go di sini, semalam.

    Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MyBarakah Synergy Sdn Bhd, Noorhaslizan Shah Sulaiman.

    Turut hadir, Pengerusi Mybarakah Synergy, Dato Zainal Arifin Jaffar; Pengarah Mybarakah Synergy Dato’ Haji Md Zairi Zainal; Ketua Pegawai Ekeskutif Acasia Communication Sdn Bhd, Hasna Hashim; dan Ustaz Ahmad Akhyari Ismail dari Yayasan Mujamma Darul Hadis Malaysia.

    E-wallet patuh syariah pertama dengan kad fizikal dan aplikasi

    MyBarakah hadir dengan aplikasi mudah alih serta kad prabayar etc.Black MyBarakah yang berfungsi seperti kad debit Mastercard. Pengguna boleh melakukan transaksi tanpa tunai termasuk pembelian di kedai terpilih dan pengeluaran tunai mengikut kategori bantuan.

    Menurut Noorhaslizan, sistem ini dibangunkan selaras dengan peraturan Bank Negara Malaysia, menjadikan MyBarakah antara pemain e-wallet Islamik yang beroperasi di bawah lesen dan piawaian kewangan negara.

    “E-wallet ini direka bukan sahaja untuk kegunaan umum, tetapi juga sebagai saluran rasmi bagi NGO dan agensi zakat menyalurkan bantuan terus kepada penerima. Semua transaksi dapat direkodkan dan disemak bagi mengelakkan penyelewengan.

    Noorhaslizan

    Setakat ini, lebih 3,000 penerima bantuan kebanyakannya daripada golongan asnaf telah berdaftar di bawah sistem MyBarakah, dengan tambahan sekitar 1,800 pengguna baharu dijangka menyertai menjelang akhir tahun ini.

    Agihan zakat dan bantuan secara digital

    Melalui MyBarakah, agihan zakat atau sumbangan tidak lagi perlu dibuat secara tunai. Setiap penerima akan menerima kad MyBarakah yang hanya boleh digunakan di kedai-kedai berdaftar di bawah rangkaian syarikat tersebut, bagi memastikan bantuan digunakan untuk tujuan yang ditetapkan sama ada pendidikan, makanan atau keperluan harian.

    “Contohnya, jika bantuan ditetapkan untuk pendidikan, transaksi hanya boleh dibuat di kedai buku atau institusi pendidikan. Ini memastikan dana tidak disalah guna,” jelasnya.

    Syarikat juga bekerjasama dengan beberapa rakan strategik termasuk *AirKashier Communications* sebagai penyedia teknologi dan infrastruktur sistem pembayaran.

    Dibangunkan bersama penasihat syariah dan pakar fintech

    Noorhaslizan turut menekankan bahawa semua pembangunan sistem dilakukan dengan panduan penasihat patuh syariah bagi memastikan setiap produk dan perkhidmatan selaras dengan prinsip kewangan Islam.

    “Kita bukan sekadar teknologi Islamik pada nama. Kita mempunyai barisan penasihat syariah yang memberi pandangan serta pengesahan terhadap semua produk sebelum dilancarkan,” katanya.

    Ke arah blockchain dan tokenisasi wakaf

    Selain e-wallet, MyBarakah turut mengorak langkah ke arah penggunaan teknologi blockchain dan tokenisasi aset sebenar (Real World Asset – RWA) bagi memperkukuh ketelusan dan kebolehkesanan transaksi wakaf.

    Melalui sistem ini, dana wakaf boleh disalurkan secara global menggunakan aset digital seperti Bitcoin, yang kemudian ditukar kepada dana sebenar bagi pembangunan projek fizikal termasuk hospital atau institusi pendidikan berasaskan wakaf.

    “Pendekatan ini membolehkan wakaf bersifat borderless, penyumbang dari luar negara boleh menyalurkan sumbangan secara terus dan ia dapat dijejak serta disahkan melalui teknologi blockchain,” katanya.

    Beliau menambah, teknologi tokenisasi ini membolehkan setiap aset wakaf atau projek fizikal mempunyai nilai digital tersendiri, yang boleh berkembang seperti pasaran aset sebenar.

    Peluasan pasaran ke luar negara

    Walaupun Malaysia masih menunggu rangka kerja perundangan penuh berkaitan blockchain dan tokenisasi, MyBarakah kini telah mendaftarkan operasinya di bawah platform antarabangsa CoinMarketCap (CMC) bagi membolehkan pembangunan sistem dijalankan mengikut peraturan global sebelum dibawa semula ke Malaysia.

    “Malaysia masih mengambil masa dalam penggubalan peraturan berkaitan blockchain. Jadi, kami pilih untuk melancarkan teknologi ini di luar negara terlebih dahulu termasuk di Dubai  sebelum dibawa pulang ke Malaysia apabila ekosistemnya bersedia,” jelas Noorhaslizan.

    Melalui e-wallet MyBarakah, MyBarakah Synergy berharap untuk menjadi peneraju utama fintech Islamik bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat global.

    “Kami mahu menjadikan MyBarakah sebagai platform fintech Islamik yang mampu menghubungkan penderma, penerima dan institusi kewangan dalam satu ekosistem yang adil, telus dan tanpa sempadan,” katanya.

    business e-wallet Featured Featured Slider Islamic fintech MyBarakah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleThe Asia Records rai pencapaian luar biasa individu, organisasi seluruh Asia 
    Next Article Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe
    Team KLHype

    Related Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    By Team KLHypeApril 14, 2026

    PETALING JAYA, 14 April 2026 – Program kesetiaan MYguardian Rewards, yang dilancarkan sejak 2025, kini…

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 20265K

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 20263K

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 20262K

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 20265K

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.