Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula
    • Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal
    • DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR
    • Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah
    • Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    Wednesday, April 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

      April 14, 2026

      Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

      April 13, 2026

      Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

      April 10, 2026

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Epilepsi dalam kehidupan harian: apa yang kita perlu tahu?
    Featured

    Epilepsi dalam kehidupan harian: apa yang kita perlu tahu?

    Penulis merupakan Pakar Neurologi dari Gleneagles Hospital Penang, Dr. Chee Yong Chuan
    kolumnisBy kolumnisOctober 30, 2025Updated:December 14, 2025No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Epilepsi merupakan salah satu gangguan neurologi yang sering disalah anggap sebagai sekadar sawan atau kekejangan tubuh. Namun, menurut Pakar Neurologi dari Gleneagles Hospital Penang, Dr. Chee Yong Chuan, epilepsi sebenarnya adalah keadaan kompleks yang melibatkan aktiviti elektrik luar biasa dalam otak.

    Gangguan ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur atau latar belakang dan menampilkan pelbagai bentuk simptom bergantung kepada bahagian otak yang terjejas.

    Dr. Chee menjelaskan bahawa memahami karakteristik epilepsi adalah langkah penting bagi mengenal pasti tanda-tanda awal serta mendapatkan rawatan yang sesuai.

    “Setiap pesakit epilepsi mempunyai corak serangan dan pencetus yang berbeza. Dengan diagnosis yang tepat dan pengurusan yang baik, kebanyakan pesakit boleh menjalani kehidupan normal,” katanya.

    1. Doktor, boleh terangkan kepada kami apa itu epilepsi dan bagaimana ia berlaku kepada seseorang? Apa bezanya dengan sawan biasa?

    Epilepsi ialah keadaan di mana otak seseorang mempunyai kecenderungan untuk mengalami sawan berulang. Sawan berlaku apabila terdapat lonjakan aktiviti elektrik yang tidak normal di dalam otak, menyebabkan perubahan pada pergerakan, kesedaran, tingkah laku atau deria.

    Seseorang yang mengalami satu episod sawan tidak semestinya menghidap epilepsi — sawan juga boleh berlaku disebabkan demam tinggi, gula dalam darah yang rendah, atau jangkitan tertentu.
    Epilepsi biasanya disahkan apabila sawan berlaku berulang kali tanpa sebab sementara yang jelas.

    2. Apakah punca-punca epilepsi?

    Terdapat banyak punca berbeza. Antara punca utama ialah kecederaan otak, strok, atau jangkitan seperti meningitis. Ada juga kes disebabkan faktor genetik, perkembangan otak yang tidak normal, atau perubahan struktur dalam otak.

    Namun, dalam kira-kira separuh daripada kes, tiada punca yang dapat dikenal pasti walaupun dengan imbasan moden dan itu tidak mengapa. Dengan rawatan yang betul, kebanyakan pesakit masih boleh mengawal sawan dan menjalani kehidupan normal.

    3. Apakah simptom epilepsi?

    Simptom bergantung kepada bahagian otak yang terjejas. Ada yang mengalami kekejangan atau pergerakan mengejut, manakala yang lain mungkin hanya termenung kosong atau hilang kesedaran seketika.

    Simptom lain termasuk kekeliruan secara tiba-tiba, rasa pelik pada deria, atau perubahan emosi yang berlaku berulang kali.
    Selepas sawan, pesakit biasanya akan berasa letih atau mengantuk untuk seketika.

    4. Adakah epilepsi mempunyai tahap keterukan yang berbeza?

    Ya, ada yang ringan dan mudah dikawal, dan ada juga yang teruk.
    Sesetengah pesakit masih mengalami sawan walaupun mengambil ubat — ini dipanggil epilepsi tahan ubat.

    Dalam kes yang lebih serius seperti status epilepticus, sawan boleh berlarutan terlalu lama dan ini merupakan kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan segera di ICU.

    Bagi pesakit yang sukar dikawal dengan ubat, terdapat rawatan lain seperti pembedahan atau alat rangsangan saraf (VNS, DBS) yang boleh membantu mengurangkan kekerapan sawan.

    5. Mengapa epilepsi sering berlaku pada kanak-kanak, dan bolehkah mereka “sembuh” bila dewasa?

    Epilepsi boleh berlaku pada semua peringkat umur. Pada kanak-kanak, ia selalunya disebabkan faktor genetik atau perkembangan otak, manakala bagi orang dewasa, puncanya mungkin strok atau penyakit otak lain.

    Ada jenis epilepsi kanak-kanak yang akan hilang apabila mereka membesar, tetapi ada juga yang berterusan hingga dewasa dan memerlukan rawatan jangka panjang. Diagnosis awal amat penting kerana jenis epilepsi yang berbeza memerlukan rawatan yang berbeza.

    6. Apakah rawatan yang ada untuk epilepsi, dan adakah ia boleh sembuh sepenuhnya?

    Rawatan utama ialah ubat anti-sawan. Sekitar dua pertiga pesakit boleh bebas sawan dengan ubat yang sesuai.
    Bagi yang tidak berkesan dengan ubat, ada pilihan seperti pembedahan atau rawatan moden seperti vagus nerve stimulation (VNS) dan deep brain stimulation (DBS).
    Ada juga pesakit yang sesuai dengan rawatan diet khas seperti ketogenic diet.

    Walaupun tidak semua kes boleh sembuh sepenuhnya, kebanyakan boleh dikawal dengan baik  membolehkan pesakit hidup aktif dan sihat seperti biasa.

    6a. Bagaimana pula dengan rawatan semula jadi?

    Ramai yang tertarik dengan rawatan alternatif, tetapi perlu berhati-hati.
    Sesetengah herba boleh mengganggu kesan ubat atau mencetuskan sawan.
    Namun, gaya hidup sihat — seperti tidur cukup, kawal stres, dan makan seimbang — memang membantu mengurangkan sawan.
    Sebelum mencuba apa-apa rawatan alternatif, pastikan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

    7. Apakah tanda-tanda seseorang akan diserang sawan dan apa yang perlu kita lakukan jika ia berlaku?

    Sesetengah pesakit mungkin terasa “aura” atau tanda awal seperti bau pelik, rasa aneh, atau gangguan penglihatan sebelum sawan berlaku — tapi kebanyakan sawan datang tanpa amaran.

    Jika seseorang diserang sawan:

    • Bertenang dan pastikan kawasan sekeliling selamat.
    • Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulutnya dan jangan pegang badannya dengan kuat.
    • Perhatikan masa — jika sawan lebih 5 minit, segera hubungi ambulans.
    • Selepas sawan berhenti, baringkan dia mengiring dan tunggu sehingga dia sedar.

    Langkah-langkah mudah ini boleh menyelamatkan nyawa.

    8. Apakah nasihat doktor kepada pesakit epilepsi untuk menjalani hidup yang berkualiti?

    Pertama, ambil ubat secara konsisten dan jangan sesekali berhenti sendiri.
    Kedua, kenal pasti dan elakkan pencetus sawan seperti kurang tidur, tekanan, atau alkohol.
    Dan yang penting, berjumpalah dengan pakar epilepsi untuk pemeriksaan menyeluruh supaya rawatan dapat disesuaikan dengan tepat.

    Dengan rawatan dan sokongan yang betul, kebanyakan pesakit epilepsi boleh bekerja, memandu, dan hidup normal seperti orang lain.

    “Epilepsi bukan penghalang untuk hidup normal. Dengan rawatan, pemahaman, dan sokongan komuniti, pesakit boleh bekerja, belajar, dan menikmati kehidupan seperti orang lain.” — Dr. Chee Yong Chuan

    epilepsi Featured Featured Slider Gleanegles health kesihatan rawatan
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleM&M’S® dan Crocs lancar koleksi edisi terhad, gabung fesyen & keceriaan penuh warna
    Next Article Sugarbomb terus ‘mendunia’, harumkan nama Malaysia di Dubai Beautyworld Middle East 2025
    kolumnis

    Related Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    By Team KLHypeApril 14, 2026

    PETALING JAYA, 14 April 2026 – Program kesetiaan MYguardian Rewards, yang dilancarkan sejak 2025, kini…

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 20265K

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 20263K

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 20262K

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 20265K

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.