Peminat pencuci mulut di Malaysia kini boleh menikmati kelazatan ais krim berinspirasikan negara Matahari Terbit menerusi pelancaran Japan Summer Series oleh Baskin Robbins Malaysia.
Siri terbaharu ini membawa variasi perasa Jepun yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan autentik, sekali gus memberikan pengalaman rasa yang menyegarkan buat rakyat Malaysia di semua cawangan Baskin Robbins seluruh negara.
Pengalaman penerokaan perisa baharu

Pengarah Baskin-Robbins Malaysia dan Singapura, Cheah Jia Ming berkata, pemilihan perasa ais krim merupakan salah satu kegembiraan kecil dalam kehidupan yang sentiasa mengutamakan elemen penerokaan rasa.
“Semangat penerokaan inilah yang mengilhamkan Japan Summer Series kami, dengan membawakan perasa yang memberikan rakyat Malaysia citarasa autentik Jepun menerusi sentuhan unik Baskin Robbins.
“Sama ada anda seorang penggemar matcha, peminat rasa buah-buahan, atau mencari kejutan rasa dalam setiap suapan, siri ini menyediakan sesuatu untuk semua orang.
“Siri ini hanyalah permulaan kepada pelbagai variasi perasa kreatif dan pengalaman rasa baharu yang bakal kami bawakan secara berterusan kepada pelanggan kami,” katanya.
Tiga perisa unik siri Jepun

Baskin Robbins memperkenalkan tiga variasi perisa khas yang mempunyai keunikan tersendiri:
- Matcha: Ais krim matcha autentik yang dihasilkan menggunakan serbuk teh hijau premium daripada Kitagawa Hanbei Shoten, pembekal teh bersejarah dari Uji, Kyoto dengan tradisi melebihi 150 tahun.
- Musk Melon: Gabungan rasa buah tembikai wangi (musk melon) yang seimbang bersama sentuhan krim susu lembut.
- Popping Shower: Perasa No. 1 paling laris di Jepun yang menggabungkan ais krim pudina (cool mint) dan coklat putih manis bersama gula-gula letup (pop-rock candies) yang memberikan tekstur unik dalam setiap gigitan.
Bagi memberi kemudahan kepada para penggemar, ketiga-tiga perisa ini telah diserapkan secara rasmi ke dalam menu tetap (permanent lineup) Baskin Robbins bermula 1 Oktober 2026.
Hidangan edisi terhad & pelekat eksklusif percuma


Selain perisa tiub, Baskin Robbins turut melancarkan beberapa variasi hidangan pencuci mulut edisi terhad yang sesuai dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan:
- Japan Trio Waffle: Wafel yang dilengkapi dengan kombinasi tiga skop perasa Matcha, Musk Melon, dan Popping Shower.
- Japan Triple Fun Scoop: Tiga perisa dalam satu kon yang membolehkan pelanggan menikmati rasa berbeza secara berasingan atau digabungkan.
- Japan Summer Series Blasts: Minuman smoothie menyegarkan yang boleh didapati dalam pilihan Matcha Blast, Musk Melon Blast dan Lemon Sherbet Blast.
Siri hidangan terhad (Japan Trio Waffle, Triple Fun Scoop, dan Blasts) ini hanya boleh didapati sehingga 11 November 2026.
Istimewa buat pelanggan, setiap pembelian menu edisi terhad ini layak untuk menerima satu koleksi pelekat Japan Summer Series puffy sticker secara percuma bagi setiap resit, selagi stok masih ada (tertakluk kepada terma dan syarat).
Terokai siri Japan Summer Series di semua cawangan Baskin-Robbins terdekat bermula 1 Oktober 2026. Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun Instagram rasmi @baskinrobbinsmalaysia atau laman Facebook Baskin-Robbins Malaysia.


