Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Menyokong Perjalanan Penyusuan Ibu: Toshiba Lifestyle Malaysia Lancar Inisiatif Empowering Every Mother’s Journey

    August 25, 2026

    LFSA, SC Bukan Pengawal Selia Sama, Pelabur Perlu Faham Bidang Kuasa

    August 24, 2026

    NOIR Perkukuh Agenda Eksport Global, Taja RM300,000 Untuk WiEX@MIHAS 2026

    August 20, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Menyokong Perjalanan Penyusuan Ibu: Toshiba Lifestyle Malaysia Lancar Inisiatif Empowering Every Mother’s Journey
    • LFSA, SC Bukan Pengawal Selia Sama, Pelabur Perlu Faham Bidang Kuasa
    • NOIR Perkukuh Agenda Eksport Global, Taja RM300,000 Untuk WiEX@MIHAS 2026
    • Provident Perkukuh Pembiayaan Bertanggungjawab, Meterai Kerjasama Strategik Industri Kewangan
    • Nutriplus & Alif Satar & The Locos Semarakkan Bulan Kebangsaan Dengan “Kibar Cinta Merdeka”
    • NESH Launches ‘Glacier’, Named Malaysia’s Smallest Ice-Dispensing Water Filter by MBOR
    • Giant Destina Putrajaya Tawar Pengalaman Pasar Raya Moden, Akses Terus ke MRT dan KLIA Transit
    • Isetan X Super Structure: The Poetry Of Self-Actualisation On The Runway
    Wednesday, August 26
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Menyokong Perjalanan Penyusuan Ibu: Toshiba Lifestyle Malaysia Lancar Inisiatif Empowering Every Mother’s Journey

      August 25, 2026

      What to Read After Watching The Odyssey: Kobo’s Reading Guide for Myth-Lovers, Movie Fans, and Epic Adventure Seekers

      August 7, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      The Mines Tawarkan Pilihan Hiburan Baharu, Nation Bowl Dibuka Disember Ini

      July 28, 2026

      WMSKINCARE Buktikan Kualiti, Tembusi Pasaran Kecantikan Tempatan

      July 27, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Gema Raya Putrajaya 2026@PICC lakar sejarah, pertama kali dianjur di puncak tertinggi Putrajaya
    Editor's Picks

    Gema Raya Putrajaya 2026@PICC lakar sejarah, pertama kali dianjur di puncak tertinggi Putrajaya

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaNovember 27, 2025Updated:December 31, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    PUTRAJAYA, 26 November – Gema Raya Putrajaya 2026@PICC bakal melakar sejarah apabila muncul festival raya terbesar pertama yang diadakan di puncak tertinggi Putrajaya pada Februari tahun depan.

    Penganjurnya, Rayme Zainal berkata, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dipilih sebagai lokasi kerana merupakan bangunan ikonik dan pusat berteknologi tinggi yang dirancang untuk acara persidangan selain menawarkan fasiliti bertaraf antarabangsa.

    Beliau yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd. berkata, festival itu dijangka memberi limpahan rantaian ekonomi dengan menyediakan lebih 300 usahawan dan mewujudkan hampir 1,000 peluang pekerjaan serta menonjolkan Putrajaya sebagai destinasi perayaan utama negara.

    “Menjadi ruang pertemuan budaya, komuniti dan pelancongan, Gema Raya Putrajaya 2026@PICC bukan sekadar bazar tetapi turut mengangkat warisan negara menerusi busana kebaya dan batik Edisi Ramadan – Raya yang menjadi identiti seni tekstil negara.

    “Dengan sokongan pelbagai rakan rasmi, sebagai penganjur acara, kami mahu menjadikan festival ini satu pengalaman bermakna dan berimpak untuk masyarakat dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) setiap kali menjelang Ramadan” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Rayme Zainal (kiri) menerima surat pelantikan rasmi sebagai penganjur acara Gema Raya Putrajaya 2026@PICC daripada Ketua Pegawai Eksekutif PULSE Group, Ir. Abdul Rahim Md. Junoh.

    Bermula 15 Februari hingga malam Raya

    Festival yang akan mula dibuka kepada umum dengan pelbagai aktiviti dan jualan bermula 15 Februari depan hingga ke ambang malam 1 Syawal dianjurkan bersama PULSE Group dan PULSE Event Management (PEM) serta turut menerima sokongan Pulse Grande Hotel Putrajaya sebagai hotel rasmi festival.

    Sebelum ini, Raydiates Blue mencatat kejayaan besar menerusi penganjuran Anjung Syawal Putrajaya 2025 yang menarik kehadiran lebih satu juta pengunjung menerusi 330 lot niaga dan merekodkan jualan lebih RM10 juta selama 33 hari.

    Gema Raya Putrajaya 2026@PICC menyediakan lebih 300 lot niaga kepada usahawan dan mewujudkan peluang pekerjaan serta menonjolkan Putrajaya sebagai destinasi perayaan utama negara.

    Rayme menambah, bertemakan “Lebih Tinggi, Lebih Meriah, Lebih Raya”, festival itu akan menjadi antara acara utama untuk menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026) dengan kombinasi kerohanian, seni budaya, gastronomi, hiburan dan keusahawanan dalam suasana puncak bukit yang unik.

    Tampil lebih 300 usahawan

    Menurutnya, festival itu akan menampilkan lebih 300 usahawan merangkumi fesyen, tekstil, kraftangan, produk artisanal dan vendor gaya hidup dengan tumupuan utama di zon gastronomi iaitu kendalian Grab & Go Cafe dengan kerjasama Anjung E.A.T.S.

    Kata beliau, E.A.T.S membawa maksud Experience, Appreciate, Taste & Share yang bakal menghimpunkan 20 usahawan yang menawarkan hidangan berbuka, moreh dan sahur dalam suasana ‘hilltop street food’.

    “Turut menyerikan festival adalah program kerohanian seperti tazkirah dan solat terawih, persembahan seni budaya dan seni Islam, demonstrasi masakan, bengkel kraf, sesi ramah mesra selebriti, persembahan artis-artis terkenal serta konsert mini Syawal Showcase.

    Bertemakan “Lebih Tinggi, Lebih Meriah, Lebih Raya”, Gema Raya Putrajaya 2026@PICC akan menjadi antara acara utama untuk menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026

    “Persembahan runway, paparan tekstil dan kolaborasi bersama artisan juga dijangka menjadi tumpuan utama pelancong dalam dan luar negara selain menampilkan inisiatif Infaq Ramadan dan kempen kemanusiaan The Pelita of Hope untuk bantuan kemanusiaan Palestin.

    Sambutan Malam 7 Likur

    “Turut dirancang sambutan tradisi bersama komuniti dan pengunjung, Malam 7 Likur di mana pelita akan menerangi kawasan bukit sebagai simbol harapan dan perpaduan,” katanya.

    Rayme memberitahu, orang ramai juga tidak perlu bimbang berkunjung ke PICC kerana ia menawarkan 1,200 tapak parkir kenderaan secara percuma dengan resit membeli-belah selain surau luas dan selesa yang boleh memuatkan sehingga 300 jemaah pada satu masa bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat sepanjang Ramadan.

    Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang terletak di puncak tertinggi Putrajaya menawarkan pemandangan yang indah kepada pengunjung.

    Kata beliau, untuk maklumat lanjut mengenai festival raya itu, orang ramai boleh hubungi talian +60135086807 / +60123637723 dan IG rasmi @GemaRayaPutrajaya@PICC atau IG @Raydiatesblue.

    Sementara itu, PICC yang tersergam megah di atas bukit menawarkan pemandangan tasik yang indah dengan berlatar belakangkan Jambatan Seri Gemilang.

    Idea rekaan PICC yang terletak di Presint 5, Putrajaya diilhamkan daripada bentuk ‘Pending Perak’ yang merupakan tali pinggang pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong.

    Bangunan PICC yang dibina dari tahun 2001 dan siap pada September 2003 meliputi kawasan seluas 135,000 meter persegi atau kira-kira 1.3 juta kaki persegi.

    culture Featured Featured Slider leisure lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMasalah kesihatan akibat bawaan banjir
    Next Article Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Menyokong Perjalanan Penyusuan Ibu: Toshiba Lifestyle Malaysia Lancar Inisiatif Empowering Every Mother’s Journey

    August 25, 2026

    NOIR Perkukuh Agenda Eksport Global, Taja RM300,000 Untuk WiEX@MIHAS 2026

    August 20, 2026

    Provident Perkukuh Pembiayaan Bertanggungjawab, Meterai Kerjasama Strategik Industri Kewangan

    August 20, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Menyokong Perjalanan Penyusuan Ibu: Toshiba Lifestyle Malaysia Lancar Inisiatif Empowering Every Mother’s Journey

    By Team KLHypeAugust 25, 2026

    Perjalanan menjadi seorang ibu—terutamanya dalam fasa penyusuan susu ibu—adalah satu pengalaman yang penuh indah namun…

    LFSA, SC Bukan Pengawal Selia Sama, Pelabur Perlu Faham Bidang Kuasa

    NOIR Perkukuh Agenda Eksport Global, Taja RM300,000 Untuk WiEX@MIHAS 2026

    Provident Perkukuh Pembiayaan Bertanggungjawab, Meterai Kerjasama Strategik Industri Kewangan

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Menyokong Perjalanan Penyusuan Ibu: Toshiba Lifestyle Malaysia Lancar Inisiatif Empowering Every Mother’s Journey

    August 25, 20265K

    LFSA, SC Bukan Pengawal Selia Sama, Pelabur Perlu Faham Bidang Kuasa

    August 24, 20265K

    NOIR Perkukuh Agenda Eksport Global, Taja RM300,000 Untuk WiEX@MIHAS 2026

    August 20, 20265K

    Provident Perkukuh Pembiayaan Bertanggungjawab, Meterai Kerjasama Strategik Industri Kewangan

    August 20, 20265K

    Nutriplus & Alif Satar & The Locos Semarakkan Bulan Kebangsaan Dengan “Kibar Cinta Merdeka”

    August 19, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Menyokong Perjalanan Penyusuan Ibu: Toshiba Lifestyle Malaysia Lancar Inisiatif Empowering Every Mother’s Journey

    August 25, 2026

    LFSA, SC Bukan Pengawal Selia Sama, Pelabur Perlu Faham Bidang Kuasa

    August 24, 2026

    NOIR Perkukuh Agenda Eksport Global, Taja RM300,000 Untuk WiEX@MIHAS 2026

    August 20, 2026

    Provident Perkukuh Pembiayaan Bertanggungjawab, Meterai Kerjasama Strategik Industri Kewangan

    August 20, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.