Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Vibe Merdeka Cara Moden! Lagu ‘Kita Warga Malaysia’ & Aplikasi VYBE Jadi Simbol Perpaduan Generasi Digital

    September 2, 2026

    Anggrek Terima Tajaan Pendidikan GenFLY, Mahu Seimbangkan Pelajaran Dan Kerjaya Seni

    September 1, 2026

    Fesyen Bertemu Teknologi: 2AM Lancar Kedai Pertama Di Malaysia, Mentakrif Semula Masa Depan Kasut 3D 

    September 1, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Vibe Merdeka Cara Moden! Lagu ‘Kita Warga Malaysia’ & Aplikasi VYBE Jadi Simbol Perpaduan Generasi Digital
    • Anggrek Terima Tajaan Pendidikan GenFLY, Mahu Seimbangkan Pelajaran Dan Kerjaya Seni
    • Fesyen Bertemu Teknologi: 2AM Lancar Kedai Pertama Di Malaysia, Mentakrif Semula Masa Depan Kasut 3D 
    • Kereta berhias ‘PERKESO LINDUNG Semua’ Angkat Perjalanan Rakyat Daripada Musibah dan Rehabilitasi Hingga Kembali Berdikari
    • IHH Healthcare Malaysia dan UiTM Angkat Suara Anak Muda Sempena Sambutan Merdeka
    • R Pharmacy Rasmi Cawangan Ke-28 di Sunway Velocity Mall, Sasar Buka 50 Cawangan Menjelang 2029
    • cirKLe. makan²: Merdeka Semester 2026 Menyatukan Malaysia Melalui Makanan, Budaya dan Komuniti
    • MYguardian Rewards Capai 7.5 Juta Ahli, guardian Malaysia Pecah Rekod MBOR
    Thursday, September 3
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      cirKLe. makan²: Merdeka Semester 2026 Menyatukan Malaysia Melalui Makanan, Budaya dan Komuniti

      August 29, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Menyokong Perjalanan Penyusuan Ibu: Toshiba Lifestyle Malaysia Lancar Inisiatif Empowering Every Mother’s Journey

      August 25, 2026

      What to Read After Watching The Odyssey: Kobo’s Reading Guide for Myth-Lovers, Movie Fans, and Epic Adventure Seekers

      August 7, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Masalah kesihatan akibat bawaan banjir
    Featured

    Masalah kesihatan akibat bawaan banjir

    Penulis merupakan Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Sungai Petani, Dr Zainura Che Isa
    Team KLHypeBy Team KLHypeNovember 26, 2025Updated:January 14, 2026No Comments6 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Hujan renyai yang menyejukkan menjadi dambaan penduduk yang berada di Garisan Khatulistiwa, ia dapat meredakan bahang panas yang melampau. Inilah hujan rahmat, hujan rezeki.

    Namun seperti lumrah alam yang lain, apabila berlebihan, ia mampu mengundang bencana dan kemudaratan; bukan sahaja kepada alam, tetapi juga manusia.

    Hujan yang berlebihan menyebabkan banjir  yang membawa kemusnahan fizikal, kerosakan harta benda, gangguan emosi, dan menjadi punca rebakan penyakit berbahaya.

    Banjir adalah bencana alam yang turut membawa risiko penyakit bawaan air dan vektor. Air banjir ini sudah tentu bercampur dengan pelbagai jenis bahan  termasuk najis, bangkai haiwan, bahan kimia berbahaya, dan kotoran lain.

    Air tercemar ini juga boleh menjadi tempat pembiakan vektor berbahaya seperti nyamuk disamping menjadi medium pembiakan yang subur untuk parasit, bakteria, dan virus yang mengancam kesihatan manusia.

    Sumber air yang tercemar akibat banjir mendedahkan mangsa banjir kepada risiko penyebaran penyakit berjangkit seperti kencing tikus (leptospirosis), demam kepialu (typhoid), kolera, hepatitis A, dan cirit-birit berjangkit.

    GEJALA

    Antara gejala-gejala yang boleh dikenal pasti sebagai tanda penyakit bawaan air ini serta mikroorganisma penyebab penyakit tersebut termasuklah:

    1. Demam Kepialu (Typhoid)

    Punca: Bakteria Salmonella typhi 

    Simptom:

    •  Demam tinggi berterusan 

    •  Sakit kepala 

    •  Lemah badan 

    •  Hilang selera makan 

    •  Sakit perut dan sembelit (kadang-kadang cirit-birit)

    2. Kolera (Cholera)

    Punca: Bakteria Vibrio cholerae 

    Simptom:

    •  Cirit-birit berair yang banyak (“rice water stool”) 

    •  Muntah 

    •  Kekeringan badan (dehidrasi) yang cepat 

    •  Kram otot 

    •  Boleh membawa maut jika tidak dirawat segera

    3. Hepatitis A

    Punca: Virus Hepatitis A (jangkitan melalui makanan/minuman tercemar) 

    Simptom:

    •  Demam 

    •  Keletihan melampau 

    •  Loya dan muntah 

    •  Sakit perut (terutama bahagian hati) 

    •  Kulit dan mata menjadi kuning (jaundis)

    4. Cirit-birit Berjangkit

    Punca: Bakteria, virus, atau parasit dari makanan/air tercemar 

    Simptom:

    •  Najis cair dan kerap 

    •  Mungkin disertai darah/lendir (bergantung kepada punca) 

    •  Muntah 

    •  Demam

    •  Risiko dehidrasi terutama pada kanak-kanak dan warga emas

    5. Leptospirosis (Demam Kencing Tikus) 

    Punca: Bakteria Leptospira melalui air kencing tikus yang tercemar air banjir 

    Simptom: 

    •  Demam tinggi 

    •  Sakit otot (terutama betis) 

    •  Sakit kepala 

    •  Muntah 

    •  Ruam kulit

    Selain itu, sentuhan langsung dengan air banjir yang tercemar boleh menyebabkan masalah kulit seperti ruam, gatal-gatal, jangkitan kulat, dan dermatitis. Luka pada kulit yang terdedah juga berisiko tinggi dijangkiti bakteria, yang boleh membawa kepada komplikasi serius seperti selulitis atau abses (nanah). Kawasan kulit yang dijangkiti biasanya menjadi merah, bengkak, panas, dan sudah tentu sangat sakit

    Selepas banjir, air bertakung ini menjadi ‘syurga’ pembiakan nyamuk berbahaya seperti Aedes (penyebab demam denggi), Anopheles (penyebab demam malaria) Cules ( penyebab Japanese encephalitis) . Medium  pembiakan yang “baik’ ini mendorong  nyamuk-nyamuk tersebut bertambah  dengan lebih cepat, sekali gus menyebabkan peningkatan mendadak kes demam denggi, malaria atau JE (Japanese encephalitis)

    Langkah pencegahan

    Langkah pencegahan awal terhadap penyakit bawaan air ialah dengan mengawal interaksi secara langsung dengan air banjir yang tercemar, termasuk mengelakkan aktiviti seperti bermain-main dengan air banjir atau berenang di kawasan tersebut.

    Selain itu, sumber air yang digunakan untuk kegiatan harian seperti memasak, membasuh, dan mandi hendaklah datang daripada punca air yang bersih dan selamat. Elakkan menggunakan air banjir yang belum disanitasi kerana ia mungkin mengandungi bakteria, virus, atau parasit berbahaya. Air minuman pula hendaklah dimasak atau ditapis terlebih dahulu sebelum diminum bagi memastikan keselamatannya

    Selain itu, menjaga kebersihan tangan merupakan langkah mudah tetapi sangat berkesan untuk mencegah penyebaran kuman, terutamanya sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.

    Amalan membasuh tangan dengan sabun perlu diterapkan sebagai tabiat harian yang konsisten kerana ia sering diabaikan, walaupun memberi kesan besar terhadap kesihatan — lebih-lebih lagi di kawasan banjir atau di penempatan mangsa banjir.

    Pemilihan makanan selamat

    Ketika menghadapi situasi banjir, pemilihan makanan yang bersih, selamat dan sihat adalah sangat penting . Amalan seperti memerhati rupa, menghidu bau, dan merasai sedikit makanan dapat mengenal pasti sama ada makanan telah tercemar atau masih elok untuk dinikmati.

    Makanan yang berbau pelik, berubah warna, berlendir, atau menunjukkan tanda basi sebaiknya dibuang bagi mengelakkan keracunan makanan. Dalam keadaan seperti ini, tidak perlu berasa sayang atau bersalah kerana membuang makanan; nyawa dan kesihatan jauh lebih berharga daripada mengabil risiko menjamah makanan rosak dan tercemar.

    Selain aspek keselamatan, pemilihan makanan yang berkhasiat juga penting walaupun dalam keadaan darurat. Tubuh memerlukan tenaga dan sistem imun yang kuat untuk menghadapi tekanan fizikal dan mental semasa bencana. Makan dengan seimbang dan pastikan setiap hidangan adalah dari sumber yang bersih, dimasak sempurna, dan disimpan dalam bekas tertutup.

    Beri perhatian masalah kulit, luka

    Seterusnya, masalah kulit atau luka yang sering berlaku semasa banjir perlu juga diberi perhatian. Langkah awal  untuk luka ialah memastikan luka dibersihkan segera menggunakan air bersih dan antiseptik.

    Luka yang terdedah kepada air banjir berisiko tinggi dijangkiti bakteria, setelah dibersihkan, luka perlu ditutup dengan kemas menggunakan balutan yang bersih untuk mengelakkan pencemaran berulang.

    Namun begitu, penting juga untuk memantau keadaan masalah kulit atau luka dari semasa ke semasa. Sekiranya kulit mula menunjukkan tanda-tanda seperti kemerahan yang semakin meluas, bengkak, rasa panas atau mula mengeluarkan nanah serta berbau, itu mungkin petanda awal jangkitan kulit yang serius.

    Kadangkala, individu juga akan mengalami kesakitan yang bertambah teruk atau disertai demam dalam keadaan ini, individu tersebut perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan  segera.

    Seterusnya, tempat-tempat yang menjadi lokus pembiakan nyamuk perlu dihapuskan segera. Sumber Air bertakung seperti bekas air, tayar terpakai, botol-botol di sekitar rumah dikosongkan dan disingkirkan dari kawasan rumah disamping   membersihkan  semua saluran tersumbat.

    Pembuangan sampah yang sempurna penting agar dapat dielakkan untuk menjadi  tempat pembiakan nyamuk. Sebagai perlindungan tambahan, gunakan pelindung dari nyamuk seperti kelambu ketika tidur atau semburan anti-nyamuk bagi mengurangkan risiko gigitan dan penyebaran penyakit bawaan nyamuk.

    Rawatan perubatan segera

    Bila mengesyaki seseorang dijangkiti penyakit bawaan banjir, perkara paling penting ialah mendapatkan rawatan perubatan dengan segera di klinik berdekatan atau terus ke unit kecemasan jika keadaan mangsa sangat parah.

    Simptom seperti demam, muntah, cirit-birit, sakit kepala, atau ruam kulit tidak boleh dipandang ringan kerana ia mungkin petanda jangkitan yang serius. Mangsa perlu diberi rehat yang cukup mengambil cecair yang cukup untuk mengelakkan dehidrasi.

    Sangat penting untuk tidak mengambil ubat sendiri tanpa nasihat doktor.Tindakan awal, cepat dan tepat bukan sahaja membantu mempercepatkan proses pemulihan tetapi juga mengelakkan komplikasi serius. Kesedaran dan tindakan proaktif sangat penting dalam menghadapi risiko penyakit selepas banjir.

    banjir health kencing tikus kesihatan penyakit sihat
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleGlocal Travel & Tours lancar pakej Haji 1447H/2026M, bentuk pasukan sokongan motivasi & kesihatan komprehensif untuk jemaah
    Next Article Gema Raya Putrajaya 2026@PICC lakar sejarah, pertama kali dianjur di puncak tertinggi Putrajaya
    Team KLHype

    Related Posts

    Vibe Merdeka Cara Moden! Lagu ‘Kita Warga Malaysia’ & Aplikasi VYBE Jadi Simbol Perpaduan Generasi Digital

    September 2, 2026

    Anggrek Terima Tajaan Pendidikan GenFLY, Mahu Seimbangkan Pelajaran Dan Kerjaya Seni

    September 1, 2026

    Fesyen Bertemu Teknologi: 2AM Lancar Kedai Pertama Di Malaysia, Mentakrif Semula Masa Depan Kasut 3D 

    September 1, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Vibe Merdeka Cara Moden! Lagu ‘Kita Warga Malaysia’ & Aplikasi VYBE Jadi Simbol Perpaduan Generasi Digital

    By Team KLHypeSeptember 2, 2026

    Sejak laungan “Merdeka” berkumandang pada 31 Ogos 1957, tanah air tercinta ini terus melangkah ke…

    Anggrek Terima Tajaan Pendidikan GenFLY, Mahu Seimbangkan Pelajaran Dan Kerjaya Seni

    Fesyen Bertemu Teknologi: 2AM Lancar Kedai Pertama Di Malaysia, Mentakrif Semula Masa Depan Kasut 3D 

    Kereta berhias ‘PERKESO LINDUNG Semua’ Angkat Perjalanan Rakyat Daripada Musibah dan Rehabilitasi Hingga Kembali Berdikari

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Vibe Merdeka Cara Moden! Lagu ‘Kita Warga Malaysia’ & Aplikasi VYBE Jadi Simbol Perpaduan Generasi Digital

    September 2, 20262K

    Anggrek Terima Tajaan Pendidikan GenFLY, Mahu Seimbangkan Pelajaran Dan Kerjaya Seni

    September 1, 20266K

    Fesyen Bertemu Teknologi: 2AM Lancar Kedai Pertama Di Malaysia, Mentakrif Semula Masa Depan Kasut 3D 

    September 1, 20266K

    Kereta berhias ‘PERKESO LINDUNG Semua’ Angkat Perjalanan Rakyat Daripada Musibah dan Rehabilitasi Hingga Kembali Berdikari

    August 31, 20262K

    IHH Healthcare Malaysia dan UiTM Angkat Suara Anak Muda Sempena Sambutan Merdeka

    August 31, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Vibe Merdeka Cara Moden! Lagu ‘Kita Warga Malaysia’ & Aplikasi VYBE Jadi Simbol Perpaduan Generasi Digital

    September 2, 2026

    Anggrek Terima Tajaan Pendidikan GenFLY, Mahu Seimbangkan Pelajaran Dan Kerjaya Seni

    September 1, 2026

    Fesyen Bertemu Teknologi: 2AM Lancar Kedai Pertama Di Malaysia, Mentakrif Semula Masa Depan Kasut 3D 

    September 1, 2026

    Kereta berhias ‘PERKESO LINDUNG Semua’ Angkat Perjalanan Rakyat Daripada Musibah dan Rehabilitasi Hingga Kembali Berdikari

    August 31, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.