Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 2026

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 2026

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records
    • Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman
    • DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara
    • TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium
    • Potensi 2026: Inisiatif Baharu RichWorks Bantu Usahawan Hadapi Tekanan Ekonomi
    • Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest
    • DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia
    • MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10
    Monday, May 4
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

      May 4, 2026

      Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

      April 28, 2026

      DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

      April 28, 2026

      MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10

      April 27, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Bukan Sekadar Kereta Kompak! Ini Sebab Kenapa Toyota Yaris G Jadi Pilihan Paling ‘Stailo’ Untuk Anak Muda

      April 8, 2026

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » 88 Jam Tanpa Henti! Let’s Raya Gegak Gempita 2026 Bakal Hujan Duit RM18,888 di WTC KL
    Featured

    88 Jam Tanpa Henti! Let’s Raya Gegak Gempita 2026 Bakal Hujan Duit RM18,888 di WTC KL

    Team KLHypeBy Team KLHypeFebruary 13, 2026Updated:February 19, 2026No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Festival Raya berskala nasional dan antarabangsa, Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026, bakal mencipta fenomena tersendiri apabila berlangsung selama 88 jam tanpa henti di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) bermula 12 hingga 15 Mac 2026.

    Menggabungkan elemen keagamaan, perniagaan, fesyen, kecantikan serta hiburan patuh Ramadan, festival mega ini tampil dengan konsep unik “masuk bila-bila, raikan Raya tanpa henti”, sekali gus memberi kebebasan kepada pengunjung untuk hadir pada bila-bila masa sepanjang penganjuran.

    Seiring dengan slogan rasmi festival, “Lebih Banyak, Lebih Masa, Let’s Raya!”, penganjuran ini menawarkan pengalaman menyeluruh merangkumi ibadah, membeli-belah, hiburan dan penjenamaan dalam satu acara berskala besar.

    Menurut Pengarah Projek, Kelly Azman, keunikan utama Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 terletak pada pemisahan zon masa yang dirangka bagi memastikan kesantunan serta roh Ramadan terus terpelihara.

    “Dari waktu siang hingga awal malam, pengisian lebih menjurus kepada aktiviti keagamaan dan kerohanian.

    “Manakala dari malam hingga awal pagi pula, festival dimeriahkan dengan aktiviti fesyen, kecantikan, perniagaan serta hiburan yang terkawal dan bersesuaian,” katanya.

    Marathon 88 Jam: Shopping Sampai Sahur Tanpa Henti

    Tambah Kelly, festival ini menyasarkan lebih satu juta pengunjung sepanjang 88 jam penganjuran, melibatkan pelbagai segmen termasuk keluarga, usahawan dan peniaga, peminat fesyen serta kecantikan, pencipta kandungan digital, selain pelawat tempatan dan antarabangsa.

    Pengarah Projek, Kelly Azman.

    Bukan itu sahaja, Let’s Raya turut memberi peluang kepada pengunjung untuk berbuka puasa dan bersahur bersama, sambil menikmati pelbagai hidangan menarik yang disediakan menerusi Rasa Fusion Food Festival.

    Bagi menambah keterujaan pengunjung, festival ini turut menyajikan pelbagai tarikan eksklusif termasuk segmen ‘Happy Hour Hujan Duit’ yang diadakan pada waktu-waktu tertentu sepanjang penganjuran, dengan nilai wang tunai sehingga RM18,888.

    Cabutan bertuah sehingga RM188,888

    Selain itu, kemuncak festival pastinya menerusi cabutan bertuah bernilai sehingga RM188,888, sekali gus menjadikan acara ini antara festival Raya paling dinanti-nantikan tahun ini.

    Pemilihan tarikh penganjuran iaitu 10 hari sebelum Aidilfitri dilihat amat strategik memandangkan tempoh tersebut merupakan waktu kemuncak orang ramai membuat persiapan Hari Raya.

    “Pada waktu ini, pengunjung hadir dengan fokus membeli. Jualan vendor biasanya melonjak seolah-olah berniaga selama dua bulan dalam satu masa,” jelasnya.

    Festival ini turut dikuatkan dengan penglibatan 88 selebriti dan pempengaruh, yang terlibat secara langsung menerusi aktiviti pentas, penghasilan kandungan digital secara langsung serta kolaborasi bersama jenama.

    Pendekatan ini menjadikan Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 antara acara Raya terbesar dari segi pengaruh digital di Malaysia, disokong strategi pemasaran menyeluruh merangkumi sidang media, liputan televisyen, radio, papan iklan sekitar Kuala Lumpur, pemasaran media sosial serta kandungan digital sebelum dan sepanjang acara.

    Pemilihan WTC KL sebagai lokasi penganjuran turut meningkatkan kredibiliti festival, keyakinan vendor serta nilai jenama yang terlibat.

    Dikenali sebagai lokasi ikonik dan berprestij, WTC KL menawarkan infrastruktur 24 jam, sistem keselamatan serta operasi matang yang sesuai untuk konsep penganjuran tanpa henti selama 88 jam.

    Menariknya, festival ini bukan sekadar platform jualan, sebaliknya turut memberi fokus kepada penjenamaan jangka panjang dengan penyertaan pelbagai jenama besar tempatan.

    Festival ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis, manakala tugas pengacaraan dikendalikan oleh Kelly Azman, Watie Elite, Ahfad dan Sudirman Mohd Tahir.

    Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini festival ini menerusi media sosial rasmi @letsrayawtc, @gerobokbiru serta menggunakan hashtag #letsrayagegakgempitaraya2026.

    Featured Featured Slider festival raya lifestyle ramadan WTCKL
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAriani ‘Tawan’ KLCC Dengan 300,000 Busana Raya & Sentuhan Mewah Liberty London!
    Next Article Jom serbu KWC Fashion Wholesale untuk persiapan Raya paling meriah, ada Iman Troye lagi!
    Team KLHype

    Related Posts

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 2026

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 2026

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    By Team KLHypeMay 4, 2026

    PUTRAJAYA, 4 Mei 2026 – PTTI Group Sdn. Bhd. sekali lagi mencipta pencapaian membanggakan apabila…

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 20265K

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 20263K

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 20262K

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    May 1, 20263K

    Potensi 2026: Inisiatif Baharu RichWorks Bantu Usahawan Hadapi Tekanan Ekonomi

    April 30, 20261K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 2026

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 2026

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 2026

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    May 1, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.