Selepas kemunculan istimewanya di konsert ulang tahun pada malam Sabtu, bintang antarabangsa dan Duta Jenama Global CUCKOO, Lee Junho, meneruskan kemeriahan dengan menyantuni ribuan peminat di acara Pop-up CUCKOOTOPIA yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Ahad lalu.
Kehadiran ikon global berkenaan melengkapkan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia).

Dalam acara tersebut, Lee Junho turut merasmikan barisan inovasi kediaman sihat terbaharu keluaran syarikat. Antara yang menjadi tumpuan utama ialah pelancaran CUCKOO Lifestyle Hamper bersempena sambutan Tahun Baru Cina akan datang, yang memberi nafas baharu kepada tradisi pemberian hamper perayaan menerusi barangan keperluan kediaman yang praktikal dan bertahan lama.
Tampil ke pentas untuk berinteraksi bersama orang ramai, beliau berkongsi sedikit sebelum merasmikan Hamper Lifestyle CNY CUCKOO (CUCKOO CNY Lifestyle Hamper) dan menjadi individu pertama yang menerimanya.
Sebelum memeriahkan pentas utama, Lee Junho terlebih dahulu meluangkan masa hampir sejam bersama media di mana beliau sempat berkongsi pelbagai kisah menarik mengenai perkembangan kerjaya seni terbaharunya serta pengalaman bekerjasama dengan CUCKOO Malaysia.



Sesi mesra yang berlangsung penuh meriah itu turut memberi ruang kepada para jemputan untuk mengenali bintang antarabangsa ini secara lebih dekat menerusi sesi soal jawab yang cukup santai.
Nafas baharu pemberian hadiah Tahun Baru Cina
Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon (KC Hoe), berkata, CUCKOO sentiasa mencari jalan baharu untuk membantu rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.
“Sebagai Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), kami sentiasa mencari cara baharu untuk membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat dan bahagia.
“Lifestyle Hamper kami menerapkan falsafah ini sempena Tahun Baru Cina dengan menterjemahkan harapan kesejahteraan hidup kepada sesuatu yang praktikal untuk digunakan dan dinikmati seisi keluarga sepanjang tahun,” kata beliau.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga jenis hamper ini menawarkan cara yang bermakna untuk mendoakan kesihatan, kebahagiaan, dan kemakmuran buat orang tersayang. CUCKOO CNY Lifstyle Hamper ini boleh ditempah bermula pada akhir bulan November 2026.
- Splash of Fortune Lifestyle Hamper: Menampilkan kepala pancuran bertapis untuk permulaan tahun yang menyegarkan.
- Taste of Prosperity Lifestyle Hamper: Menampilkan periuk serbaguna bagi simbolik kelimpahan rezeki dan pemakanan berkhasiat.
- Pot of Togetherness Lifestyle Hamper: Menampilkan periuk panas seramik CUCKOO x Color King bagi meraikan kemeriahan berkumpul bersama keluarga.
Rangkaian inovasi kediaman sihat terbaharu

Mengetengahkan tema ulang tahun “Menghargai Setiap BFF” (Buddies, Friends, dan Families), acara empat hari di Pavilion Bukit Jalil ini turut menyajikan pelbagai aktiviti interaktif dan pameran barangan kediaman.
Selain hamper perayaan, CUCKOO Malaysia turut mempertontonkan pelbagai produk baharu dan inovasi akan datang, antaranya:
- Penapis Air Pembuat Ais CUCKOO GRANITE dan Mesin Pencuci Pinggan CUCKOO QUBE yang baru dilancarkan.
- Penapis Air CUCKOO FLO MAX dan Penapis Air Bebas Tangki CUCKOO PETITE.
- Kepala Pancuran Bertapis CUCKOO AquaAura.
- Periuk Tekanan CUCKOO CMC-BSN501 dan Periuk Serbaguna Rendah Gula CUCKOO CR-1060F.
- Stesen air mudah alih khas untuk kegunaan harian.
Acara pop-up ini dijayakan dengan sokongan rakan strategik termasuk WonderLab, STEP8IGHT, MONTIGO, GOOJODOQ, HWC Coffee, TikTok Shop, dan Samsung Malaysia Electronics, di samping menyokong Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).


